Sabtu, 23 Oktober 2010

Ini Ulamak Jenis Kentut Basuh Pungkok dan Wuduk Basuh Ketiak!!!

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - melalui tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.


Mempertahankan isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.


"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," katanya. sumber Malaysiakini



-------------------------

Bangang punya ustaz. Makan duit haram banyak kot? Ustaz ini macam satu orang ustaz isin di tempat aku. "Dia kata wajib basuh pungkok lepaih kentut sebab kentut busuk dan ambik wuduk basuh kedua-dua ketiak pasai ketiak busuk. Kencing tak wajib basuh pasai ayaq kencing tak berapa busuk".

Jumaat, 22 Oktober 2010

Datuk Bercucu

Aku baca kertas akhbar NST pagi ni. Dalam ruang Letter ada satu surat dari sorang hamba Allah yang cadangkan dibuat kategori bagi pengurniaan darjah kebesaran yang dibagi oleh Agong, Sultan2 dan Gebenor2. 

Yang lawaknya dia cadangkan supaya penerimanya dikategori seperti Datuk Wira untuk tentera dan polis, Datuk Hormat untuk ahli politik, Datuk Setia untuk pegawai awam yang setia , Datuk Bakti untuk pekerja kebajikan, Datuk Jaguh untuk ahli sukan dsbnya.

Dia ni dah tak dak kerja kot dok pikiaq benda-benda ni.

Yang pasti ada satu lagi gelaran yang orang mandul tak boleh dapat iaitu DATUK BERCUCU.

NST - State Awards: Cerate special categories

Rabu, 20 Oktober 2010

Chief Prime Minister Punya Pasai Kah Ni?

Malaysia ni ada sorang Perdana Menteri @ Prime Minister. Tapi ramai orang kata Perdana Menteri tu iaitu Najib Razak ada ketua pulak. Ketuanya Rosmah. Jadi kalau lagu tu Rosmah tu Ketua Perdana Menteri @ Chief Prime Minister @ CPM lah kot? 


Tengok Malaysiakini...... 


Tian: Kos Perjalanan Rasmi PM Naik Kerana Rosmah


Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

azlanDalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.

“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.



Baca seterusnya di sini