Jumaat, 9 September 2011

Tunku Abdul Rahman Pernah Jadi Duta Kedah Ke Great Britain

Sebelum 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman pernah jadi Duta Besar Kedah ke Great Britain. Negeri Kedah juga memang mempunyai pejabat Keduataan dan perwakilan di luar Kedah seperti di Perak, Selangor, Johor, Amerika Syarikat, Ceylon, India, Burma dll.

Ini kerana sebelum 31 Ogos 1057 negeri Kedah adalah sebuah negara yang berdaulat yang mepunyai Sultan yang berkuasa penuh dan mempunyai Perdana Menteri.

Cerita ni terjadi kerana kelentong Kling Kangkong di bawah:-


Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah
Abdul Rahim Sabri
Sep 9, 11
3:43pm
Kongsi 1115
Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

azlanKatanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

british coldstream guardBagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.

Kerajaan Negeri Selangor Wajib Potong Peruntukan Pada MAIS & JAIS

MB Selangor Khalid Ibrahim dan Exco-exconya wajib mengkaji peruntukan untuk belanjawan tahun 2012 untuk MAIS & JAIS. Potong dan tinggalkan ngam-ngam untuk belanja pejabat saja. Biar mereka minta sedekah untuk beli karipap dan kopi o untuk mesyuarat majlis.

Ahli MAIS dan Pengerusinya adalah barua UMNO termasuk Timbalan Pengerusi. JAIS dah tentu jabatan kurang ajar. Mereka bukan buat kerja untuk Islam dan kerana Islam, tapi bekerja untuk UMNO. Kebanyakan kakitangan JAIS adalah orang UMNO ataupun orang yang ada masalah disiplin yang ditendang dari jabatan lain.

Ketua Agama ada. Dia boleh cari sponsor untuk MAIS kalau duit tak cukup. Ketua Agama kaya raya. Takkan harap duit rakyat saja. Pakailah duit sendiri sama. Lagipun MAIS dan JAIS buat kerja taat setia pada Ketua Agama. 




Khamis, 8 September 2011

Rahsia ahli Umno no. # 000006


Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu ? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.

Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum.

Salah satunya ialah rahsia ahli nombor 6, ketika penubuhan Umno itu sendiri. Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak.

Sedikit latar belakang,Sir Harold McMichael pada tahun 1945 telah ditugaskan oleh 'London' untuk mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu tetapi bila bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim (Johor), baginda Sultan telah tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Perbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim.

ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul.

Sultan sememangnya berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi Dato' Onn pengasas Umno berusaha bersungguh - sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan Sultan.
Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak McMichale. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr. DR. CHARLES JOSEPH PEMBERTON PAGLAR diberi keahlian UMNO bernombor # 000006

Persoalanya kini
1.apa asas penubuhan UMNO ?
2.Umno tubuh dengan antara pengasasnya bukan Melayu?
3.perjanjian apa yang sungguh - sungguh diusahakan untuk tandatangan Sultan itu ?
4. Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang. Kalau nak tubuh organisasi baru ciptaan British tentu susah nak yakinkan orang ramai, Maka British telah membuat satu perjanjian untuk tubuh malayan Union. British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? che'GuBard bukan bijak sejarah, macam Khoo Kay Kim...nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan.

Kerakyatan: Ini Negeri Bukan Milik UMNO...!!!

Unaited Melay Nasyonal Orgynaizasyen - umno dan barua-barua nya seperti perkasa, pekida, persatuan bekas polis/tenter  dan lain-lain barua lagi akan tuntut, seru, kacau, mohon dan arah kerajaan supaya melucut kerakyatan individu tertentu yang berbeza pendapat dengan umno.

Masa Bersih, mereka menuntut supaya Pengerusi Bersih - Ambiga dilucut kerakyatan. Kali ni Mat Sabu pulak. Lain kali entah sapa-sapa pulak.

Apakah mereka semua ni ingat kerakyatan itu hak mereka kah? Atau hak kerajaan? Kerakyatan adalah hak individu yang memegang kerakyatan. Mana ada undang-undang yang bagi tarik kerakyatan sesuka hati.

Apakah mereka ingat negara ni masih di zaman Melaka kah? Atau mereka hanyalah orang-orang bodoh yang cakap ikut sedap mulut saja.

Negara ini bukan milik umno dan barua-baruanya. Negara ni milik semua rakyat dan warganya.