Semua orang yang aku jumpa dan bersembang, kecuali orang bangang penyokong UMNO, kata kejadian pecerobohan di Lahat Datu adalah wayang, sandiwara, lakonan, opera dan drama.
Depa kata Najib upah Sultan Sulu yang tak berdaulat dan tak berduit untuk kerah pengikut-pengikut di Filipina dan yang dah ada di Sabah untuk buat sandiwara ni. Depa kata lagi, pengikut ni tak tau yang Najib upah Sultan Sulu. Konon jihad!
Betoikah ceritanya Sultan dudok di Filipina, pengikut susah payah di Lahad Datu kena tembak dan kena tangkap? Sultan Sulu dapat habuan. Pengikut mati katak.
Kalau betoilah macam tu polis, tentera dan rakyat Malaysia yang nanya. Polis kena buat kerja lebih dan anggotanya mati. Tenterapun kena kerah. Rakyat pula kena tanggung belanja operasi ni dan tanggung pencen anggota yang mati. Najib nak tunjuk prihatin naikkan pangkat depa pulak. Awat masa depa hidup tak penaik pangkat depa?
INI MAKNA LAHAD DATU
LAHAD DATU
RANCANGAN UNTUK
MENGOLAH PERSETUJUAN
SANDIWARA AL - LAHAD DATU
Untuk sementara waktu saya meminta para pembaca jangan
ketawa apabila terbaca berita bahawa Lokman Adam sebenarnya ialah
penasehat Sultan Sulu. Pemimpin Tertinggi Pemuda United Malays National
Organisation ini memang sosok yang hebat. Malah si Lokman Adam ini telah
dianugerahkan oleh Sultan Sulu satu derajah kebesaran. Derajah yang
bernama Datuk Seri Panglima ini pada hemat saya lebih tinggi derajatnya
dari Kampong Datuk Panglima Garang di Jalan Kebun.
Saya juga meminta para pembaca untuk melupakan seketika
berita tentang Datu Akjan Ali Muhammad yang hendak dibuang keahlian dalam
parti United Malays National Organisation. Atau gambar Najib Razak
bersama Sultan Sulu yang menjadi tamu Najib. Sultan Sulu tekah dijemput
hadir ke Perhimpunan Agong United Malays National Organisation
tahun lalu.
Saya juga meminta para pembaca agar jangan marah atau naik
berang dengan kenyataan terbaru dari Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Anak
Lelaki Iskandar Kutty ini baru sahaja membuat seruan kepada Najib Razak agar
‘penceroboh’ di Lahad Datu diberikan ‘tendangan lebih keras’ untuk
menghalau mereka keluar. Wal hal yang memberikan kad pengenalan segera
kepada ‘peceroboh’ ini adalah Mahathir sendiri.
Apa yang saya ingin lakar kali ini ialah pelbagai SANDIWARA
telah dipentaskan dalam negara kita. Kes-kes yang akan saya lakarkan disini
semuanya melibatkan siasatan oleh pihak berkuasa. Kes–kes ini tidak ada babak
penamat – goncang-goncang tapi tak pancut. Maka saya masukan kes-kes ini
ke dalam jilid : Sandiwara Akan Disambung Hari ini terbukti
sandiwara-sandiwara yang telah dipentaskan bertujuan untuk mengolah
persetujuan dan merancang ajenda politik pada ketika ianya dipentaskan.
Sebelum saya pergi jauh biar saya terangkan apakah maknanya
sandiwara dalam konteks politik. Minggu lalu saya telah menulis tentang
memasang bendera salah atau ‘false flag’. Ini taktik yang dilakukan oleh
lanun. Mereka melanun dan merompak tetapi kapal mereka memakai bendera
orang lain. Yang lain buat kerja jahat yang lain akan dituduh.
Saya gunakan SANDIWARA agar semua Mak Cik dan Pak Cik
Felda akan faham. Tak perlu guna bahasa pelik-pelik. Jika saya tulis -
sandiwara - maka semua orang tahu bahawa sandiwara ini dilakunkan. Dalam
sandiwara penulis skrip dan ada pengarah lakonan. Sandiwara bukan betul-betul
berlaku. Tujuan asal sandiwara untuk menghibur.
Tetapi dalam istilah politik moden Malaysia – sandiwara
dipentaskan - bukan untuk menghibur tetapi untuk mengolah
persetujuan orang ramai. Sandiwara dipentaskan agar satu ajenda politik dapat
dilahirkan diakhir pementasan.
Contoh jelas pada tahun 2003 Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty
menangis ketika mengumumkan perletakan jawatan. Ini sandiwara. Tujuan Mahathir
menangis ialah untuk meraih simpati dari Bani Melayu. Jangan
kita lupa Mahathir ini sering menangis. Mahathir sering buat muka
sepuluh sen. Semua ini sandiwara untuk menipu Bani Melayu agar Mahathir dapat
terus merompak harta kekayaan negara ini.