Jumaat, 25 Januari 2013

Adakah UMNO & Kuncu-kuncunya Akan Buat Huru-hara Jika Kalah PRU13?

Tengok dalam video di bawah ni, Tun Mustafa ajak pengikut ke masjid. Mat Nor Mansor bekas Menteri Kewangan pun kata orang Islam sendiri yang bakar masjid untuk tuduh orang Kristian yang buat.

Nampaknya orang politik sekular yang berugama Islam mengunakan Islam dan masjid untuk agenda politik mereka.

Itu di Sabah hampir 30 tahun dahulu. Macamana pulak dalam PRU13 yang dah hampir ini, adakah UMNO dan kuncu-kuncunya serta anasir-anasir mereka akan berbuat begitu jika UMNO/BN gagal mempertahankan kekuasaan mereka? 


Selasa, 22 Januari 2013

TIPU PILIHAN RAYA - TURUN KE JALAN RAYA

Masa orang dok sebok dan heboh berminggu-minggu pasai Himpunan Kebangkitan Rakyat  112, aku dok sebok hal lain. Jadi hari ni lah aku nak tuleh simpan dalam blog ni. Kerja mudah ambik dari salah sorang tukang hasut iaitu  Tukar Tiub

TIPU PILIHANRAYA
TURUN
KE JALAN RAYA




500 RIBU SATU AMARAN
Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya. Percubaan untuk mengagalkan telah gagal. Seramai 500,000 anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpuan di Stadium Merdeka. Saperti biasa media milik United Malays National Organisation akan membuat pelbagai kesah, lawak dan dongeng.

Dari awal lagi telah dijangkakan Mat Remeh bin Temeh akan mempertikaikan jumlah yang hadir. Sama ada 700 ribu atau 500 ribu tidak penting. Ini bukan peraduan congak. Ini bukan peraduan mengukur berapa kilo berat badan Rosmah Mansor. Yang saheh dan penting ialah 500,000 warga – tua dan muda – anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 untuk memperlihatkan keberanian mereka bangun melawan United Malays National Organisation.

Manakala, Siti Temeh binti Lebai Remeh telah memecah urat kentot berfikir untuk menganjing HKR112. Sayangnya, urat kentot si Minah ini hanya berkeupayaan untuk menamakan HKR112 ini dengan nama Himpunan Shamsidar. Lawak bodoh Himpunan Shamsidar ini diberitakan telah menetas dari mulut Ketua Penerangan United Malays National Orgaisation.

Jika keupayaan fikrah Ketua Penerangan parti yang memerentah hanya ke tahap ‘himpunan shamsidar’ maka jelas negara Malaysia kita ini sedang berada dalam bahaya. Percubaan bangang saperti ini adalah cermin muka untuk kita semua menyedari bahawa negara kita kita sedang dikemudikan oleh Mamat-Mamat Remeh bin Temeh yang memiliki lubang kosong diantara dua telinganya. Paling menyedihkan ada diantara Mat Remeh ini telah berjaya menyamar sebagai Ketua Penerangan dan menjadi Menteri.

Justeru, mari kita lupakan jumlah 500,000 yang datang. Apa yang wajib kita fahami ialah apa makna dan tanda dari kehadiran ini.

Saya telah merayau dari pekan ke kampong untuk mengelodak, mengecar dan menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Hakikatnya hasutan saya itu berjaya. Tim menghasut - dari parti politik, Ngo dan aktivis - telah berjaya menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Saya tepok dada tanda puas hati. Tangan kanan saya bersalaman dengan tangan kiri saya.

Sebenarnya, saya tersenyum puas apabila melihat: yang capek mamakai tongkat, yang pekak tertanya-tanya, yang buta diheret teman, yang tua berkerusi roda, yang sesat melihat GPS, yang Cun dihurung Balak, Yang Cool membawa spanduk - semua berjalan untuk memasuki Stadium Negara.

Biasanya sesiapa yang menyusun program akan merasa cuak dan berdebar-debar kalau-kalau tidak ramai yang datang. Saya juga merasa cuak dan bedebar-debar bukan takut orang tak datang tetapi saya gerun jika terlalu ramai orang yang datang. Saya akui disini jumlah 500,000 yang turun ke Kuaal Lumpur pada 12 Januari 2013 itu lebih dari mencukupi. Apa yang menakutkan ialah kita berhimpun dalam kawasan bertembok dan berpagar.

Saperti yang telah saya tuliskan dahulu, bahawa ampohan orang ramai ini akan mengubah lanskap politik negara. Buktinya - kita terbaca bagaimana Muhyiddin dikatakan, pada hari Sabtu yang sama akan mengadakan Himpunan Di Raub. Tetapi berita ini hilang bagitu sahaja. Tak tahu hujung pangkal. Tidak dipastikan jadi atau tak jadi.

Manakala si Najib pula telah mangadakan Himpunan Di Semenyih di hadapan Dataran Tesco. Gambar resmi yang dikeluarkan, dari sudut semiotik – perhimpunan ini adalah satu penghinaan kepada Orang India. Utusan Malaysia dengan bangga tetapi bodoh telah memaparkan gambar Orang India sedang berebut-rebut untuk mengaut beras hadiah dari Barisan Nasional.

Bayangkan betapa hinanya Orang India di Malaysia ini terpaksa berebut-rebut menghulur tangan untuk mendapat satu kampit beras hancur. Ini sama saperti imej ‘ kebuluran’ dalam negara dunia ketiga yang selalu kita lihat digambarkan oleh media kaum imperialis.

Inilah perubahan lanskap politik yang saya maksudkan. Rakyat memukul gendang - United Malays National Organisation terpaksa menari. Najib dan Muhyiddin Sabtu lalu telah menari mengikut rentak irama HKR112.

Pasti ramai yang akan bertanya kenapa kali ini tidak ada tembakan gas pemediah mata dan tidak ada semburan cecair kimia? Malah ada anak-anak muda merasa HKR112 ini ‘kureeeng cool’ tanpa tembakan gas pemediah mata. Untuk anak-anak muda ini biar saya bersurah untuk membawa hikayat pejuangan jalan raya.

Jalan raya sebagai wadah perjuangan bukan satu yang baru. Turun berdemo ke jalan raya ini bukan ombak politik baru di tanah air kita ini. Dizaman British lagi Hisbul Musliman, Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, API, KMM, PKMM, kesatuan buruh, anak pelajar, agamawan telah mengunakan jalan raya sebagi kancah politik melawan penjajah. Malah United Malays National Organistion sendiri telah keluar berdemo di jalan raya untuk menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.

Wajib juga saya surahkan disini – ketika abang adik – kyusuk mendengar ucapan dari pemimpin Ngo dan Parti Politik - sedarilah bahawa keselesaan berhimpun dalam Stadium Merdeka Sabtu lalu adalah hasil dari perjuangan menuntut hak yang maha panjang. Ramai telah pecah kepala, buta mata, patah tangan, patah kaki, dipenjara , malah ada yang telah ditembak mati ketika berdemo. Sabtu lalu adalah penyambungan perjuangan hak berdemo dan hak berhimpuan di jalan raya. Hak ini ditulis jelas dalam perlembagaan. Tetapi selama 54 tahun ini United Malays National Organisation telah menafikan Fasal 10 Hak Berhimpun yang tertera dalam Perlembaaagn Malaysia.

Orang ramai telah ditakut-takutkan dari berani keluar ke jalan raya. Belantan, chota, gas, kimia, penjara dan mahkamh telah digunakan untuk menakutkan orang ramai. Bertahun-tahun orang ramai telah berjaya ditakut-takutkan. Malah orang ramai juga telah ditakut-takutkan dengan konsep ‘menggulingkan’ kerajaan. Orang ramai ditakut-takutkan dengan konsep ‘menjatuhkan’ kerajaan. Orang ramai dihantui dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa.

Tersenyumlah - kerana semua ini hanya tinggal dalam buku sejarah. Hari ini tidak ada sesiapa lagi yang takut untuk menggulingkan kerajaan. Tidak ada siapa lagi yang takut untuk berdemo di jalan raya. Telah saheh turun ke jalan raya untuk berdemo telah menjadi budaya politik kita.

Jumlah 500,000 adalah 500,000 yang mewakili anak semua bangsa. Mereka telah bertekad dan bersetia dengan membaca Deklarasi 12 Januari. Mereka telah berjanji untuk menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya jika Barisan Nasional menang dengan jalan menipu dalam PRU13 ini.

Amaran ini amat jelas terpampang besar untuk dibaca oleh warga dalam stadium. Untuk yang tidak berada dalam stadium, untuk yang dirumah atau diluar negara ‘Kain Rentang Amaran’ ini boleh dilihat dalam puluhan rakaman gambar dan klip video yang sedang mengampoh di alam maya.

Amaran: Tipu Pru Rakyat Bangkit Humban Kamu - ayat inilah yang tersirat dan tersurat. Amaran ini tidak berselindung dengan kata-kata molok. Tidak berselindung dengan kata-kata diplomasi. Amaran ini dinyatakan dengan jelas dan terang. Amaran ini ditujukan kepada United Malays National Organisation. Inilah amaran HKR112.

Secara sedar. Secara bersopan. Secara hormat orang ramai yang turun ke jalan raya telah memberi amaran agar mereka tidak lagi akan ditipu saperti dalam pilihan raya yang lalu.

Amaran ini bukan pula akan menafikan hak dan tuntutan pelbagai Ngo. HKR112 secara sedar disusun untuk menjadi kemudi dalam penggumpulan kesemua kemarahan, kesemua ketidak puashatian dan keresahan warga yang selama ini merasakan diri mereka telah ditipu dan ditindas oleh United Malays National Organisation.

Malah, tuntutan dari Ngo-Ngo ini juga diajukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana para aktivis Ngo sedar kemungkinan kilang Lynas tidak akan ditutup masih ada walau pun kerajaan Pakatan yang berkuasa. Bagitu juga, para aktivis sedar bahawa kemungkinan tanah orang kampong di Pengerang akan terus dirampas walau pun telah ada kerajaan baru. Kemungkinan ini wujud. HKR112 juga bertujuan untuk mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa – rakyat melihat dan memerhati.

PRU13 ini dijadikan sasaran induk kerana telah jelas dengan bukti-bukti yang saheh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang untuk menipu. Benteng akhir pertahanan United Malays Naztional Organisation ialah SPR. Menipu untuk mendapatkan undi hanyalah cara untuk Barisan Nasional menang.

Justeru, kita tidak perlu berselindung dengan konsep ‘ non partisan’ atau tidak menyebelahi mana mana pihak. Untuk rakyat tertindas, untuk warga miskin, untuk rakyat yang tanah kampong halaman dirampas – untuk kesemua ini jelas dan terang mereka memihak – memihak bersama-sama sesiapa sahaja yang ingin menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Memang betul dan tepat di Malaysia tidak ada Arab Spring. Kita bukan Arab. Apa yang ada ialah Malaysian Durian. Hari Sabtu 12 Januari yang lalu ialah tanda 500,000 pokok durian sedang berbunga. Jika dalam PRU13 ini rakyat ditipu sekali lagi oleh SPR maka yakinlah bunga bunga durian ini akan meledak. Bunga durian ini bukan hanya 500,000 jumlahnya - malah berjuta akan turun ke jalan raya.

Jangan tipu dalam PRU13. Ini amaran. Untuk pegawai SPR sebelum menjalankan projek tipu kerana mendapat arahan dari United Malays National Organisation – sila lihat dahulu gambar-gambar dalam klip YouTube tentang HKR112. Bertenang dan fikirkan - yang saya tulis ini bukan acaman. Tetapi satu janji. ( TT)









Tutup Biro Tata Negara!

Biro Tata Negara ringkasnya BTN wajib ditutup. Sapa tutupnya? UMNO Jahanam atau BN mati hidup balikpun depa tak mau tutup BTN yang belanja kerajaan tapi jadi barua UMNO. Kita tak boleh harap UMNO tutup BTN pasai BTN amat berguna pada depa.

Tapi bolehkah kita harap Pakatan Rakyat untuk tutup BTN jika depa ambik aleh Putrajaya? Bolehkah harap Anwar Ibrahim dan PKR tutup BTN? Boleh percayaka PAS nak tutup BTN? DAP mau tutup BTN ka? Aku rasa depa semua tak mau tutup BTN. 

Depa akan gunakan BTN pulak. Aku tak pernah dengaq Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Lim Guan Eng berjanji dalam ceramah depa nak tutup BTN. Kalau serbu depa lepaih ceramah, tanya depan-depan masa depa nak naik kereta, jawapannya "akan kaji" atau "kita akan bincang".

Bagi aku kerajaan yang berkuasa tidak boleh menggunakan agensi kerajaan dengan menggunakan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan untuk mempromosi pemimpin dan agenda parti politik.  Tak kiralah parti apa. Aku tak mau BN bungkuih PR berkuasa BTN tetap BTN. Cuma ditukar pegawai dan fasilitator yang ada yang pro UMNO dengan yang pro PR pula. Ni semua kerja leceh. Hangpa nak bagi rakyat sokong hangpa semua hangpa buat kerja betoi-betoilah! Rakyat  bukan buta!

Bukan kata BTN, Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA juga wajib ditutup. Boleh jadi KEMAS atau Jabatan Kemajuan Masyarakat mungkin boleh "tune" untuk betoi-betoi buat kerja untuk kemajuan masyarakat. Tapi BTN dengan JASA ni tarak guna langsung! Cuma jadi tempat depa buboh bagi kerja kat calon-calon yang kalah pilihanraya atau bekas YB yang dipujuk supaya tak bertanding. 

Ingat!!! PR tak boleh buat macam tu!

Apa kata Saudara Anwar Ibrahim, Tuan Haji Hadi Awang dan Brother Lim Guan Eng semasa ceramah dan kempen pilihanraya berjanji untuk tutup teruih BTN dan JASA. Dah tu kena janji tutup betoi-betoi, jangan pi bukak jabatan dan ajensi nama lain pulak. Jangan buat leceh ha! Luku kepala baru tau! 

Jangan dalam tahun 2017 ada ceramah tertutup untuk budak sekolah dok perbetoi PR macam di bawah ni pulak....




Ahad, 20 Januari 2013

Setan Besar Hasut Ulamak Besar!

PAS tak sama dengan PKR dan DAP. PAS parti politik berteras agama. PAS parti Islam. PAS ada Dewan Ulama Kawasan, Negeri dan Pusat. PAS juga ada Majlis Syura Ulamak.


Majlis Syura ni khas untuk orang yang dianggap ulamak dan ustad-ustad saja. Hangpa pandai bijak macamanapun kalau hangpa tak dak kelulusan agama dan ikut syarat yang depa buat, hangpa tunggu depa mesyurat jadi tukang kipaih dan angkat ayaq sejuk bagi kat depa saja la. Senarai tengok sini....  Aku anggap Majlis Syura macam Politburo parti komunis.

Boleh dikatakan ulama atau ustad-ustad yang kontrol PAS. Orang lain dalam PAS buat kerja saja. Yang rancang, atur dan buat kerja bukan ustad. Ustad dudok di meja utama dan jadi tukang perabih kepala kambing! 

Orang dah rancang dan buat kerja untuk parti, bila ustad-ustad sampai yang ni tak kena yang tu tak betoi. Yang buat orang hangat hati bila tanya balik nak buat lagu mana. Depa suruh pikiaq sendiri. Depapun tak dak akai. Kalau ustad bagi idea, kalau kita tanya balik "ustaz yakin macam ni boleh ka?". Depa akan berlindung di balik insyaallah. Bila buat tak jadi ustad ni kerenyeh macam orang tabligh baru terjaga dari mimpi tengok bidadari dalam syurga! Itu bab cawangan atau kawasan.

Di peringkat pusat pula, ahli-ahli Majlis Syura Ulamak dan dari Dewan Ulamak dok nak kawai PAS. Patutnya kerja depa kawai PAS dari segi dasar dan polisi parti supaya jangan menyeleweng saja. Ni tidak, kegiatan dan gerak kerja parti pun depa nak dictate. Kalau depa pandai merancang dan atoq strategi tak pa la jugak.

Depa ni buka mulut saja bunyi sumbang. Lepaih tu gila kat wartawan. Gila mulut. Pantang wartawan kerumun tanya kena pulak wartawan betina garit, mulut depa mesti gatai nak cakap. Wartawan tanya bab politik pasai nak cari isu nak pukui PAS, depa cakap merapu konon macam baguih bagi peluru free kat UMNO untuk tembak balik. Bodoh punya ulamak!

Tapi nak kata apa, majoriti ustad-ustad dalam Majlis Syura adalah pro UG. Yang berotak dan berjiwa UMNO pun ada. Ada yang perbuatan dan cakappun terang-terang UGpun depa buat derk!  Sama-sama depa, depa buat tak tau saja!  Sebijik macam anggota politburo komunis. 

Tak payah marah kat depa sebab puak-puak ustad juga yang dok ajaq kat kita, jika hebat dan besar seseorang tu maka hebat dan besarlah setan yang dok mai hasut. Kesian kat depa, bukan setan-setan yang kita tak nampak saja tiap saat dok hasut rasuk depa, setan yang dikenali pun dok hasut depa jugak. 

Setan yang dikenali ni pandai main nama Allah, kepentingan Melayu dan tentunya dah tunjuk kat depa jawatan, kesenangan dan kemewahan yang akan depa dapat jika depa bawa PAS untuk berdakap dengan UMNO. Lagipun depapun sama beriktikad yang UMNO tu yang menjaga Melayu dan Islam.

Kalau tanya aku dan suruh aku sebagai ahli biasa PAS bagi rating kat ahli Majlis Syura Ulamak. Di mana 5 adalah yang paling diyakini dan dipercayai dan 0 adalah langsung tak boleh dipercayai. Aku kata 2. Dua saja bro kepercayaan aku pada depa!