Khamis, 15 Julai 2010

PASIR DI SELANGOR: RAKYAT MARAH

Mat Mongol kata Kerajaan Selangor kena redakan kemarahan rakyat berkenaan isu pasir. Lihat NST hari ni.  Itu kata Mat Mongol. Rakyat mana dan jenis apa yang dia maksudkan?

Bagi aku rakyat yang marah adalah dari golongan UMNO Jahanam terutamanya mantan MB Tukang Gigi Khir Toyo. Bisnes pajak permit kat taukeh dah b

Khir Toyo tak dak kerja. Nak bagi penyapu, dia sendiri dah kena sapu. Khir patutnya dudok di istananya diam-diam. Kalau dah tak dak kerja sangat dan otakpun biul, cabut gigi bini lagi baik.....

Pegi mampuih lah UMNO!!!!!

Dulu Hero.... Sekarang...?

SEKEPING SURAT DARI AKU


DIMANA KAU SEMUA SEKARANG ?




SURAT DARI AKU KEPADA KAU

setiap kali aku melihat gambar ini
setiap kali aku bertanya
dimana kau semua sekarang?

gambar pagi 3 disember 74 ini
adalah rakaman sejarah
setiakawan anak muda dengan kamu tani
setiakawan anak muda dengan penoreh getah
setiakawan anak muda dengan kaum buruh

dimana kau semua sekarang ?

setelah kau berijazah dan berdiploma
adakah kau masih bersetia dengan janji
janji yang kita lakar di sudut pidato
janji untuk menegak keadilan

pasti kau telah bernikah beranak dan bercucu
tidak seperti gambar ini
apakah kau telah berperut gendut
menjadi pegawai mengutip laba
memasang lukah mengumpul harta
memungut upti kiri dan kanan
berbaju batik dan bederajat tinggi
atau
kau menjadi susuk yang soleh
yang setia kepada janji
yang telah kita lafazkan di sudut pidato

dimana kau semua sekarang?

aku menuliskan surat ini dengan kenangan dan air mata
teringat pada janji janji setia
ketika bergerak di jalan raya
ketika berkumpul dan bersetia
ketika di tembak dan di belantan
ketika rebah dan bangun semula

dimana kau semua sekarang ?

tidak kah kau lihat betapa pertiwi sakit sengsara
tidak kah kau lihat pedih dan perit negara bangsa
tidak kah kau lihat terseksanya anak semua bangsa

jika kau membaca surat aku ini
jangan kau salah prasangka
aku bukan meminta dana
aku bukan meminta derajat
aku bukan meminta simpati

aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada janji janji yang dilakar pada pagi itu
aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada ilmu yang kita pelajari di gedung itu

dimana kau semua sekarang?

jika pagi ini kau di veranda banglo rumah mu
mengira kereta dan speda cucu mu
menghitung saham dan luas tanah mu
merancang percutian di kota eropah
aku meminta kau luang kan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
ingatkan kembali pada janji dan cita cita
untuk mendirikan negara bangsa
yang adil dan berbudaya

dimana kau semua sekarang?

jika pagi ini kau bercanda canda dengan kekasih muda
mengira-gira saham emas dan bhara
mengumpul harta tidak terkata
aku meminta kau luangkan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
gambar kita di pagi itu di masjid negara
berjanji dan bersetia
menentang kezaliman
menumpas kebatilan

jika surat ini tidak sampai
jika surat aku ini tidak dibaca
jika surat aku ini tidak dibuka
akulah sebenarnya bersalah
menulis surat ke alamat berubah

p/s
wahai agin yang lalu
tolonglah sampaikan surat aku
wahai angin lalu
lakarlah gambar ini dilangit biru
agar dapat dilihat oleh kawan kawan aku
diseluruh pelusuk seluruh penjuru
detik kami melakar janji
bersetiakawan untuk duji

Rabu, 14 Julai 2010

Hujah ADUN BN Yang Bengong!!!


Peruntukan di dalam Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010 dikhuatiri akan memberi peluang kepada anggota kerajaan negeri itu melantik kroni mereka ke jawatan pegawai maklumat dan ahli lembaga rayuan, kata wakil pembangkang dalam sesi perbahasan rang undang-undang itu hari ini.

Ismail Sani (BN-Dusun Tua) berkata beliau bersama wakil BN lain cenderung menyimpulkan demikian memandangkan pelantikan ke jawatan berkenaan dibuat melalui pihak berkuasa negeri.

"Cuba kita lihat Bahagian II, Perlantikan Pegawai Maklumat (3) menyebut 'Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melalui Warta melantik Pegawai Maklumat bagi setiap jabatan.' Sudah tentu pegawai maklumat dilantik akan dibayar gaji oleh kerajaan negeri, jabatan atau agensi kerajan berkaitan.

"Kemudian kita lihat pula Perkara (16) menyebutkan 'ahli Lembaga Rayuan hendaklah dibayar, daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri, elaun yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.'

"Ini membuktikan ”sudah terang lagi bersuluh”, enakmen ini hanyalah satu lagi daripada sekian banyak mekanisme kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk beri kerja pada kawan-kawan dalam parti," katanya.


----------------------------------------------------------------------------------

Patutlah orang Melayu yang sokong UMNO dan BN bukan saja bodoh tapi kelihatan bodoh. Lihat lah wakil mereka berhujah dalam Dewan Undangan Negeri. ADUN ni macam Pengerusi JKKK Persekutuan yang tidak tamat Darjah 4 Sekolah Melayu. Kesian mereka telah memilih wakil yang BENGONG!!!