Jumaat, 23 Oktober 2009
Kalau Masjid Pun Runtuh... Loji Nuklear?
Paling penting anak anak muda hari ini untuk memahami bahaya radio aktif. Bayangkan stadium runtuh. Bayangkan bagunan sekolah runtuh. Bayangkan hospital di Johor berkulat. Bayangkan lebuh raya MRR2 retak. Bayangkan masjid baru buat di KT retak.
Percayalah taktik ini akan digunakn sekali lagi :
Taktik yang sama akan digunakan sama seperti di Papan, Ipoh dahulu. Kawasan majoriti china akan dipilih. Ini untuk menjauhkan tentangan orang melayu. Kesedaran patut bermula sekarang. Sila baca dan kaji bahaya loji tenaga nuklear – sebelum terlambat. Kerana Najib tidak dapat melarikan diri dari penjual barang second hand dari Peranchis kah kah kah. Kemudian Tabung Haji, Bank Islam, Kooperasi Tentera akan di beri sham. Ini untuk memastikan dilihat orang kafir menentang kepentingan ekonomi Islam
Tipu helah ini telah digunakan oleh syarikat Jepun Rare Earth yang ingin membuat kilang amang di Papan Ipoh. Tabung Haji adalah salah sebuah syarikat yang telah dipilih oleh syarikat Jepun ini untuk menjadi rakan niaga. Hasil perlawanan kilang ini gagal didirikan.
Di mana hendak dibuangkan air penyujuk loji ini? Di mana hendak dibuangkan sampah kumbahan dari loji ini? Ke Sungai Pahang? Habis kita semua makan ikan patin berradio aktif. Ke Sungai Perak ? Habis kita semua makan siakap berradio aktif. Ke Selat Melaka? Habis semua rakyat Semenanjung dan Sumatra makan ikan berradio aktif.
Kesedaran patut bermula sekarang. Sila baca dan kaji bahaya loji tenaga nuklear – sebelum terlambat kerana najib tidak dapat melarikan diri dari penjual barang second hand dari peranchis kah kah kah
Diambil dari Tukar Tiub.
Komen aku:
Kan ke pegawai dan pekerja Melayu pemalas. Minum pagi sejam, makan tengahari 2 jam dan lagi setengah jam cukup waktu balik dah beratur depan mesin punch card. Lepaih tu meeting meeting saja. Nak sambut menteri lagi...... Senjata dalam kem pun boleh hilang. Silap-silap penjuai cendoi pun boleh dok sembang dalam chamber loji.
Kemungkinan untuk loji nuklear meletup di Malaysia paling tinggi dalam dunia.
Khamis, 22 Oktober 2009
EGM PAS?
Buatlah EGM. Kemukakan usul untuk EGM. Biaq EGM putuihkan nak buang ka tidak Hj Hadi, Nasa, Hassan Ali, Mustafa Ali dan sapa-sapa yang gila UMNO dan UG. Bagi EGM tentukan nak kat UMNO ka nak kat PR. Kalau pilih dua-dua tak boleh......!!!! Itu jadi bewak lidah bercabang!!!
Tengok apa Tok Guru Nik Aziz kata.....
Nik Aziz cadang EGM bincang pakatan PAS dengan Umno?
Posted on Thursday, October 22 @ 04:38:13 PDT by paktam
Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. - NIK AZIZ
Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.
Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.
Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)Apa isunya? Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.
Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.
Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.
Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.
Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.
Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.
Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitu.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik MatMursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
Beginilah Bijak dan Beradab
Ini menunjukkan perangai PAS tulen yang selalu dikatakan oleh musuh politik PAS malah pemerhati politik, iaitu pemimpin PAS terutamanya yang pakai serban dan ketayap tak boleh dikritik mereka hanya boleh terima pujian saja. Sah!!! Betul cakap mereka. Terbukti. Proven.
Namun PAS bernasib baik ada ramai lagi yang bukan begitu. Salah seorangnya ialah MOHAMED HANIPA MAIDIN. Dalam blognya "peguampas" beliau telah meredakan suasana dengan kaedah penulisan yang mudah dan penuh beradab siap ucapkan terima kasih atas kritikan Aziz Bari seperti di bawah:-
TERIMA KASIH PROF AZIZ BARI DI ATAS KRITIKAN ANDA
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ( “Pengajaran dari Bagan Pinang” ). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.
Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang. Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS . Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.
Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau. Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide ( niat jahat ). Tulisan tersebut , bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang. Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.
Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah , Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.
Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.
Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan ( Hasan Ali ) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.
Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.
Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno. Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.
Adakah persepsi lahir begitu sahaja ? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS – melalui tindak tanduk , kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.
Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality ( mentaliti terkongkong ). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!
Salahkah kita menjadi pendengar yang baik ( good listener ) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.
Rabu, 21 Oktober 2009
Jamal, Osman & Hee Manusia Bijak..!!!
Dengan kebijaksanaan mereka, mereka telah menipu pemimpin-pemimpin PR, pemimpin BN dan pengundi mereka. Mereka telah mendapat habuan berjuta-juta ringgit. Wang ringgit yang mereka dapat tak habis hingga anak cucu.
Mereka bijak kerana:-
- Jamaludin Radzi, dulu hanya seorang posmen. Kalau dia tidak berhenti (atau diberhentikan?) dan memulakan perniagaan serta seterusnya jadi ahli politik, dia kini masih lagi bekerja sebagai posmen. Mungkin Posmen Tingkatan Kanan kot... Kenderaan yang paling besar dia boleh pandu pun hanya lori Pos Malaysia untuk hantar mel. Kereta sendiri Proto Saga Magma 1.3S. Tak merasa kereta Merc ke apa ke... Duit juta-juta jangan harap..... kalau adapun duit yang dicuri dari sampul surat....
- Kapt Osman Jailu, hanya askar saja. Eloklah sikit dia pegawai..... mai lambat balik awai. Kalau dia askar lagi sekarang ini, kerja mungkin jadi ejutan kem saja. Bolehlah dia buli pegawai muda dan askar bawahan. Dapatlah dia togok arak murah dalam mes. Duit kalau adapun seminggu saja dalam sebulan lagi tiga minggu dia pau orang. Makan pun kat mes. Duit banyakpun bila dapat gratuity pencen.
- Hee lagi hebat dan bijak. Dia yang dapat duit paling banyak antara mereka bertiga. Kalau dia tak jadi ADUN, sekarang ni dia masih jadi kerani kat syarikat cina. Bolehlah gaji seribu dua sebulan. Cukuplah untuk beli bedak dengan pad pantat. Oleh sebab dia pompuan dia boleh pilih jadi pelacur semasa mudanya. Dia berpeluang kaya. Tapi teruk juga dia kena mengangkang untuk jadi jutawan. Kalau tak jadi jutawan...... dia mungkin jadi tak ketahuan....... melacur kat lorong belakang kedai. Tapi dia dah pilih jadi ahli politik dia pun menjadi kaya raya dengan cara menjadi pelacur politik..... tak perlu kangkang hanya lompat!!!
Oleh itu jangan marah pada mereka bertiga ini. Mereka hanya mengambil peluang yang terbentang di hadapan mereka saja.
Pemuda PAS Perak Buat Lawak....
Hangpa tu taraf jakun saja...... takkan raja nak bagi hangpa mengadap. Dengaq nama hangpa pun dia tak mau. Cuba hangpa pikiak macamana nak bagi kuat parti hangpa, macamana nak bagi orang suka pangkah parti hangpa.
Pasai Sultan-sultan ni hangpa tok sah dok pikiak nak jumpa dia lah....... Aku kata kat hangpa pasai aku baca di bawah....
Pemuda PAS pohon mengadap Sultan Perak
Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak hari ini merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya berkenan menerima mereka mengadap untuk membincangkan isu persidangan DUN negeri itu minggu depan.
Permohonan Pemuda PAS itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi yang difaks kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Samsul Baharin @ Mohd Rofaa Hasan pagi tadi.
Dalam surat tersebut, setiausaha DPP Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika diperkenankan, delegasi mereka akan dipimpin oleh ketuanya, Zawawi Hassan dan lapan anggota jawatankuasa kerja dewan itu.
Sementara itu, penolong setiausaha DPP Perak, Safarizal Saleh berkata, pertemuan itu boleh membuahkan pandangan bernas bagi memastikan perjalanan DUN Perak pada 28 Oktober ini berjalan lancar.
"(Speaker BN) Datuk R Ganesan kata (mereka) dapat perkenan Tuanku untuk memanggil sidang DUN. (Speaker Pakatan) V Sivakuamar pun memanggil DUN bersidang. Sebagai raja pemerintah, sudah tentu Tuanku mempunyai pandangannya," kata Safarizal.
"Kita tidak mahu peristiwa speaker diangkat dari kerusi, dikurung dalam bilik berulang lagi. Seluruh dunia sedang menantikan persidangan pada 28 Oktober ini," tambahnya.Ditanya mengenai butiran perkara yang akan dibangkitkan kepada Sultan Perak, beliau berkata, ia tidak boleh didedahkan kepada media sekarang."Lagi pun, kita tidak tahu lagi apa Tuanku akan tanya," kata Safarizal yang juga setiausaha kerja Pemuda PAS pusat.
Menurutnya lagi, dewan itu sebelum ini pernah dua kali menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah termasuk sewaktu majlis berbuka puasa bulan lalu.Safarizal berkata, pihaknya mengambil kesempatan dalam pertemuan tersebut untuk membincangkan perkembangan semasa politik di negeri Perak.
Penjaja 'Unity Government' Buat Hal Lagi
Cerita karutnya boleh dibaca dalam blog Tinta Merah di sini dan di sini. Hebat dia menggoreng. Kalau setakat ahli PAS yang wala' membabi buta kat syeikh-syeikh pemimpin PAS mesti percaya habis!!!
Mamat MSO sekor ni adalah top salesman UG sejak zaman Dollah Badawi lagi. Kalau baca akhbar Siasah, tentu dapat lihat hingga saat-saat akhir pemerintahan Dollah Badawi, MSO tetap bersungguh-sungguh menjolok UG ni.
MSO melancarkan semula cerita-cerita karut ni adalah untuk mengimbang tekanan ke atas puak UMNO dalam PAS. MSO seperti diketahui ramai adalah jin belaan SUA PAS Mustafa Ali. Dulu semasa pemilihan jawatan dalam PAS, MSO telah memainkan peranannya dengan begitu baik sekali hingga perwakilan-perwakilan yang kebanyakannya kurang cerdik politik telah memilih pemimpin Melayu bukannya pemimpin Islam.
Tapi kali ini aku rasa MSO akan 'ditumbuk' oleh penyokong PAS yang setia....
Selasa, 20 Oktober 2009
Harussani: Mufti Buta Perut....
Apabila seorang mufti buta perut, jadilah apa yang telah jadi seperti sekarang ini di Perak. Mufti buta perut tidak melaksanakan kerjanya. Dia tidak mendakwah Sultan dan kaum kerabatnya. Dia tidak menegur ahli politik ganas macam Najib dan Zahid Hamidi serta lain-lain pemimpin Umno Jahanam.
Apa yang mufti buta perut buat adalah untuk mengecop halal semua perbuatan dan tingkah laku golongan istana dan pemimpin Umno Jahanam. Mufti buta perut juga suka mengumpulkan anugerah, bintang kehormatan dan ijazah doktor kehormat. Lebih buta perut apabila utamakan agenda ketuanan Melayu dari Islam.
Harussani: Mufti Makan Gaji Buta....!!!
Kalau tabiat dan perangai buruk seorang Sultan sebagai kepala ugama Islam dalam negeri dan kaum kerabat dekatnya, Mufti tak boleh tegur. Apa tugas Mufti? Tidur? Makan gaji buta? Jadi jurunikah anak raja? Atau tunggu orang tanya "apa hukumnya telan ayor lior siang hari dalam bulan puasa?". Itu tahap guru KAFA ajar anak murid darjah dua.
Mufti tak payah bagi alasan dia hanya Mufti dan tiada kuasa. Ramai kenalan dan rakan rapat Mufti selalu jajakan bahawa Raja Muda Perak amat rapat dengan Harussani. Takkan dia tiada pengaruh walaupun sedikit ke atas Sultannya.
Harussani menjadi Jurunikah
Biasanya bagi seseorang yang berjawatan tinggi dan dihormati di dalam satu-satu negeri, sekiranya nasihatnya dipandang sebelah mata, pemegang jawatan itu akan letak jawatan. Kalau dia tidak meletak jawatan bermakna diapun suka hal tak baik berlaku dan mungkin dia juga dapat imbuhan yang lebih daripada gaji dan elaun bulanan.
Kesimpulannya Harussani adalah seorang manusia yang telah jual ugamanya demi gelaran, pangkat dan kemewahan. Tempatnya selayaknya dalam neraka jahanam di akhirat nanti.
Apa Macam Syeikh Mufti Melayu Harussani?
Wahai Syeikh Mufti Purba Harussani apa hang buat? Dok berzikiaq ka? Atau dok kira biji tasbeh? Hang makan gaji buta. Hang tak buat kerja. Apa nasihat hang bagi kat raja hang? Hang mufti p@%&*.......
Hang tau ka masa khutbah jumaat aku tak angkat tangan aminkan doa untuk kesejahteraan golongan kayangan..... Sebabnya banyak........ Hal ni orang dok cerita lama dah..... bila RPK tulih masuk Malaysia Today baru semua terbeliak biji mata.
Mengapa Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan?
Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.
Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.
Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.
Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.
Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.
Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.
Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.
Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.
1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.
4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.
Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.
Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.
(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)
dari Perakexpress
Isnin, 19 Oktober 2009
Pasai Apa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Jatuh?
Pasai apa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh? Jawapan bodohnya ialah 3 ekor ADUN telah terima sumpahan untuk jadi katak, iaitu Jamaluddin, Kapt (Bodoh) Osman Jailu dan Hee. Tapi sebenaqnya hanya sedikit dari plot cerita saja.
Ada lagi sebab musababnya seperti yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today dalam ruangan Corridors of Power yang bertajuk "Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak".
Bila aku baca, timbui satu nama yang tak sangkut pun sebagai anggota keluarga Sultan Perak samada anak, menantu atau apa saja. Dia ni hanya orang bergelaq saja. Pecacai istanalah tu....... Nama yang dimaksudkan adalah Mohamed Khair Johari Hj Osman. Kalau tak silap gelarannya "Toh Ratna Sakti".
Dia memang ada kesaktian. Mamat nama Khair ini tak terkenal. Tapi Pengarah-pengarah Jabatan banyak kenai dia. Dia selalu minta projek kat depa guna nama Sultan. Aku dengaq dia dapat projek sampai puluhan juta ringgit. Tapi banyaknya kena gagal, tak siap. Tanya orang Seri Iskandar dan Bota...... depa akan kata dia orang PAS dan kamcing dengan bekaih calon PAS Ustaz Ismi.....
Oleh sebab dia ni orang PAS dan dipercayai oleh Sultan, maka Sultan gunakan dia untuk berurusan minta tanah 600 ekar (yang ada amang) kat MB Nizar. Kalau tak percaya tanyalah pihak-pihak PKNP dan Pengarah Tanah & Galian Perak..... depa boleh cerita dari A to Z.
Lain-lain cerita akan aku muatkan selepaih agen-agen aku balik bagi laporan berkenaan individu ini.