Jumaat, 13 Januari 2012

Bye Bye Hassan Ali....



MB Selangor Khalid Ibrahim dah jumpa Sultan dan Sultan setuju Doktor Akidah Hassan Ali dilucut jawatan sebagai Exco dan diganti dengan orang lain....

Bye Bye Hassan Ali.... Boleh Belah....

Harakahdaily
Malaysiakini

Khamis, 12 Januari 2012

Skim Cepat Kaya dari Kerajaan Najib...

Najib Razak dah buntu. Dok harap kat orang keliling pikiak apa nak buat bagi rakyat suka kat Najib, UMNO jahanam dan Barisan Nasional.

Melayu yang jadi tukang pikiak ni kebanyakannya bukan cerdik manapun. Depa dok ingat rakyat gila duit macam depa. Depa dah syorkan kat Najib satu skim cepat kaya. 

Oleh sebab kerajaan yang buat, maka dipangge Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA). Bubuh pelaburan RM5,000/- jamin dapat RM134/- sebulan. Banyak jugak tu pulangannya. Macam kaedah skim cepat kaya. Ajar rakyat makan riba.

Baca sendiri.....


Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari.
    
Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.
    
"Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
    
"Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan," katanya ketika melancarkan skim tersebut di ibu negara.
 
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.
    
Dalam Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
    
Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.
   
Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Pelabur dijangka mendapat pulangan menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira antara RM5,000 hingga RM13,000 termasuk pulangan daripada pelaburan dalam Amanah Saham 1Malaysia.
     
Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.
    
"Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Hoi Hassan Ali... Belahlah!!!!

Tunggu apa lagi. Jawatan Exco tu bukan bapak tiri laki mak hang yang lantik...!!! Awat? Kot-kot Sultan Selangor bela hang kot? Piraah hang.

Selasa, 10 Januari 2012

Betoikah Doktor Akidah Paw Duit Projek di Selangor?

Aku cuma dengaq cerita dari mulut-mulut tertentu. Betoikah depa kata projek-projek pembinaan sekolah agama di Selangor dulu dibantai oleh Doktor Gigi?

Betoikah sejak PR perintah Selangor, Doktor Akidah pulak ambik alih peranan Doktor Gigi? Betoikah dia hantaq pak lebai dan pak haji untuk deal projek dengan kontraktor? Betoikah depa kata Doktor Akidah kata dia ambikpun bukan untuk dia? Betoikah dia bagi alasan dia nak bantu Bulan Mengambang? Betoikah dia dan kuncu-kuncu balaih duit paw itu?

Betoika semua persoalan ni?

Gambar Hiasan

801.... Hassan Ali Dipecat...

Parti Islam Se Malaysia (PAS) telah pecat Hassan Ali pada 8 Januari 2012. Padan muka dia. Kurang ajaq. Dah kena ajaq. Baru dia tau langit tinggi ke rendah! Orang jenis kurang ajaq, berlagak, sombong, bongkak, perasan dan mulut macam juboq ayam memangh patut dihalau keluaq dari parti.



Biaqkan dia buat parti sendiri. Atau di boleh masuk Pekasa(m), Pukida atau UMNO Jahanampun tak pa. Tapi UMNO payah sikit kot. Nilai pasaran dah jatuh. Dah jadi tak guna kat UMNO. Nak dapat bayaran sekupangpun payah.

Mamat ni memang aku tak percaya dari mula dia umum masuk PAS. Muka dia muka opportunist. Muka penipu. Itu sebab aku suka kutuk dia. Bila aku kutuk Hassan Ali aku terpaksa hentam Presiden PAS, Ketua Pemuda PAS dsbnya pasai depa macam tak ambik pot apa yang Hassan Ali buat yang boleh rosakkan nama PAS.

La ni aku lega dengan tindakan PAS terutamanya AJK Pusat pasai depa berani ambik langkah ni.