Rabu, 3 Oktober 2012

Kayalah Tukar Tiub!!!

Kayalah Tukaq Tiub. Tak lama lagi Tukaq Tiub boleh beli sport car. Dia dengan kawan-kawan dia menang kes tahanan ISA di Mahkamah Tinggi. Depa 5 orang dibagi gantirugi RM4.06 juta. Wow! Banyak tu, kalau dibahagi tolak duit loyar sorang-sorang dapat lima enam ratuih ribu.

Tapi ni baru di peringkat Mahkamah Tinggi. Kalau pendakwa buat rayuan di Mahkamah Rayuan jadi lagu mana pulak... Silap-silap kena bayaq kat depa pulak.

Walau macamana pun tahniahlah Tukaq Tiub...

Tukar Tiub


Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta. Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas).

Selasa, 2 Oktober 2012

Abby Abadi dan Hairie Othman akan berlakon filem....

Aku dok tengok gambaq Anwar Ibrahim. Gaya memang ada. Macam ni...

Anwar The Boss


Jika Pakatan Rakyat kalahkan BN dalam PRU13 nanti dapatlah Anwar Ibrahim merasa jadi Perdana Menteri Malaysia. Bila dah jadi PM, dia tentu jadi PM yang bergaya, amat sesuai dibuat sebuah filem tentang Anwar Ibrahim.

Dah nak buat filem kenalah cari pelakon. Aku tengok ramai artis yang menyokong PR dan menjadi ahli parti dalam PR. Depa ni boleh lah berlakon dalam filem itu nanti. Takkan nak ambil adik kepada mantan Ketua Polis Negara (yang sial dok usung tilam tu) jadi pelakon bawak watak Anwar. Geli aku tengok. 

Dari pandangan aku Hairie Othman boleh jadi Anwar Ibrahim. Pasangan Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah tentunya peranan itu diserah kepada Abby Abadi. Ayo! Pasangan yang sesuai dalam filem.

Hairie Othman


Abby Abadi



Lagi satu, dalam filem tu tentu ada watak Haji Hadi. Aku dok cari sapa yang sesuai bawa peranan Haji Hadi. Tup tup terbayang dia ni.....

Bob Lokman