"Pegawai kanan polis" membawa maksud apa? Yang aku difahamkan dalam pekhidmatan polis depa gelar "gazetted officer". Dulu berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas. Yang mana perlantikan dan nama depa akan masuk dalam gezet kerajaan.
Pegawai kanan polis atau gezet officer ni bukan koman. Bagi pengambilan terus mesti ada degree. Ada ijazah dari universiti atau kolej yang diiktiraf JPA. Bukan 'ijazah' silat lepas mandi minyak yang dituang atas kepala oleh mahaguru capik yang dudok atas kerusi roda atau 'mahaguru wilcha' yang dah tak lincah. Bodoh piang punya mahaguru!!!
Pegawai kanan polis boleh jadi juga pegawai-pegawai polis macam inspektor atau merinyu (eh! tertulis perkataan melayu pulak) yang dinaikkan pangkat yang dah berkurun-kurun jadi inspektor sahab. Depa ni naik pangkat kerana layak, kuat bodek, pandai mengipas dan apa saja sebab yang sepatutnya.
Apapun samada ada ijazah atau tidak, pegawai kanan polis mesti dan wajib bijak, cerdik dan pandai. Lawan sifat-sifat itu adalah bangang, dungu dan bodoh. Kalau ada tiga sifat negatif ni, jadi konstabel cabokpun tak layak.
Tapi Pesuruhjaya Suhakam Mohd Sha'ani Abdullah telah tegur dan berkata kebodohan dan ketidak matangan pegawai kanan polis berkenaan kenyataan-kenyataan berkaitan gangguan ceramag oleh samseng pro UMNO. Ini perkara berat ni. Bodoh dan tidak matang bagi seorang pegawai kanan polis adalah memalukan. Lebih memalukan ditujukan pada pegawai Melayu. Kata-kata ni bukan dari pemimpin pembangkang.
Apakah kenyataan ini membenarkan banyak tuduhan dan cakap-cakap mengenai polis? Jadi apa jawapan IGP sahab?
Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.
Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.
Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.
Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.
Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.
Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.
Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.
Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".
Beliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).
Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.
Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.
Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut.
VIDEO | 3.29 min