Walaupun KM Lim Guan Eng tak sebut yang PM Najib Razak itu bodoh dan bangang tapi apabila dia kata Najib tak layak jadi Perdana Menteri kerana menggunakan perkauman dan memainkan sentimen ekstrimis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam, maka bagi aku maksud tersiratnya Najib Razak memang bodoh dan bangang.
Orang bodoh dan bangang mana boleh jadi Perdana Menteri. Orang bodoh dan bangang saja yang akan mainkan isu perkauman dan agama. Orang bodoh dan bangang saja menambahkan hutang negara. Orang bodoh dan bangang saja yang takut kepada isteri. Orang bodoh dan bangang saja tak tau bila nak buat pilihanraya.
Apa bukti DAP tindas agama Islam?
Datuk
Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila
menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan
fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.
Tuduhan beliau ke atas DAP
menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam
merupakan agama Perseketuan Malaysia.
Mengapa Najib tidak
dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama
Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang
boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.
Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia
di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam
sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.
Lagipun
dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau
atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port
yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.
Sebaliknya
kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan
menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding
dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk
membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat
untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian
Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal,
mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah
Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.
Macam mana
inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan
negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN
boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?
Perlu
diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi
bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri
pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN
menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham
dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino
judi.
Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui
pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam
pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu
perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita
Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan
fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di
mahkamah.
Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno
memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah
demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip,
dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang boleh membawa
perubahan positif kepada masa depan negara.