Sabtu, 3 April 2010
Lawak Najib Untuk Bodohkan Pengundi Hulu Selangor
Nilai Datuk....?
Jumaat, 2 April 2010
Zamry Kadeer Akan Berbogel....
Zamry Kadeer memberi amaran kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya tidak mencabarnya secara berlebihan.
Beliau menyifatkan Ahli Parlimen PR sebagai melampau kerana menuduhnya sebagai PENIPU BESAR apabila mendedahkan tawaran jawatan MB oleh Anwar Ibrahim.
Beliau akan membuat pendedahan lagi. Apa pendedahan yang Zamry Kadeer boleh buat lagi? Anwar nak bagi dia jadi PM. Tak logik... dia ADUN cabuk saja. Ini semua auta anak keling mengaku Melayu. Keling mengaku Melayu adalah PENIPUAN TERBESAR.
Dia nak nenambah popuraliti saja. Untuk populariti, aku rasa pendedahan yang terbesar yang Zamry Kadeer boleh buat adalah BERBOGEL dan berlari dari kediamannya ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Khamis, 1 April 2010
Surat Terbuka Kepada Pengerusi PERKASA Ibrahim Ali: Jadilah Islam dan Melayu yang Tulen
Membela Melayu mana?
Pada 16hb Mac, dalam ucapan YB Kuala Krau usaha liberalasasikan ekonomi dibangkit. YB Kuala Krau telah memohon pada kerajaan agar kepentingan Orang Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalasikan ekonomi.
- Orang Putih telah pergi ke Amerika, Afrika, Asia dan Australia
- Orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika dan Eropah
- Orang India dan Cina datang ke Asia Tengara sebagai kuli.
*Teks perbahasan Jeyakumar selaku ahli parlimen Sungai Siput, dari Parti Sosialis Malaysia.
Baca seterusnya di MerdekaReview - Membela Melayu mana?
Ibrahim "SHIT" Ali
Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.
Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.
Sebaik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”
Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan.
Rabu, 31 Mac 2010
Zamry Kadeer Musibat Yang Sombong dan Perasan
Tapi tahukah Mamak Pedukang bahawa Bung Mokhtar Raden ditawar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia kalau melompat ke PKR. Malah nak jadi PM pun boleh. Tapi Bung Mokhtar tak sanggup melompat. Kenapa tak percaya ke? Bung Mokhtar tu Ahli Dewan Rakyat, tentu dia layak jadi PM.
Tak lama lagi semua wakil rakyat UMNO tak kira ADR atau ADUN, semua akan buat dakwaan yang mereka ditawarkan jawatan kalau melompat. Cuma yang mereka tak berani mendakwa bahawa mereka ditawarkan menjadi Sultan dan Yang Dipertuan Agong saja.
Ini semua golongan musibat lahanat.
Ganesan Diiktiraf ADUN PR
Tapi hari ni ADUN PR dah iktiraf Ganesan. Tapi pengiktirafan hanya sebagai EMCEE DUN Perak. Lawaklah... he.. he... he...
Tengok ni.....
Ganesan at first ignored Nga but later relented when former Perak mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin told him to respect the proper procedures of the House and allow for assemblymen to raise points of order.
Muliakah DUN Perak?
- Satu jawatankuasa atau suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat insiden perlantikan speaker secara haram oleh BN, penggunaan instrumen kerajaan seperti PTD, PDRM dll dalam menjayakan perbuatan tersebut.
- Menghukum individu terlibat seperti Zamry Kadeer, Hamidah, Hee dan Ganesan. Mereka ini perlu dipenjarakan dan dirampas pencen jika didapati bersalah. Begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan seperti Setiausaha DUN, SUK, CPO Perak dan lain-lain. Gaji, elaun, kemudahan dan gratuiti yang telah diterima oleh Ganesan wajib dipulangkan oleh beliau.
- Bagi mengelakkan kerajaan semasa menyalah-gunakan kuasa seperti ini pada masa kan datang, bangunan DUN hendaklah dibina jauh dari bangunan pentadbiran yang menempatkan MB dan SUK. Contoh dibina bangunan DUN di Tronoh atau Sri Iskandar atau Kampar.
- Pegawai dan kaki tangan DUN bertugas di bawah arahan Setiausaha DUN. Manakala Setiausaha DUN adalah pegawai yang dipilih sendiri oleh Speaker dari kalangan pegawai kerajaan dan bertanggung-jawab sepenuhnya pada Speaker dan berada di bawah kekuasaan Speaker, serta tidak boleh ditugaskan sebagai Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
- Tubuhkan SELCAT iaitu Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency atau apa-apa nama dalam bahasa Melayu. Dipengerusikan oleh Speaker. Ambil contoh di Selangor.
Cerita Istana Kelantan...
Kisah Krisis Istana Kelantan
saya copy dan paste komen dar pengunjung blog pinkturtle. ia nya sebagai perkongsian dan terserah untk anda samada mempercayai atau tidak perkara ini. insya Allah mari kita sama-sama semoga tuhan sembuhkan tuanku sultan yang kita sayangi dan memberi kesenangan kepada pemangku dalam menjalankan tugas.
daulat tuanku
http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/03/26/28689/#comment-53949
By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:11 pm
1.
Slm…..mmg di sebalik semua yg berlaku dlm Istana Kelantan skang ni ada org yg menjadi ‘PENGARAH’ nya…….
KIta semua tau siapa ‘pengarah’ drama ni…..si w.hashim ni cuma ‘pelakon’nya saja…..berlakon dgn setia drama yg diarahkan……
Kita jgk sedia maklum hubungan antara Pemangku Raja Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘Pengarah’ drama ni mmg tidak sendik sudah byk tahun………
Pemangku Raja Tg Faris bukanlah insan yg mengikut telunjuk dan setia membuta tuli…..itu lah yg menyakitkan hati si ‘Pengarah Drama’ ni….
Kata si Pengarah Drama, baru jd Tengku Mahkota sudah ketara tak mau ikut perintah….belum lagi ada kuasa penuh di tangan……
By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:11 pm
2.
Krn nk pastikan kuasa kekal di tangannya lah ‘pengarah’ ni dgn kuasa veto nya 5 tahun lalu telah ‘mewajib’kan Tg Faris Petra menerima si gadis dr kerabat Patani,Thailand……
Harapan si ‘pengarah’ ni kelak bila Tg Faris Petra sudah menjadi sultan maka bolehlah pompuan yg jd bini Tg Faris tu memainkan peranannya dgn memujuk Tg Faris dlm apa2 hal supaya pemerintahan Tg Faris kelak tidak akan mengenepikan segala kepentingan si ‘pengarah’ drama ni…..
By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:18 pm
3.
Tapi Tengku Faris ni rupanya sgt lah tak makan pujuk….bukan mcm adindanya si Tg Temenggong yg boleh dipujuk…….
Tengku Faris Petra benar2 mengotakan janjinya bahawa baginda TIDAK AKAN menyentuh perempuan pilihan si ‘pengarah’ itu…….
Panas dan tegang hubungan antara Tg Faris & ‘pengarah’ ni Tuhan sj yg tau…..akhirnya krn tak tahan masih berterusan menjadi ‘anak dara’ walaupun sudah berkahwin, si kerabat Patani yg nama Melayunya ialah Tg Zubaidah itu merajuk, pulang ke tempat asalnya tanpa mahu kembali lagi……..
Si ‘pengarah’ drama hantar org supaya pujuk Tg Zubaidah tp dia enggan datang……’pengarah’ kemudian arah Tengku Faris supaya pergi ke Thailand dan pujuk si pompuan itu tp Tengku Faris berkeras hati benar……enggan pergi……..
By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:24 pm
4.
Akhirnya berlaku jg apa yg ditakuti oleh si ‘pengarah’ ni iaitu PERCERAIAN……bg ‘pengarah’, perceraian adalah sesuatu yg memalukan tp Tengku Faris tak kisah akan itu…..
Bila si ‘pengarah’ ni ke New York….maka di waktu itu lah Tengku Faris Petra mengambil keputusan utk menceraikan secara sah pompuan itu!!!!
Bila ‘pengarah’ sudah pulang ke tanah air, tak ada gunanya…….LAFAZ CERAI dah pun sah……
Sejak hari itu lah hubungan Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘pengarah’ ni menjadi koho panas…..bagaikan tak akan sendik sampai bila2………
By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:28 pm
5.
Sekarang Pemangku Raja Tg Faris Petra byk juga menyerahkan tugas tertentu kpd adindanya,Tengku Bendahara Tengku Faiz Petra…..
Alhamdulillah……sesejuk mata memandang….Tg Bendahara Faiz Petra begitu setia menjalankan amanah yg diberi oleh kekandanya……maklumlah pula org nya mmg berpendidikan tinggi…bahkan lbh tinggi dr Pemangku Raja sendiri……
Marilah kita sama-sama mendoakan agar kedua beradik ni iaitu Tengku Faris Petra & Tengku Faiz Petra sentiasa kuat semangat,tabah,sentiasa beroleh taufiq hidayah dr Allah utk terus mentadbir negeri Kelantan ini dgn penuh kemakmuran………..
Juga sentiasa lah kita doakan semoga Tuanku Al-Sultan Ismail Petra segera sembuh dr kegeringan kembali bahagia di sisi anakanda2 baginda dan juga rakyat jelata……..
Juga moga Che Puan Elia Suhana terus tabah hati dan setia di saat Tuanku Ismail Petra berada dlm kegeringan ini……..ini lah tika dan saatnya utk Che Puan tunjukkan bahawa KASIH dan CINTA Che Puan kpd Tuanku Ismail Petra adalah suci dan hakiki dan bukannya krn darjat baginda……..
By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:35 pm
6.
Dan kpd pengendali blog ni tolong la jgn edit komen saya…….
Kalau tulisan saya ni diberi tempat, byk lagi hal2 yg saya sanggup berkongsi di sini……
Selasa, 30 Mac 2010
RAJA KELING KERALA....?
Isnin, 29 Mac 2010
Selamat Bersidang DUN Perak
Ibrahim Ali Mesti Bengang dan Bengong
Konpom... Nik Aziz Mursyidul Am PAS
Pemerintah & Ulamak, Kerjasama Pintar & Putar
Kuasa politik dan kuasa agama |
Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis. Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa. Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan. Begini... Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku? Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin. Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'. Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya. Orang Agama Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya. Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar? Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262). Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat. Perkongsian dan pertarungan kuasa Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain. Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama. Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka. Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati. Islam Dan Pemerintah Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas. Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini. Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya)"Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59). Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58). Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w:"Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Islam dan ulama Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76. Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani). Pemerintah dan ulama Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai). Inilah Perbezaannya... Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah. Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!! Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!! Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!! Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya.. Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku... Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis. Dikutip dari Malaysiakini |