Bagaimana? Mudah saja. Gereja Kristian samada kecil atau besar dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur memang banyak. Gereja akan dibakar buat permulaannya. Lihat sini... dah empat gereja dibakar. Kereta orang awam bertanda salibpun dah dikacau.
Lagi banyak gereja akan dibakar dan dimusnahkan, malah tokong cina dan hindu mungkin akan diusik juga. Ini bagi tujuan supaya berlaku ketegangan yang membawa kepada kekacauan. Semuanya tertumpu di Selangor dan KL saja.
Kerajaan Persekutuan mungkin akan umumkan perintah berkurung di negeri Selangor dan KL. Dan yang utamanya isytihar Darurat di Selangor.
Dengan mengisytihar darurat di Selangor, Kerajaan Persekutuan (UMNO?) akan ambil alih kekuasaan negeri Selangor dengan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) atau apa nama yang mereka suka sebut untuk mentadbir Selangor hingga ke satu masa yang mereka fikirkan sesuai untuk diadakan pilihanraya.
Jadi jangan jadi bodoh untuk menyertai demonstrasi atau melakukan apa-apa perbuatan yang disangka 'jihad' sedangkan pihak UMNO hanya menggunakan Allah untuk merampas negeri sahaja.