Jumaat, 16 Oktober 2009

Sejadah Ortopedik Untuk Syeikh Tantawi

Aku dok layan berita-berita luaq negara. Ada satu berita yang menarik perhatian aku dalam akhbar online Turki - Hurriyet Daily News berita ekonominya  "Turkish entrepreneur exports orthopedic prayer rug". Tengok bawah....

Eloklah tu...... syeikh-syeikh PAS ramai yang gemok perut buncit, selalu kena gout, sakit lutut dsbnya sesuai order sejadah ni. Taklah terketaq-ketaq tertungging nak sujud.....

Kalau Syeikh Tantawi nak buat  bisnes untuk banyakkan dana Pemuda PAS, eloklah impot dan edaqkan sejadah ni seluruh negara. Wajibkan syeikh-syeikh gemok semua beli. 

Syeikh Tantawi...... ni pun jihad jugak......!!!

UMNO For All... Najib Kaki Tiru...

Sejak Najib jadi Presiden UMNO Jahanam semua slogan dan ungkapan yang popular yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat habis ditirunya. Aku agak zaman sekolah dan universitinya dulu Najib ni kaki tiru kot?


Yang terakhir dah jadi UMNO For All - yang aku tahu PAS For All adalah.



Sebelum tu ditajanya Parti Makkal Sakthy - ditangkap dan diISAkan pemimpin HINDRAF dan entah apa yang dijanji dalam paksa, maka hindu yang tak kuat iman pada agama dan perjuangannya pun tubuhkan parti yang bunyinya selalu dilaungkan oleh penyokong PR. Malah kebanyakan pemimpin PR masa ceramah tidak lupa sebut Makkal Sakty.

Di Sarawak lagi bagus, diarahkan seorang towkeh cina yang ada dua buah kapal terbang untuk taja sebuah parti yang kononnya bernama Parti PAKATAN RAKYAT Malaysia. Aku agak selepas ni jika Pakatan Rakyat nak didaftarkan, PendaftarPertubuhan mesti tolak permohonan kerana dah ada parti politik wujud dengan nama itu.

Kenapa jadi begitu..... Najib dan juak-juaknya tiada idea baru kah? Atau Najib memang kaki tiru sejak dalu, kini dan selamanya?

Khamis, 15 Oktober 2009

Tanda Pemimpin PAS Lembab.....

Banyak ceritapun tak guna...... perkara ni ramai dah katakan supaya diambik tindakan segera selepas PRU 12 dulu. Bila orang dah merajuk dan lari baru kalut. Itu pun dikatakan oleh orang yang terlibat dengan Kelab Penyokong PAS, iaitu Dr Mujahid. Orang lain buat derk saja. Cuba tengok:-


Kelab Penyokong PAS akan jadi sayap PAS segera

TASEK GELUGOR, 15 Okt: Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.


Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

Nu...... Syeikh-syeikh yang digelaq ulamak tah apa kitab yang depa cari. Dok diam saja. Syeikh Harun Taib tu sibuk jaga kambin Boer ka? Pemimpin-pemimpin kanan bermula dari Presiden dok pikiaq apa lagi akupun tak tau. Aku ingat depa dah jumpa hukum kot..... "undi orang bukan islam halal tapi masuk PAS haram" kot. Itu sebab depa buat tak tau saja kat golongan bukan Islam ni.... Ini cerita nak tipu orang kapiaq la.... awat hangpa ingat orang kapiaq bodo macam hangpa ka? Boleh juai lima duit tiga ka?

Syeikh Tantawi Serban Besaq pun tak dengaq dia dok tekankan supaya Kelab Penyokong Pas ni dinaikkan taraf. Yang dia tahu Wacana.... wacana.... wacana. Jihad... jihad... jihad... Padan Muka hang..... Hang punya wacana dengan jihad pun ada saham bagi PAS bungkuih di Bagan Pinang. Akai mau guna lah Syeikh Tantawi....... masa hang dok jilat hinguih sendiri lagi kami dah berjihad dalam PAS..... Lu Syeikh Tantawi standard tak dak lah!!!

Aku setuju Kepimpinan Ulamak.... tapi kalau bagi ulamak bangang tak boleh diajaq, ceredik tak boleh ikut jadi pemimpin buat apa? Itu yang kena main dengan Hassan Ali tu....

Hangpa ingat ahli dan penyokong PAS ni semua hangpa punya kerbau bajak bendang ka?

PJ N9 Kalah PRK, PJ Selangor Wajib Letak Jawatan

PJ PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar kalah dalam PRK Bagan Pinang. Kesian kat dia. Lagi kesian kat ahli dan penyokong yang susah payah bekerja di sana. Sebenaqnya kalau dok perati di Bagan Pinang, PAS memang tak boleh menang di sana. Tapi bukan kalah teruk. Majoriti dua kali ganda undi yang PAS dapat. Ambik masa perhati keputusan PRK tersebut di bawah:-

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN N31 BAGAN PINANG

ZULKEFLY MOHAMAD OMAR : 2578
MOHD ISA ABD SAMAD : 8013
MAJORITI : 5435

JUMLAH UNDI ROSAK : 222

Malu besaq. Bukan saja PAS, DAP dan PKR sekali tak tau nak letak muka di mana. Ni semua kerja jahat yang dibuat oleh Hassan Ali, PJ PAS Selangor. Kalau bukan kerja jahat Hassan Ali nak kata apa? Kerja bodoh Hassan Ali ka?

Kalau dah tau Hassan Ali tu jahat bagi standard penyokong dan ahli PAS, pasai apa Hj Hadi dok biaq dia jadi PJ Selangor? Apakah Hj Hadi takut Hassan Ali keluaq parti kalau pecat dia dari jawatan PJ. Mampuih pi kat dia. Kalau ada ADUN lain nak ikut langkah dia pun sorang dua saja. Mampuih pi kat depa. Kerajaan PR Selangor tak tumbang lah.....!!!!


Selasa, 13 Oktober 2009

Asas Pada 4 Rukun Muhyiddin.

Sebagai orang Melayu yang kononnya jadi tuan di Malaysia ini, hayatilah dan berpeganglah pada 4 Rukun yang telah dibawa dan diajar oleh As Syeikh Muhyiddin Kitab Yassin al Sembabi.


4 Rukun adalah:-



  1. Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr)

  2. Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb)

  3. Kesatuan Amal (Wahdatul Amal)

  4. Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf)

Untuk huraian tentang rukun ini dan kupasan secara terperinci baca sendiri di sini.


Dijangka 4 Rukun ini akan berkembang menjadi satu mazhab dalam Islam. Dengan mengikut dan menuruti 4 Rukun ini anda boleh lupakan Rukun Iman dan Rukun Islam. Rukun Negara langsung tak payah ambil tahu.


Dijangka juga, 4 Rukun ini, seratus tahun lagi akan dikenali sebagai Ajaran Mat Din al Sembabi.


Tapi jangan lupa asas pada ajaran ini adalah .....$...... lihat keyboard komputer anda, angka empat itu bersama $. Jika anda belajar ilmu tauhid dan usul, 4 Rukun ini tak boleh lari dari duit, wang, money, fulus, dolar dan ringgit.

Isnin, 12 Oktober 2009

Hassan Ali Hulur Viagra Pada Najib

Najib PM 1-Malaysia dah kembali bersemangat. Bibir merah. Pipi pun nampak gebu dan jambu. Dahi berkilat macam baru suntik botox. Dia nampak riang dan ceria. Najib dah senyum dengan senyuman sebenar.... bukan buat-buat.

Ini semua sebab Najib dah dapat balik power dari viagra politiknya. Setelah kecundang berkali-kali UMNO dan BN yang diterajuinya bangun macam hero filem Tamil terus menerkam dan memukul musuhnya PAS dan PR dengan satu pukulan hebat yang menyebabkan musuhnya terus terlentang hingga tak terdaya untuk angkat tangan. Kekalahan dulu terus lenyap dari ingatan dan bersedia untuk perlawanan baru pulak.

Tapi siapa yang memberi viagra-viagra ini pada Najib. Orang UMNO kah? Oh... tidak. MCA? Ish..ish.. ish.... merekapun sedang bergaduh berkelahi sesama mereka. MIC ke? Tidak juga.... Samy Velloo pun dah tiada khudrat lagi.

Viagra-viagra ini semuanya diberi oleh PAS sendiri. Penyumbang utama viagra kepada Najib adalah Hassan Ali. Banyak kali sebelum ini Hassan Ali hulurkan viagra tapi tak menjadi. Mungkin tak cukup dos. Cuma semasa PRK Manek Urai perlawanan hampir seri. Tapi kali ini viagra yang dihulur oleh Hassan Ali pada Najib adalah viagra tulen..... bukan tiruan. Viagra ni memang memberi kesan yang membuatkan Najib kembali segar bugar, bersemangat dan amat bertenaga.

Sekiranya penyeludup viagra dah dikenali, kenapa ditunggu lagi? Apakah Presiden PAS nak tunggu PR dan PAS kalah PRU13 dan semua negeri dirampas oleh BN dan kerusi Dewan Rakyat milik PR tak sampai 20 kerusi, baru nak diambil tindakan? Masa tu nangis air mata darahpun dah tak guna lagi.

Kuasa ada di tangan Presiden PAS........

Majlis Sillaturrahim kepala hotak Zamry......

Hari Jumaat (9/10) lepaih Kerajaan Haram Perak yang diketuai oleh Zamry Mamak Pedukang buat Majlis Sillaturrahim Aidil Fitri di Dataran Ipoh berhampiran Dewan Bandaraya Ipoh. Semua hamba rakyat dijemput. Boleh kata semua ada termasuk Raja yang tak pernah khilaf, anak raja yang tunggu rakyat bersidang DUN, SS Haram Jadah dan tentunya MB Haram hadir.

Majlis ni spesial, biasanya dipangge Majlis Sambutan Adil Fitri. Kali ni dengan kebijaksanaan MBH, dinamakan Majlis Sillaturrahim. Nak buat baiklah konon. Nak bersillatuharrim dengan rakyat jelata. Piraaaah Zamry........! Jadi sapa-sapa yang tak hadir depa telah putuihkan sillaturrahim dengan Zamry dan rakan-rakan.

Sebenarnya tak ramai hamba rakyat yang mai pun. Yang ada semua memang hamba pecacai yang kerja gomen yang kena jemput (diarah). Bahagian orang awam lebih banyak kerusi meja dari orang. Aku sendiri tak hingin nak pi..... aku boikot semua majlis ada kaitan dengan MBH.

Menurut kawan aku yang pi majlis tu untuk mentedarah, majlis tu disusun kerusi meja ikut kasta. Sesuai dengan Zamry Mamak. Dia pun amalkan kasta. Majlis tu dibahagikan pada tiga kasta, kerusi meja lain-lain ikut kasta dan katererpun lain-lain ikut kasta.

  1. Kasta Kayangan - terdiri dari golongan yang mati hidup orang melayu kat Malaysia ni bergantung pada depa dan golongan yang perasan hebat atau rakyat suka. Kasta ini katerernya ialah Hotel Casuarina. Ulang..... Hotel Casuarina bang!!! Hotel terbesar kat Ipoh ni.... 
  2. Kasta Tukang - terdiri dari tukang-tukang bodek, tukang kipaih, tukang sapu duit kerajaan dan tukang macam-macam. Pegawai kanan kerajaan lah tu.... kononnya. Ada pengarah jabatan, penolong pengarah, penguasa polis, penguasa kastam dsbnya. Depa semua ni dijamu oleh Restoren Pakeeza (Benggali capati dan roti naan yang setia pada UMNO Jahanam - benggali lagi).
  3. Kasta Paria - terdiri dari rakyat jelata yang Zamry ingat lembu dicucuk hidung dan hamba pada Kasta Kayangan. Depa ni semua dijamu di gerai-gerai yang didirikan untuk majlis tu. Macam gerai expo/funfair. Entah peniaga pasar malam mana yang MBH pangge untuk jamu laksa, bihun, roti canai, cucoq udang, cendoi dsbnya kat golongan paria ni.

Majlis Sillaturrahim kepala hotak Zamry...... buat majlis pun ikut kasta. Katerer pun dipilih ikut kasta. Apa..... Kasta Kayangan tak bolehkah setahun sekali makan makanan yang disediakan oleh peniaga pasar malam dan dudok semeja dengan rakyat? Ataupun semua yang hadir tak ikut kasta dan dijamu oleh hotel!!! Itu baru betoi.......!!! 

Mana slogan 1-Malaysia kalau macam ni. Pembohong semua..... auta lebih. Slogan tipu rakyat satu Malaysia.

Lagi satu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, cubalah elak dari buat majlis macam ni. Kalau terpaksa jugak sebab golongan yang mati hidup orang melayu kat Malaysia ni bergantung pada depa mahu macam tu...... jangan jemput sekelian rakyat dan jangan upah katerer berlainan ikut kasta. Jika tidak anda semua serupa BN jugak........

PAS Sendiri Yang Pilih Untuk Kalah

PAS kalah di Bagan Pinang...... PAS kalah di Bagan Pinang...... PAS kalah di Bagan Pinang.......

Itulah yang boleh di ulang-ulangpun. Kalah tetap kalah. Tak dak aih.... kalah tapi menang. Tu nak sedapkan hati saja. Takkan nak bagi alasan BN ugut pengundi. SPR tipu. PDRM side sebelah BN. RTM barua BN. PKR dan DAP tak bersungguh tolong. Cina dan India lari ke BN. Pengundi bodoh sebab undi BN.

Semua tu karut.... yang betoinya..... PAS masih lemah...... PAS masih tak setanding UMNO. PAS menang banyak kerusi masa PRU 12, sehingga boleh jadi MB di Perak dan Kedah kerana sokongan dari PKR dan DAP. Cuba lihat, tempat yang DAP dan PKR lemah...... PAS lingkup. Bagan Pinang, PAS bungkuih. Malah di Kelantan negeri kubu PAS sendiri, PRK Manek Urai PAS sikit lagi bungkuih. Bab ni pemimpin PAS kena mengaku.

PAS masih tak diterima oleh orang Melayu. Orang Cina dan India tak yakin pada PAS. Sebabnya PAS bila menang jadi merak. Perasan lebih. Ustaz-ustaz PAS yang warak dan zuhud, bila menang nada cakappun dah eksyen dan bongkak saling tak tumpah macam pemimpin UMNO jugak.    

Dah tu ada pulak segolongan pemimpin PAS macam Nasarudin Mat Isa dan Hassan Ali dok kira nak bermuzakar dengan UMNO. Dok ingat ketuanan melayu, sayang kat UMNO pasai depa orang melayu jugak. UMNO kalah dan hilang kuasa, maka melayupun akan ditindaih dan Malaysia ni akan diambik alih oleh cina dan india. Pemimpin sendiri tak yakin pada PAS. 

Ada pulak Syeikh Tantawi nak berwacana dengan Pemuda UMNO. Karut punya syeikh.... Ini semua orang bukan Islam nampak. Nak undi depa cakap lain. Sudah menang buat lain. Haji serban besaq pun penipu ka? Serupa ahli politik sekular lain jugak ka?

Ciss... bodoh punya pemimpin. Lagi bodoh orang yang diwakilkan oleh ahli untuk pilih pemimpin. Eloklah ahlipun kebanyakkan dok wala' kat pemimpin membabi buta.  Kalau tegoq pemimpin depa, depa terbeliak biji mata macam nak telan orang......

Hassan Ali yang paling karut..... dia selalu buat hal masa dekat PRK. Ni BN menang dia dah puas hati kot. 

Tapi dalam hal ni yang paling bersalah adalah Haji Hadi, Presiden PAS. Yang dia dok angkat Hassan Ali jadi Pesuruhjaya PAS Selangor tu buat apa......? Dia ni pernah dilantik jadi Naib Presiden satu penggal, lepaih tu bungkuih...... sebab apa? Cakap pandai, rancang pandai tapi laksana kaput.... tak jadi..... Hassan Ali ni tak lebih gendang raya masjid saja, katok bunyi degum-degum tapi dalam kosong.......