Sabtu, 25 Julai 2009

IBRAHIM ALI CUBA CETUSKAN HURU-HARA

Sila baca Berita Harian bertajuk "GMI digesa batal perarakan ke istana". Maksud kata-kata Ibrahim Ali memang terang dan jelas. Beliau sedaya-upaya mahu negara ini huru-hara. Sebabnya dia adalah opportunis tulen yang sentiasa cari peluang untuk sambung riwayat politiknya. Sejarah hidup dia semua dah tau. Kata-katanya seperti:- 

"Dalam pada itu, beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara."

Di samping Ibrahim Ali Dengan PERKASAmnya, lagi satu pertubuhan haram iaitu PERWARIS bersama NGOk-NGOk Melayu lain akan berarak ke Istana Negara untuk menyatakan sokongan pada ISA pada 1 Ogos ini. KALAU MEREKA JUJUR SOKONG ISA, MEREKA BOLEH PILIH TARIKH LAIN. Ini contoh MELAYU BANGANG yang suka cari pasal dan buat hal.

Tengok senarai jawatankuasa PERKASAm, dipimpin oleh ahli politik bangsat yang telah ditolak rakyat.

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASAm

Presiden Dato’ Ibrahim Ali                                                     
Timbalan Presiden Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan Datuk Ruhainie Ahmad                         

Ahli Jawatankuasa

Dato’ Zakaria Salleh                                                                      
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
Hajah Yam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon
Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib                                                              
 
Kpt. Don Abdullah
Hanisha Izaireen
Megat Zulkarnain Omar Din

Jismi Azahari Johari

JAGA-JAGA GMI!!! Semua NGOk-NGOk Melayu ini ada immuniti. Timbalan Presiden PERKASAm adalah FUAD HASSAN. Takkan MUSA HASSAN nak arahkan orang-orangnya belasah Fuad Hassan. 

FUAD HASSAN dan MUSA HASSAN adalah satu ...................? 


 


 

Khamis, 23 Julai 2009

PAS FOR ALL: CERITA USTAZ WACANA

Aku kenai sorang ustaz. Umuq 20an. Kelulusan luaq negara. Baru grad beberapa tahun. Jejak kaki ke tanah tumpah darah, dia rehat sat. Kendian dia mula aktif politik. Pendek cerita masuk PAS. Jadi orang kuat pemuda kawasan. 

Nasib dia baik, baru setahun jagung dalam PAS, berlaku PRU12. Ustaz ni bekerja keras, sekeras-kerasnya! Ditakdir Allah SWT, PAS menang 6 kerusi di Perak. Terlantiklah Ir. Nizar jadi MB Perak sebab Melayu lain dari PKR hanya posmen saja.  Ustaz ni tak nampak bodoh bersama PAS. Tak macam golongan yang sokong PAS di tahun 80an macam aku dan kawan-kawan lain. Dibodohkan oleh Umno, pasai sokong parti yang selalu kalah dan tak larat hidup!

Sejak tertubuh kerajaan PR di Perak, Ustaz ni makin galak berkerja untuk PAS tak kira masa. Dia dah kenai Wakil Rakyat DAP. Dia boleh jemput ADUN DAP ke program kawasan dia samada di surau, markaz PAS atau di dewan orang ramai. Kalau diperhati, dia kamcing habih dengan ADUN dan pemuda-pemuda DAP. Boleh bergurau senda. Ramai orang puji ustaz ni! 

Ustaz ni adalah contoh ustaz muda yang bijak, far-sighted, progresif, open minded dsbnya. Bukan senang oo... nak dapat ustaz macam ni. Kebanyakan ustaz lain dok cerita haram... haram... haram dan sikit halal saja. 

Sejak 50 tahun merdeka, kat Perak mana ada pemuda Umno Celaka jemput pemuda MCA atau MIC hadir dalam program keugamaan anjuran Umno setempat. Hampiaq pun depa tak bagi. Sebabnya, bagi orang Umno, orang MCA dan MIC adalah kapiaq, tak mandi wajib, minum arak, makan babi dan suka bermain dengan anjing yang najis mughalazoh; maka tak dijemputlah MCA dan MIC untuk hadir ke masjid dan surau. 

Tapi Ustaz dan kawan-kawan dia lain. Pendekatan lain. Dia nak perkenalkan Islam pada DAP dan PKR yang bukan Islam.  Contohnya dalam bulan Ramadan, orang DAP hadir majlis buka puasa. Sebelum buka puasa ada tazkirah, depapun dengaq jugak. Buka puasa sama-sama jamah tamar dan ayaq sejuk dengan penduduk yang hadir. Kendian semua yang muslim solat maghrib depa tunggu dengan tertib. Selesai solat sama-sama makan nasi dan lauk yang dihidangkan. Lepas makan 2-3 orang bagi ucapan hingga hampir Isyak baru bersurai. 

Penduduk yang samada penyokong atau bukan penyokong PAS pun terpegun...... Budaya baru. "Pasai apa 50 tahun merdeka, PR perintah baru jadi macam ni?" Terdetik hati depa. Perkara ni jadi buah mulut orang ramai. Saham ustaz makin naik.......   

.............. sori ada kerja... sambung kendian.....

Rabu, 22 Julai 2009

LIMA PULUH SAHAJA....

Sila tengok laporan dalam Malaysianinsider dan Malaysiakini.......

Buat malu kat polis saja....


Yang hadir demonstrasi 50 - 60 orang saja. Itu pun aku agak, dikira sekali dengan polis dan orang ramai....... Kesian....

Bikin malu saja.....  UMNO Ampang dan Ismail Kijo..... 50 orang ha... ha... ha...

Apek juai sayoq... tukang juai ubat..... boleh himpun orang beghatuih...... ini parti kononnya besaq macam UMNO, MCA & MIC, boleh pangge oghang 50 ekoq saja...... ha.. ha... ha...

INKUES & SURUHANJAYA DI RAJA

Ha...... Bila kena desak oleh pelbagai pihak seperti Pakatan Rakyat, parti dalam BN sendiri, NGO dan orang ramai, Kerajaan BN dukungan UMNO terpaksa mengalah...... Lihat sini dan sini.

Maka Syeikh Najib pun umumkan keputusan kabinet untuk arahkan KDN selesaikan siasatan dengan segera. Kedua diadakan Inkues untuk cari punca kematian Mendiang Teoh Beng Huat. Dan ketiganya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat.

OKlah tu....... Kerajaan BN kalau didesak dan ditekan mengalah jugak. Tapi apa helahnya kita nantikan...... 

Ini Aku Suka

Berita dalam Malaysiakini bertajuk "SU Hadi jadi korban konflik PAS". 

Setiausaha akhbar presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi korban awal dalam pergelutan dua aliran besar dalam parti itu khususnya berhubung kerajaan perpaduan dan rundingan sulit dengan Umno.

Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga seorang penulis blog, digugurkan daripada jawatannya tersebut setelah satu mesyuarat pemimpin atasan parti menerima bantahan terhadap peranannya.

Selain mesyuarat sebulan lalu, selepas muktamar PAS awal Jun, surat aduan tentang sikapnya - yang dianggap antara tokoh utama di belakang kempen mengekalkan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa - dalam usaha menentang gerakan "kumpulan Erdogan" menjelang persidangan tahunan PAS itu.

Baca seterusnya di sini...

Aku baca aku teringat posting dalam blog hamirdin iaitu:-

MENUNGGU PERKEMBANGAN ROSLAN SMS

Assalamualaikum,

Telah mula tersebar berita mengenai Roslan SMS.

Sedang menunggu dan memerhatikan perkembangan terkini dalam hal ini.

Juga tunggu sms.

--------------------------------------------------------------------  

Eloklah tu adapun menyemak saja. Pi berambuih cepat. Pendokong kuat agenda kumpulan Kerajaan Perpaduan dalam PAS. Dia keluaq PAS masuk Umno pun aku lagi suka. Padan muka........

Yang lain tu bila pulak nak kena chau..........



Selasa, 21 Julai 2009

Pisau Cukur Menunjukkan Peribadi Anda

Khas Untuk Lelaki Saja.
Sekiranya anda ada bulu yang cukup di muka. Anda tentu bercukur tiap-tiap hari. Tentu anda menggunakan pisau cukur. Ada macam-macam jenis pisau cukur.

Tapi ingat; Pisau cukur menunjukkan keperibadian anda. Ok aku tunjukkan jenis pisau cukur dan anda sendiri akan tahu kategori anda.

1.  Pisau Cukur Tiga Mata

Anda orang yang lemah dan mudah percaya pada iklan. Konon sekali lalu licin cukuran. Anda orang yang tidak teliti, harap orang lain buat kerja untuk anda. Anda mangsa kemodenan. Anda memang penakut. 

2.  Pisau Cukur Dua Mata

Anda tak pandai memilih. Simple. Anda hanya memilih apa yang senang bagi anda. Agak penakut.

3.  Pisau Cukur Satu Mata 

Anda seorang yang boleh lebih kurang. Memegang pada tradisi. Agak berani.

4.   Pencukur Elektrik

Anda pengotor dan pemalas. Penakut dan ambil mudah setiap perkara.  

5.  Pisau Cukur Tukang Gunting

Sekiranya anda menggunakan pisau cukur ini anda memang berani. Anda berani melayang-layangkan pisau di muka anda sendiri. Secekap dan sehebat manapun anda bercukur dengan pisau ini, sekali-sekala terguris juga kulit muka anda, itu macho. Anda berani menghadapi senjata dan tidak takut darah. Ciri ini sesuai pada penyokong PR. Kalau setakat demonstrasi dan digari, ditahan polis dan dilokap anda tak heran. Jadi carilah pisau ini, cuba-cuba lah. Sebelum anda cekap, tiap-tiap hari meleleh darah di muka anda. Di Pasaraya Mydin banyak jual!!!

Aku pakai pisau ini lah..... He.. he... he...

Opps...... jangan lupa... ada satu jenis pisau cukur lagi. Jika anda terlibat pisau cukur ini anda memang jutawan dan kaya raya. Ada juga berani berbelanja banyak untuk pisau cukur ini. Pisau cukur ini cukurannya jika anda tidak berhati-hati, bukan saja janggut dan misai licin tapi harta dan wang ringgit juga licin.  

ZAMRY MB SEBENAR

Bagi aku Zamry iaitu Ketua Perhubungan UMNO Perak yang mengaku sebagai Menteri Besar Perak yang merampasnya dari Nizar Jamaludin adalah MB sebenar. Aku berpendapat begitu kerana dia telah membuktikan bahawa dia adalah MB sebenar, bukan di mahkamah atau di Dewan Undangan Negeri, tetapi dengan kenyataannya seperti yang tersiar dalam Sinar Harian hari ini yang bertajuk Nik Aziz patut keluar fatwa: Zambry 

Bagi aku:-

1.  Adakah patut Zamby mahu Tok Guru Nik Aziz keluarkan fatwa..... Zamry ini betul-betul bodoh dan bangang. TGNA bukan Mufti, dia adalah Menteri Besar. Bukan kerja dia keluar fatwa. Suruh mufti pujaan Zamry yang boleh berpeluk bercium dengannya keluarkan fatwalah, iaitu Mufti Melayu Perak Harusani. 

2.  Tentang Nizar, Zamry akui "Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid. Dia lagi tahu apa yang dia buat”  jadi apa lagi Zamry nak bising. Memang Zamry bodoh dan bangang tahap tak sekolah. Dia timbulkan persoalan dia dah bagi jawapan. 

3.  Zambry berkata, beliau bersimpati dengan keluarga Beng Hock. Ini betul-betul cakap politik orang Melayu/Mamak jahat. Dia mana tau simpati. Maksud SIMPATI bagi Zamry adalah PADAN MUKA.

4.  Kenyataan Professor Kangkong Mahmood Zuhdi bahawa tindakan Nizar bukan "budaya Islam". Dia tak bagi contoh budaya Islam pulak.... Mungkin "budaya Islam" sebenar adalah mengangkat sembah dan mohon ampun pada raja-raja melayu, menjadi atau bersubahat dengan penzalim, penipu dan perasuah, atau semua adat-istiadat melayu itu "budaya Islam".

5.    Mashitah Ibrahim berkata, Nizar tidak seharusnya berbuat demikian kerana boleh melanggar akidah seorang Muslim. Akidah apa yang Nizar langgar? Akidah Melayu? Dia cuma pakai baju hitam dan pegang lilin. Cuma ada ramai Cina keliling dia. Dia bukan sembah tokong. Kak oi..... tok sami Buddha pun kepala botak dan pakaian ihram lelaki nampak serupa tok sami hindu dengan buddha tu apa cerita? 

Mulai hari ini aku akui, confirmed, sahkan tanpa apa-apa keraguan bahawa Zamry adalah MB sebenar..... iaitu; MB = Mamak Bodoh = Mamak Bangang= Melayu Bontot (suka cerita orang main bontot).

Peringatan: Aku bukan rasis dan anti Mamak. Tapi aku tak suka Mamak mengaku Melayu buat-buat lupa keturunan. Tok nenek aku pun Mamak jugak.

 



Isnin, 20 Julai 2009

KERAJAANG PERPADUANG....???


    
Foto di atas ada kaitan cerita di sini dan sini

Wah hebat tu!!!! Dah bertaubat...... 

Dah jadi amalan orang Melayu (Islam?) yang berkuasa dan berwang. Depa buat apa suka dan  himpun dosa banyak-banyak, kendian pi Tanah Suci...... BERTAUBAT...... balik ke Malaysia buat balik apa yang suka dibuat. Lain kali pi lagi. Macam tu lah putaran hidup depa.

Foto-foto ni kalau Syeikh-syeikh PAS macam Hj Hadi, Nasa Boneka UMNO, Tantawi dan dua Haron tengok, mesti senyum sampai telinga. Depa pun tak banyak kena explain kat penyokong-penyokong PAS.....

Aku boleh ajaq Syeikh Besar macamana nak terang kat penyokong. Antara ucapan yang patut keluaq dari mulut Syeikh Besar dan Syeikh Ulamak Haron adalah lebih kurang macam di bawah:-

1.  "Tengok! Kite baghu crite kerajaang perpaduang, Najib doh gi Mekoh... Kalu doh jadi kerajaang perpaduan dok tohu ape nak jadi.... Najib jadi Presideng PAS" 

2.  "Niat kite suci dan ikhlah.... Allah Taala doh tunjuk..... Najib pong doh jadi baik..... ape lagi kite yang nok Iselam kene buat..... buat kerajaang perpaduang laah..."

3.  "Kite tak leh ade sangke burok kat sesame Iselam. Doh terbuqti Najib orang Iselam..... die boleh doa depang kaabah dengang Rosma lagi..... kalu bukan Iselam nok masok Mekah pong dok leh".

4.   "Sampai mase nanti... kite kene tinggalkan DAP dengang PKR, mereke parti kafir.... Lo ni kite baik pong sebab nak dapat sokongang orang kafir.... Kite menang banyak kite joing dengan UMNO.... Baghu hidup Melayu.... Kuat Iselam..... ni semua nasihak daghi Stape Ali dengang Hasang Ali"

5.   "Puok-puok Kelantang yang dok mahu joing dengang Umno biorlah..... bukang mereke boleh tahang pong.... tengok keputusang Menek Urai pong doh tahu".

6.   "Ingat semue... kite daghi parti Iselam...... kite ikut demokrasi....... kite ade matalamat..... nok capai matalamat.... kite kene juge ikut Marchiaveli. Kalu kite pong doh buat aniaya dan tipu... kite boleh bartaubat..... Allah Taala Maha Pengampun".

Aku agak akan timbul balik hal Kerajaan Perpaduan tapi dalam versi Terengganu - KERAJAANG PERPADUANG.


Ahad, 19 Julai 2009

AWAS!!! UMNO DAH RANCANG SESUATU

Aku baca media karat UMNO, tajuk beritanya "Motivasi pemimpin UMNO bulan depan". Bunyinya tak mengerikan langsung. Kalau Syeikh-syeikh PAS baca, depa mesti tak terfikir apa-apa kerana UMNO nak beri motivasi pada pemimpin saja. Depa sangka baik pada musuh politik depa. Kalau nasib baik, pakar motivasi PAS seperti Hasan Ali boleh buat bisnes guna proksi. 

Tapi aku baca, aku rasa lain. Aku pikiaq lain. UMNO mesti rancang sesuatu. Lebih-lebih lagi depa dah naik semangat balik dengan kekalahan yang tipis di Manek Urai. Bagi depa mengurangkan majoriti kemenangan PAS hingga ke tahap 65 undi saja - adalah kemenangan besar. 

Depa tentu akan pasang perangkap. Pasang jerat. Letak jerangkap samar merata-rata untuk menyusahkan Pakatan Rakyat. Kalau boleh biar PR lingkup sebelum PRU13. Biar PR pecah bawa haluan masing-masing.  Buat masa ini jatuhkan kerajaan PR di Selangor ka.... Kedah ka..... atau mana-mana yang boleh. 

Barua-barua UMNO, seperti SPRM, PDRM, Pegawai PTD, Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tertentu semuanya menjalankan kerja depa mengikut suruhan UMNO. Hakim-hakim pun sama.  Jasa depa terbukti di Perak. Perak adalah 'training ground' depa.

AWAS!!! Gerak kerja UMNO sedang berjalan. Depa ini umpama jerat yang tak pernah lupakan pelanduk. Jadi Sheikh-sheikh PAS janganlah galak nak berdakwah pada puak-puak ini. Buang masa dan puak-puak ini orang MUNAFIK yang wajib diperangi. 

Kalau Syeikh-syeikh PAS berasa seronok dengan UMNO, keluar PAS masuk UMNO. Asri Muda pun dah bagi precedence macamana nak buat kalau majoriti ahli PAS tidak sependapat dengan pimpinan atasan. 

ULAMAK BIJAK MENGHUKUM

Sorang lagi yang dikatakan ulamak bijak ada Phd masuk daun. Lihat kenyataan nya di bawah:-

Jika PAS Sudi Mendengar

Disiarkan pada Jul 17, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan  

Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.


Dia nasihat tu...... Jangan dok maki orang, ulamak terutamanya. Lagi utama ulamak yang ada Tan Sri, Dato' Seri, Dr dll. 

Wah... Syeikh Besar, Syeikh Kedua Besar dan Syeikh Tantawi dari PAS ada pembela lah. Mufti Melayu Harusani pun terbela sama. Tahniah... tahniah...

Depa yang dikatakan ulamak ni, satu geng. Kalau kena kat kita depa buat tak tau. Tapi kalau kena kat geng depa, biarpun depa tak sebulu dan sama-sama depa ada polemik yang dahsyatpun depa akan bela. 

Orang lain semua tak betoi. Depalah juara Islam. Depalah hebat dalam hukum hakam. Depalah layak tegur orang. Tapi aku tengok dia ni tak ketahuan kepala ekor. Mai masuk tak tanya apa langsung. Cerita tak habis dengar. Orang dok ceghita bab lain, dia sangka bab lain.

Ha... apa lagi dia pun serupa Musa Hassan ....... buka Kanun Kesiksaan lah....... tapi Musa Hassan takutkan orang dengan dakwaan di mahkamah di Malaysia.  Dia ni taraf hebat dia takutkan orang dengan.....................(sendiri tau lah!!). 

Aku tak maki hamun dia aa...... Kalau aku maki orang pun aku tak pernah bela diri aku dengan menghalalkannya.