Rabu, 25 November 2009

Wajah Hakim Mahkamah di Malaysia?

Aku terkejut jaga subuh tadi selepas mengalami satu mimpi. Letih juga layan mimpi. Ada seronok ada ngeri..... biasalah..... namapun mimpi.....

Mimpinya aku pi melawat dari satu mahkamah ke satu mahkamah kononnya kat Malaysia la. Akupun tak tau macamana roh aku boleh melilau ke tempat-tempat tu......

Tiap-tiap mahkamah tu aku boleh tengok rupa hakim-hakimnya. Macam-macam rupa. Tengoklah sendiri....


MAJISTRET

HAKIM MAHKAMAH SEKSYEN


HAKIM MAHKAMAH TINGGI


HAKIM MAHKAMAH RAYUAN


HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Aku kena cari Ustaz yang pandai tabir mimpi ku ni!!!

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Aku buka posting aku Tok Guru Nik Aziz Perlu Bersihkan Kerajaan PAS Kelantan untuk tengok komen. Nah!!!! Komen yang ada juga sikit sebanyak berkaitan dengan posting aku. Lihatlah....... aku kopi pes saja tanpa edit......aku harap Hamba Allah ni puas hati dan pihak yang ditujukan baca dan faham serta ambik tindakan yang sesuai.....

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN

Selasa, 24 November 2009

Tok Guru Nik Aziz Perlu Bersihkan Kerajaan PAS Kelantan

Demi kelangsungan dan nama baik PAS dan dirinya sendiri sebagai Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz telah mengarahkan Menantunya letak jawatan CEO PMBK. Ini ciri pemimpin yang hebat dan cool. Dia boleh dengar pandangan orang dan dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk pada PAS dan Kerajaan PAS Kelantan.

Bercerita tentang Kerajaan PAS di Kelantan aku fikir Tok Guru perlu mengambil langkah yang lebih drastik. Beliau perlu membuat pembersihan dalam Kerajaan PAS Kelantan. Selain Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) banyak juga jawatan-jawatan lantikan politik dalam kerajaan yang kadang-kadang jadi 'redundant" hanya kerana hendak jaga hati dan bagi pendapatan pada mereka saja.

Tok Guru perlu meneliti setiap seorang barisan Exco. Bagaimana prestasi mereka, apakah mereka lebih berpolitik dari menjalankan tugas hakiki, adakah mereka terlibat dengan komplot-komplot tertentu, dengan siapa mereka bercampur, bagaimana jabatan di bawah seliaan mereka berfungsi dan pelbagai persoalan lagi.

Selepas meneliti dan mengkaji bolehlah Tok Guru ke istana dan singkirkan sapa-sapa yang patut disingkir dan lantik yang dikira boleh bekerja untuk Rakyat Kelantan bukan yang bekerja untuk diri sendiri atau kelompok sendiri atau parti sendiripun jika bertentangan dengan kehendak Rakyat Kelantan.

Di samping itu lain-lain pegawai-pegawai lantikan politik dalam Kerajaan PAS Kelantan perlu juga dirombak. Tutup agensi yang tidak berguna dan hanya jadi tempat pemimpin PAS bekerja untuk sara diri. Suruh mereka pergi cari kerja sendiri, berniaga dll. Bukan tugas kerajaan bagi mereka makan. Kalau mereka marah... itu tandanya mereka bukan pejuang PAS!!!

Tok Guru juga perlu ambil perhatian!! Seteru utama PAS Kelantan iaitu UMNO Kelantan sekarang diterajui oleh Mustafa Mohammad. Dia nyaris membikin sejarah dalam PRU11 yang lalu. Kali ini dalam PRU13 dia tentu ada caranya lebih-lebih lagi UMNO diketuai Najib Razak.

Wajib diingat Najib Razak bukan Abdullah Badawi. Dia lebih cerdik dan lebih brutal dari Dollah Badawi. Tahap brutal Najib ni tak memang tak boleh digambarkan apa yang akan dilakukannya.
Kebrutalan Najib ini menyebabkan dia boleh melakukan apa saja yang dia suka.

Jika Tok Guru membuat pembersihan dan korbankan apa yang patut dikorbankan, Insyaallah dalam PRU13, PAS di Kelantan tetap unggul.

Isnin, 23 November 2009

Menantu Tok Guru Letak Jawatan?

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik.

________________________________________________

KOMEN AKU:

Baru umum saja. Surat tak bagi lagi. Tapi tak pa lah anggap betoilah. Diucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman pada masa hadapan. Nak jadi ahli politik jadi betoi-betoi. Jangan guna nama Pak Mertua.

LOGISTIK Kawaq Zaman Ni Memang Hebat!!!

Posting aku sebelum ni bertajuk Pajak Gadai Islam Dipecah Masuk Hampir RM8 Juta Lesap hanyalah satu berita sahaja.

Namun apabila aku baca berita beberapa kali dari berbagai sumber serta aku renung foto hasil usaha kawaq-kawaq yang pecah masuk pajak gadai tu aku berasa nak bagi sedikit pendapatlah....

Kalau dilihat foto bongkah hasil tebukan pada dinding konkrit, aku fikir kawaq (penyamun, pencuri, pemecah rumah) yang terlibat dalam pecah masuk Pajak Gadai Ar Rahnu ni adalah 0rang yang terlibat dalam industri pembinaan.

Hanya pakar saja yang tahu membikinnya

Mengapa? Lihat foto di atas, hasil tebukkan. Cantik. Menebuk kaedah ni dalam bahasa teknikalnya ialah "core" atau "coring". Biasanya menebuk dinding atau lantai atau bumbung konkrit mesti menggunakan peralatan khas jenis 'Diamond Coring". Kerja ini hanya 'specialist' sahaja yang boleh buat.

Para kontraktor dan konsultan dalam bidang pembinaan memang tahu dan arif, kerja coring ni tak ramai orang boleh buat. Boleh dibilang dengan jari tangan saja. Menantu Tok Guru Ariffahmi yang merupa Jurutera dan pernah bekerja dengan konsultan yang terlibat dengan industri pembinaan tentu faham maksudnya.

Dengan saiz coring yang besar dan tentunya menggunakan Diamond Coring yang besar dan berat jugak, maka kerja ini mengambil masa yang lama serta menggunakan tenaga letrik...... Wah hebat mereka bekerja? LOGISTIK kawaq zaman ni memang hebat!!!

Di Malaysia, orang yang terlibat dengan indutri pembinaan kalau disebut "coring" akan muncul dalam kepala mereka HILTI. Lihat sini dan sini.

Aku tidak menuduh Hilti terlibat. Nanti disamannya aku.... mamposs. Tapi pekerja atau bekas pekerja mereka bagaimana? Bagaimana mereka mengawal peralatan mereka dari disalah guna? Bagaimana pula dengan mereka yang terlibat dengan pembinaan dinding kebal dalam pajak gadai tersebut? Macamana kaedah pengawasan?

Sudah DUA Pajak Gadai Islam kena pecah masuk ni..........

Kepada pengendali Pajak Gadai Islam sila ambil perhatian.... Malaysia ni bukan Saudi Arabia. Kena berhati-hati lah.

Pajak Gadai Islam Dipecah Masuk Hampir RM8 Juta Lesap

KANGAR: Perompak melarikan barangan kemas dan wang tunai bernilai hampir RM8 juta, dipercayai antara yang terbesar di negara ini, selepas memecah masuk kedai pajak gadai Ar-Rahnu milik Yayasan Islam Perlis (YIPs), di Taman Sena di sini, malam kelmarin.

Semua barangan kemas bernilai kira-kira RM7.7 juta dan wang tunai RM68,000 yang disimpan di dalam beberapa kabinet di dalam bilik kebal pajak gadai itu, dipercayai dilarikan antara tengah malam kelmarin dan 11 pagi semalam.

Kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk premis itu selepas mengumpil pintu dan jeriji besi di bahagian belakang bangunan berkenaan.

Perompak itu kemudian dipercayai menggunakan gerudi menebuk satu lubang besar pada dinding bilik kebal pajak gadai berkenaan sebelum masuk ke ruang itu dan melarikan semua barangan kemas dan wang tunai yang disimpan di dalamnya.

Sebelum memecah masuk, kumpulan itu juga dikatakan memotong kabel penggera keselamatan dan talian telefon yang dipasang di premis berkenaan.

Mengikut sumber, lubang yang ditebuk pada dinding bilik kebal berkenaan boleh meloloskan badan bersaiz sederhana.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana kejadian itu masih dalam siasatan.

Berdasarkan maklumat awal katanya, pengurusan kedai pajak gadai itu menganggarkan jumlah kerugian dialami mencecah RM8 juta iaitu membabitkan wang tunai dan emas yang digadai pelanggan.

"Buat masa sekarang, kita sedang mengumpulkan maklumat mengenai kes ini, termasuk mengenal pasti identiti suspek berdasarkan persamaan dalam modus operandi dengan beberapa kejadian di negeri lain," katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan malam hari dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Perlis iaitu 04-9711999.

Hujung tahun lalu, Ar-Rahn milik Kumpulan Permodalan Kelantan Berhad anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ikhtisas Negeri Kelantan, dirompak barangan kemas bernilai kira-kira RM18 juta yang disimpan dalam 238 peti simpanan.

Berita Harian


Ahad, 22 November 2009

MENANTU PATUT SAMAN KICKDEFELLA

Menantu Tok Guru iaitu Ariffahmi yang juga CEO PMBK sepatutnya menyaman Kickdefella kerana memfitnahnya, yang terakhir dalam blognya bertajuk Jawapan Kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Banyak yang ditulis olek Kickdefella bukan sahaja menjejaskan Menantu Tok Guru, tapi melibatkan nama baik Tok Guru suami isteri. Antara tuduhannya ialah memalsukan dokumen, breach of trust, loan yang melampau hingga setengah juta dll.

Menantu Tok Guru kena bersihkan namanya. Setakat letak jawatan sahaja sekarang ini tak cukup. Letak jawatan hanya buang sepikul beban atas bahu Tok Guru. Dan letak jawatan juga hanya mengurangkan bebanan tak guna bagi PAS Kelantan yang akan mengharungi ombak badai PRU13 nanti.

Apa ceritapun Menantu Tok Guru mesti letak jawatan!!! Lagi satu samanlah Sheikh Kicdefella untung-untung boleh langsai loan setengah juta. GAMPANG PUNYA MENANTU!!!