Jumaat, 4 Disember 2009

Bulan Mac 2010 Baru Menantu Tok Guru Keluar Dari PMBK.


Nampaknya cerita Menantu Tok Guru akan berpanjangan hingga tahun depan bulan Mac. Baca sini.


Alasannya ikut terma surat perlantikannya. Ini alasan dari orang yang gampang. Memang biasa terma perlantikan apa-apa jawatan begitu. Kena bagi notis sebulan ka.... dua bulan ka..... tiga bulan ka...... untuk berhenti kerja.

Tapi itu adalah syarat dan terma perlantikan saja. Bukan surah Al Quran. Tapi..... tapi..... nak resign atau nak tamat perkhidmatan atau nak batalkan kontrak perkhidmatan boleh dibuat secara MUTUAL.

Resign secara Mutual Termination. Takkan Menantu bangang sangat kot? Macam tu pun tak boleh pikiak. Memang sah lah Menantu yang gampang!!! Nak tipu Ketua Pemuda PAS Kawasan yang tak pernah bekerja dengan kerajaan dan swasta tu bolehlah!!!


Alasan nipun karut jugak. Pengganti tetapnya mungkin lambat sikit dilantik. Tapi boleh dilantik PEMANGKU CEO. Ariffahmi jangan bodohkan orang. PMBK tetap boleh beroperasi macam biasa walaupun dia tak dak di sana. PMBK sebuah badan kerajaan mesti ada mekanismanya jika apa-apa jadi pada CEOnya.

Bagaimana kalau esok Ariffahmi kena heart attack, rebah terus meninggal...... apa jadi? Semua kerja tak boleh buat ka? Gaji tak boleh bayaq ka? Payment tak boleh buat ka? Tarak lah..... yang mati akan dikebumi dan panadai-pandailah jawab dalam kuboq. Manakala yang hidup teruskan hidup.

Bagi aku hari terakhir pada 23 Mac 2010 Ariffahmi ada di PMBK adalah keterlaluan lamanya. Nak berhenti, berhenti saja lah. Silap-silap Najibpun dah kena stroke dan koma pasai doa Tok Guru dah dimakbulkan Allah Taala tapi Menantu Tok Guru masih tercogok di PMBK.

MENANTU TOK GURU TAK DAK ALASAN DOK KERJA LAMA DI PMBK SAMPAI 23 MAC 2010.


Khamis, 3 Disember 2009

Dah Diumum Tapi Bila Menantu Nak Resign?

Akupun dok tertanya-tanya bila Menantu Tok Guru betoi-betoi resign. Tarikhnya.... tarikhnya... Tok Guru dah umumkan dia dah arah Menantunya letak jawatan. Ok. Bab Tok Guru katup cerita tapi Menantu pulak bila hari terakhirnya di PMBK.

Aku balik Raya Haji di Kedah.... pi banyak tempat korban..... sambil dok lapah lembu, potong daging dan takek tulang depa dok cerita hal Tok Guru dengan Menantu termasuk Haji Tajaan.

Aku tak mau perkara ni jadi isu lagi. Jangan jadi macam BN dan UMNO Jahanam. Depa umum nak mansuhkan PPSMI. Tapi la ni tangguh dan dok berdaleh macam-macam pulak. Tok Guru dan PAS jangan tiru ahli politik sekular macam UMNO Jahanam.

Tengok hari ni Kickdefella dah ungkit hal ni lagi. Tengok tajuknya "Sandiwara Di Kelantan". Macam Tok Guru teraju sandiwara dan Menantu pelakon utama. Kalau dikutuk Menantu tak pa lah. Menantu tupun lebih kurang dia. Tapi dikutuk Pak Mertua iaitu Tok Guru....... seorang Mursyidul Am PAS dan telah jadi ikon penentang BN dan UMNO Jahanam.

Tok Guru tolonglah......!!!

MARI KITA BERSAMA MEMAHAMI APA DIA SISTEM DUA PARTI

WALAU PUN TULISAN ARAB - IANYA MASIH MILIK MUSUH UMAT MANUSIA



PEPSI DAN COKE – ADIDAS DAN PUMA

Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Cupcai Pak Ali bila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.

Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung.

Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis.

Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia.(TT)

nota: tulisan ini boleh diambil
untuk membuat kebaikan

Selasa, 1 Disember 2009

Anak-anak Tok Guru Ungkit Pulak!!!

Lama aku cuti sambut Raya Haji. Aku beraya di Kedah di kampung bini aku kerana Raya Haji memang meriah di sana. Akupun cuti juga layari internet.

Aku buka dan tengok sini, sini dan sini aku dapat simpulkan bahawa anak-anak Tok Guru Nik Aziz khususnya Nik Abduh dan Nik Amalina suka ungkit, suka cari pasai dan juga ada unsur bangga diri.

Dalam hal CEO PMBK dan Haji Tajaan mereka tak perlu langsung melibatkan diri. Tak perlu ungkit jasa ayahanda mereka kerana penyokong PAS dan sekelian rakyat dah sedia maklum.

Nik Abduh tak payah nak sindir-sindir orang dan mempertahankan ipar biarpun atas alasan apapun.

Nik Amalina tak perlu memuji suami tinggi melangit. Suami apabila langkah keluar dari pintu pagar rumah macam-macam yang boleh dibuatnya!!!

Kepada anak-anak Tok Guru Nik Aziz berdiam diri itu teramat baik.....