Sabtu, 27 Februari 2010

Lawak Terbaik Buat Zamry Kadeer


Seorang rakan mengemukakan pertanyaan kepada saya : Antara Zambry Kudeta dengan DS Nizar, siapa yang lebih nampak 'alim?

Namun begitu, Saya tetap memberikan jawapan "Zambry adalah lebih 'alim daripada DS Nizar."

Betul dah jawapan itu, tetapi apa alasannya?

"Orang kata, Nizar hanya ada dua tompok hitam kat dahinya ...tetapi Zambry hitam keseluruhan tubuh badannya!"

Baca sepenuhnya di.... ALHUSSEYN

Khamis, 25 Februari 2010

Drebar Yang dibunuh di Australia....

Apabila timbul cerita drebar di Konsul Malaysia di Sydney iaitu Mohd Shah Saemin dibunuh di perkarangan rumahnya di Leichhardt, Sydney, aka rasa nak ambik tau. Aku teringat masa aku di Sydney. Datanglah nostalgia aku di sana.

Apabila sebut Sydney, aku terbayang kawasan Randwick. Lebih-lebih lagi Malaysia Hall (MH) di Alison Road. Kedudukan tak jauh dari UNSW. Ramai student undergrad dan postgrad dari Malaysia menyewa di Malaysia Hall. Sepatutnya sementara saja hingga dapat rumah sewa. Tapi ramai jugak yang dudok sampai grad. Sewa kat MH ikut darjat. Postgrad kena bayar lebih.

Selain dari student UNSW ada jugak student University of Sydney dan University of Technology Sydney. Kebanyakan mereka berulang-alik dari uni (sebutan ringkas universiti kat Australia) naik bas. Uni ni betoi-betoi dalam pekan Sydney. UTS tu berhampiran Paddy's Market yang buka 3 hari seminggu.

Paddy's ni tempat aku dok mengorat awek Korea yang kerja di situ. Awek ni jual t-shirt dan topi. Aku ingat dia amoi Hong Kong atau Taiwan, sebab amoi cina Indon boleh cakap melayu. Awek ni cun wow. Dia punya english hancur. Itu masa aku mula pijak Sydney. Tapi hari-hari terakhir aku nak balik Malaysia dia punya english dah macam Australian. Sebut day pun dah jadi die. Bukan banyak tahunpun.

Aku teringat berjalan kaki dari MH ke UNSW. Penat bang. Atau pergi makan seafood kat Coogee. Ada satu kedai tu, Mat Salih boleh cakap Melayu tapi loghat Indo lah. Siap bagi salam lagi apabila aku masuk kedainya. Aku jawab aje salamnya.

Aku teringat semasa aku baru beberapa hari tiba di Sydney. Masih peghak lagi. Aku ke uni berjalan kaki, kemudian terdengar 3 orang amoi sedang berborak tepi pagar, aku terkejut kerana mereka bercakap bahasa Melayu. La... mereka Cina Indonesia student kat UNSW sesama mereka cakap bahasa indon.

Aku teringat sewa kereta Ford Falcon bersama-sama kawan-kawan pergi ke Melbourne jumpa kawan-kawan di sana. Kereta ni syok dipandu 4000cc. Ke Melbourne melalui Princess Highway. Cantik pemandangan sepanjang jalan. Banyak kali juga ke Melbourne. Tapi tiap-tiap kali ke sana mesti pergi Victoria Market. Cis lain tempat tak tau pi ka?

Semasa aku di Sydney, tak dak pulak Mat Salih yang jenis perkauman gila babi macam UMNO Jahanam nak katok aku seperti yang disangka oleh Editorial NST ni. Mereka ni kalau memandu hon tak tau tekan. Hon kat jalan-jalan di Mekahpun bunyi macam mercun raya cina. Tapi kat Sydney kereta tak dak hon!

Aku teringat memandu dalam Sydney. Sekali tu aku berhenti kat simpang stop look go. Aku dok tengok pompuan mat salih lintas jalan. Dia pakai t-shirt putih tak pakai bra. Masyaallah. Aku lupa kat lampu isyarat. Merah dah hijau, hijau pun dah merah balik aku tak jalan. Mat salih kat belakang kereta aku tak honpun. Kalau kat Malaysia aku dah kena maki.

Itu sebab apabila berita keluar kata 'road rage' aku tak percaya. Aku agak mesti ada hal lain mengapa dia dibunuh. Bila baca sini..... sini.... dan sini....... baru aku tau sapa buat dan apa motifnya.

Mai Ramai-ramai Kick Kickdefella

Dulu semasa disfella iaitu Kicdefella berkempen menjatuhkan Menantu Tok Guru di PMBK, aku sokong dia. Aku sokong disfella bukan kerana disfella Kicdefella tapi kerana prinsip yang aku pegang iaitu di negara demokrasi ini yang PAS ikut serta, anak menantu sebijak dan sehebat manapun tidak boleh dilantik oleh pegang jawatan kerajaan.

Kini Kickdefella mulakan kempen terbarunya dengan posting Menteri Besar Derhaka Kepada Tuanku? Ini aku tak sokong. Aku tentang.

Dia bukan menentang Nik Aziz kerana isu yang timbul tetapi kini dia menentang Nik Aziz kerana agenda peribadi. Dia telah memperibadikan penentangannya kepada Nik Aziz. Berniat jahat. Busuk hati. Menyimpan dendam.

Dia cuba mengheret khalayak ramai untuk menentang Nik Aziz untuk kepuasannya sendiri. Menggunakan Sultan Kelantan. Lepas tu membabitkan Nizar pulak sebagai contoh penderhaka. Ini sudah lebih. Sekali tembak dua target. Maknanya PAS sudah ada dua penderhaka kepada raja Melayu.

Tipikal Melayu, paling senang isu DERHAKA. Ciss celakalah ke atas Kickdefella.

Pemimpin BN jadi Ayam Laga

Presiden MCA Ong Tee Keat kata Penasihat DAP Lim Kit Siang suka laga-lagakan pemimpin BN. Lihat di sini....

Betulkah begitu? Salah. Pemimpin-pemimpin komponen parti dalam BN memang suka bergaduh sesama sendiri.

Lihat UMNO Jahanam. Tak payah bagi contoh. Dari dulu, kini dan selamanya sehingga lingkup jahanam parti itu pemimpin-pemimpin di semua peringkat tetap akan bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri. DAP punya angkarakah UMNO Jahanam jadi begitu? Tidak

MCA pulak Ong Tee Kiat berpakat dengan Liow Tiong Lai bergaduh dengan Chua Soil Ek. Kemudian bersekutu dengan Soil Ek pula palang kepala Liow Tiong Lai. Lim Kit Siang punya kerja laga-lagakan mereka kah? Tidak.

MIC. Tak payah ceritalah. Siapa tak kenal Samy Value dengan lain-lain pemimpin MIC. Mereka tidak pernah dilagakan oleh DAP. Tapi masing-masing syok berlaga.

Lain-lain parti komponen BN. Sebut saja dah boleh terbayang mesti ada cerita berlaga. PPP, Gerakan, PRS dan boleh dikatakan kesemuanya berlaga. Dah jenis ayam laga kot..... Pantang berjumpa mesti berlaga.


Sebenarnya DAP dan Lim Kit Siang tidak perlu melaga-lagakan mereka, Mereka tetap akan berlaga apabila tiba masanya. Apa yang perlu bukan saja DAP malah semua orang boleh menonton mereka berlaga, yang kalah akan cedera yang menang akan letih. Apa tunggu lagi sembelih saja.....

Punca mereka begitu adalah berebutkan kekuasaan yang membawa kepada kekayaan.

Nasib Baik Sikit Saja Ada Internet.....

Hanya 7% sahaja dari 1.4 juta penduduk Kelantan ada capaian internet. Terlalu sikit.Kalau 70% orang Kelantan guna dan akses internet, BN akan hilang wang pertaruhan di banyak kawasan semasa pilihanraya.

Only seven percent of Kelantan population have Internet access

2010/02/24


KOTA BAHARU: Describing the percentage as low, the Kelantan Government has revealed that only seven per cent of its 1.4 million population have access to the Internet.
State information, ICT development, science and technology committee chairman Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan said many Kelantanese were not IT-literate and thus, could not access the Internet for information on local and foreign current news.

In relation to that, he said, they were ready to relax the requirements on land acquisition to develop telecommunications in the state and extend the spread of information through the media.

Baca seterusnya di sini....

Rabu, 24 Februari 2010

ISU AIR DI SELANGOR: PEMUDA UMNO MESTI DEMO

Pemuda Umno Jahanam disarankan mengumpul ahli dan penyokongnya untuk berdemo bagi menentang tindakan Kerajaan PR Selangor dalam isu tarif air.

Isu tarif air: Kerajaan S'gor sedia ke mahkamah
Feb 24, 10 6:42pm

Kerajaan Selangor bersedia berdepan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan syarikat utiliti itu menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Syabas melalui firma guaman Tetuan Cheang dan Ariff menghantar surat bertarikh 12 Februari lalu menuntut Kerajaan Selangor membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kerajaan negeri menerima nasihat daripada panel peguam berhubung perkara itu dan mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor di Shaha Alam, hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor.

"Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa Syabas melanggar beberapa perkara penting dalam perjanjian konsesi dan perkara itu diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Perlanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan untuk menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengelakkan kenaikan tarif air.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kerajaan negeri membuat tawaran munasabah untuk pengambilalihan itu supaya Syabas mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk dijadikan suntikan modal dan membuat pelaburan.

"Kerajaan negeri berpendapat tiada sebab untuk Syabas menuntut bayaran pampasan jika syarikat utiliti itu menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan tiga pihak iaitu kerajaan negeri, pemegang konsesi dan Kerajaan Pusat," katanya.

Abdul Khalid berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air dan akan terus menyimpan hak sebagai pembekal air mentah.

Cerita Lain Pulak....

Pemandu teksi dari Indonesia dituduh bunuh Mohd. Shah

24/02/2010 12:38pm

MELBOURNE 24 Feb. – Seorang pemandu teksi kelahiran Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Burwood, Sydney, hari ini kerana dituduh membunuh rakyat Malaysia, Mohd. Shah Saemin pada Ahad lepas.

Hazairin Iskandar, 55, dituduh membunuh Mohd Shah, 43, seorang pemandu di pejabat Konsul Malaysia, di luar rumah Mohd. Shah di Lebuh Marion di Leichhardt di barat Sydney, demikian menurut laporan Australian Associated Press.

Mohd. Shah yang berasal dari Melaka, ditikam dan dibelasah dengan tukul besi dan meninggal dunia di kaki lima. Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan orang ramai.

Majistret Christopher Longley tidak membenarkan Iskandar diikat jamin dan menetapkan agar kes itu didengar di Mahkamah Tengah Sydney pada 20 April ini.

Menurut laporan, polis sedang mencari seorang lagi lelaki berhubung kes itu.

Iskandar ditahan di rumahnya di Croydon semalam bersama seorang wanita yang kemudiannya dibebaskan.

Isteri Iskandar bekerja bersama dengan Mohd. Shah, seorang duda yang telah menetap di Australia sejak 10 tahun lepas. – Bernama

Laporan Salah - Dia Bukan Rakyat Malaysia

Dia ni dah jagi rakyat Australia, bukan rakyat Malaysia. Kalau lelaki Melayu warga Autralia bekerja sebagai pemandu di konsul Malaysia tu betoi jugaklah.....


Lelaki Australia hadapi tuduhan bunuh rakyat M'sia

Feb 24, 10 10:42am

Seorang lelaki warga Sydney berusia 55 tahun menghadapi pertuduhan memukul hingga mati pemandu di pejabat Konsul Malaysia, Mohd Shah Saemin, di Leichardt, pinggir bandar Sydney, Ahad lalu.

Polis berkata lelaki itu ditahan malam semalam oleh detektif dari Skuad Homisid dan polis Leichhardt di sebuah rumah di Brighton Street, Croydon.

Dia dituduh membunuh Mohd Shah, 43, dan tidak dibenarkan ikat jamin sebelum kes itu disebut di Mahkamah Tempatan Burwood .

Siasatan kes pembunuhan itu masih diteruskan, menurut laporan Sydney Morning Herald.

Mohd Shah dikatakan diserang dengan tukul besi dan ditikam oleh dua lelaki di luar unit kediamannya di Marion Street, Leichhardt, kira-kira tengah malam Ahad.

Seorang wanita yang mendakwa menyaksikan serangan itu dan cuba meleraikannya, mendapat pujian kerana usahanya itu.

Berasal dari Melaka, Mohd Shah yang tinggal di Australia sejak beberapa tahun lalu, kini menjadi warga Australia dan bekerja sebagai pemandu di pejabat Konsul Malaysia di Sydney.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Ahmad Fadil Shamsuddin berkata mayat Mohd Shah akan tiba di Kuala Lumpur sama ada pada esok atau Jumaat.

Polis meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau unit Pembanteras Jenayah di talian 1800 333 000.

- Bernama

Selangor Bazirkan RM49 juta utk Kebajikan Rakyatnya!!!

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak “mengganggu” tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

NONE“Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam program agihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri kepada pelbagai pihak di Shah Alam malam tadi.

Anwar berkata, beliau sentiasa berdoa supaya ujian berbentuk 'fitnah dan khianat' terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.

“Sekarang ini masih banyak fitnah dan kianat dilemparkan terhadap saya,” katanya dalam Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 2010 di sebuah dewan di Seksyen 19.

Baca seterusnya di Malaysiakini.....

Menteri Kewangan Malaysia Pertahan Jawatan, Demi Perniagaan

Itulah tajuk sebenar jika perkara ini berlaku di Malaya, Sarawak dan Sabah atau ringkasnya Persekutuan Malaysia.

Tapi di negara yang askar-askar selalu rampas kuasa pulak beritanya begini:-

Menteri Kewangan Pakistan letak jawatan, tumpu perniagaan
24/02/2010 4:43am

ISLAMABAD 23 Feb. - Menteri Kewangan Pakistan yang mengumumkan peletakan jawatannya hari ini bagi menumpukan perhatian kepada perniagaannya berkata, jika beliau terus memegang jawatan itu, ia hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati.

Shaukat Tarin akan melepaskan jawatannya akhir bulan untuk menguruskan perniagaan perbankan diusahakannya, kata Perdana Menteri, Syed Yusuf Raza Gilani dalam satu kenyataan.

Dia akan terus memberi nasihat kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara.

“Ini tugasan kami, kami tidak sepatutnya mencampur aduk antara tugasan rasmi dan perniagaan peribadi.” kata Tarin kepada Televisyen Dunya.

Tarin, bekas pegawai bank kebangsaan dan memegang jawatan pengerusi Pertukaran Saham Karachi sebanyak dua kali dianggap berpengalaman serta bertanggungjawab dalam kedudukannya sebagai Menteri Kewangan.

Beliau pernah diberi kepercayaan mengadakan rundingan untuk membuat perjanjian pinjaman sejumlah AS$11.5 bilion (RM39.0 bilion) dengan Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 2008 yang membantu mengeluarkan Pakistan daripada krisis kewangan.

Pengganti bagi kedudukan Tarin masih belum ditentukan. - AP


Selasa, 23 Februari 2010

PELUANG BUAT DUIT....

Peluang untuk buat duit. Kertas kerja dah dihantar untuk dikaji oleh pihak tertinggi. Tunggu kelulusan. Peruntukan akan ada jika ada orang boleh buat duit. Bacalah....

Tentera Darat akan wujudkan Unit Helikopter Tempur

23/02/2010 8:26pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Tentera Darat akan memperkukuhkan lagi ketombokan pasukan itu dengan mewujudkan Unit Helikopter Tempur sebagai memperlengkapkan sayap pertahanannya.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, permohonan telah dibuat di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan, tetapi keputusan pembelian helikopter tempur itu bergantung kepada peruntukan kerajaan.

"Tentera Darat telah membuat permohonan untuk mendapatkan aset itu dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), namun tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk memperolehi aset berkenaan,” katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena ulang tahun ke-77 Tentera Darat di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menyatakan jenis dan jumlah pesawat tempur itu belum diputuskan kerana masih di peringkat perbincangan.

Sempena ulang tahun itu yang bakal disambut pada 1 Mac ini, yang bertemakan “Tentera Darat Mendokong Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara”, satu perbarisan akan diadakan di Kem Sungai Besi di sini. – Bernama

PARPUKARI DILARANG MASUK AUSTRALIA

Kerajaan Australia bercadang untuk mengetatkan kelulusan visa ke atas pelawat dari 10 negara yang dianggap sebagai 'risiko tinggi'.

10 negara yang dimaksudkan belum diumumkan lagi kecuali merujuk pada Somalia, Yaman dan kawasan sekitarnya.

Baca selanjutnya di sini......


Parpukari diyakini akan termasuk dalam senarai pelawat yang akan dihantar pulang sebaik saja menjejak kaki di lapangan terbang di Australia (seperti Zamry Kadeer di US) kerana dia berwajah Asia Selatan serta menulis blog lucah dan upload kelucahan melampau yang boleh dilihat oleh pembaca blog bawah umur.

Syed Ali Habshee Bangang macam Baghal

Arab Celup Melayu iatu Syed Ali Habshee, Ketua Bahagian UMNO Jahanam Cheras suka cari publisiti murahan. Siap cabar PR buang Anwar Ibrahim dari jadi Ketua Pembangkang. Tengok dia kata apa.....

Habshee punya cakap mana orang nak dengaq. UMNO Jahanampun tak berapa ambik tau cakap dia. Tambah pulak PR. Sikit pun tak heran

Syed baghal punya cakap tu petanda dia nak mintak projek dari Najib. Ni geng cari makan. Biasalah arab-arab kat malaysia ni tak terpakai punya keturunan. Depa dah jadi melayu lepas tu nak tunjuk depa lebih melayu dari melayu. Bangsa tak sedaq diri.

Nama SYED pun satu hal.... pandai-pandai tok nenek depa pi bubuh depan nama depa... Syed..... saja nak bagi orang melayu bodoh hormat depa.... pangge Pak Tuan konon. Piraaah..... Arab perangai jahat.

Ada satu orang tua cakap : "Syed di negeri kita ni semua bukan arab betoi, depa ni semua keturunan arab balaih (?) pompuan Melayu". "Kalau mamak nama Syed tu lagi palat, anak depa beranak hari jumaat depa bubuh nama Syed".



Isnin, 22 Februari 2010

5 Hakim Melayu Ni Bangang Kot.....!!!

Lima orang Hakim Besar telah bagi satu precedent yang salah, memberi hujah dangkal, berfikiran sempit, tidak mengkaji dan menghalusi kes dengan tulus dan ikhlas.

Adakah ini contoh Melayu yang tiada wibawa, tidak cerdik, tidak amanah dan keji?

Itulah yang boleh dikatakan pada 5 hakim tersebut apabila selesai membaca berikut:-

KES PERAK-APABILA PERLEMBAGAAN DITAFSIR SEPERTI SURAT WASIAT

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Sarjana Perlembagaan menyatakan apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat ( a will ) , Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.

Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.

Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.

Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 ( 6 ) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 ( 6 ) itu ?

Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .

Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.

Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.

Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?

Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.

Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.

Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan ( sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana ) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.

Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .

Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.

Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan

Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?

Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.

Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya

Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .

Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !!!

Juga berkaitan: INGAT LIMA NAMA INI....

Perang Falklands antara Britain & Argentina tapi Malaysia Bodoh.

Apabila aku baca NST Online - Argentina supporter hacks Falklands Newspaper..... aku teringat pada awal 80an iaitu berlaku perang yang dikenali sebagai Perang Falklands.

Perang bermula apabila tentera Argentina menawan dan menduduki Port Stanley, Pulau Falklands kerana menganggap Kepulauan Falklands adalah milik mereka turun menurun dan British hanya menjajah.

Semasa peperangan berlaku, aku dan rakan-rakan mengikuti perkembangan perang ini di akhbar, radio dan tv. Oleh sebab kami anti penjajah (juga anti UMNO) maka kami menyebelahi Argentina. PM Britain Margeret Thatcher yang sombong memang kami benci.

Apabila sampai berita pesawat Skyhawk Tentera Udara Argentina menenggelamkan kapal Tentera Laut British dengan peluru berpandu 'exocet', kami cukup seronok, walaupun sebelum tu British telah tenggelamkan kapal Argentina.

Tapi perang ni tak lama..... tak sampai 3 bulanpun. Yang sedihnya Argentina kalah. Margeret Thatcher semakin sombong. Aku dan rakan-rakan keciwa.... Ingat ka boleh jadi macam Perang Jepun Russia pada awal Abad 20 dulu.... Jepun kalahkan Russia yang diketahui melalui buku sejarah dan diulas oleh guru sejarah kami.

Akibat perang ni, Mahathir yang tertawan dengan kehebatan pesawat Skyhawk telah membeli 80 buah pesawat secondhand dari US yang telah digunakan oleh Navy mereka. Lihat sini....


Inipun pembelian yang membazir oleh kerajaan BN yang diketuai oleh Mahathir. Dalam hal membeli peralatan dan kelengkapan tentera ini, Najib (kapal selam) sama saja dengan Mahathir. Sorang anak murid sorang tok guru. Kedua-duanya....... Bangang dan Bodoh ataupun JAHAT?

Baca juga di sini.... dan sini.....

Drebar di Konsulat Malaysia di Sydney Dibunuh

Seorang drebar di Konsulat Malaysia di Sydney, Austaralia telah terbunuh semalam. Mangsa berumur 43, berketurunan Melayu dan telah menjadi rakyat Australia itu telah ditikam dan di ketuk dengan pemukul.

Baca seterusnya di sini....

DEWAN RAKYAT SELEPAS PRU13

Ini bakal terjadi apabila Pakatan Rakyat mengembil alih Kerajaan Persekutuan pada PRU13 kelak.



Ahad, 21 Februari 2010

Kata Dulang Paku Serpih.....

Pemimpin UMNO Jahanam sentiasa mengatakan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri. Samada sesama parti dalam PR ataupun di kalangan pemimpin dalam parti tak kira mana peringkat, hingga berlaku keluar parti.

Tapi hari ni Muhyidin Yasin pulak mengaku yang partinya lagi hebat.

Hapuskan sengketa dalaman parti - Muhyiddin
21/02/2010 7:21pm

MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti.

Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana berdasarkan kajian yang dibuat, ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Tekknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di sini hari ini. - Utusan