Khamis, 20 Mei 2010

Kalau BN Kalah Dalam PRU13

Kalau BN kalah pada PRU13 nanti, persoalan yang timbul adalah:-

  • Adakah BN, khususnya UMNO akan menyerah kuasa begitu saja kepada PR tanpa menggunakan tipu helah?
  • Adakah pemimpin BN yang rasuah dan salahguna kuasa akan lari keluar negeri?
  • Adakah UMNO akan menentang Kerajaan PR seperti kumpulan Baju Merah di Thailand?
  • Adakah Najib akan menjadi seperti Thaksin Shinawatra, menjadi dalang dalam menentang Kerajaan PR dari luar negara?
  • Apa jadi pada BIK MAMA?

Rabu, 19 Mei 2010

Kes Liwat Anwar Ibrahim: Dua Beranak Yang Bergaya

Budak sekoq ni perasan jadi selebriti konon. Keluaq masuk mahkamah dengan megah bergaya. Pak diapun tumpang sekaki. Pakai suit lagi. Nampak macam suit mahai. 

Orang lain kalau pungkok kena tutoh malu nak tayang muka kat public. Depa dua beranak ni lain sikit. Depa tak dak malu. Megah pulak tu. Yang si bapak ni rasa seronok dan hebat  anak mengaku kena liwat. Masuk berita akbar dan tv. Pak dengan anak dua kali lima.




Boleh percaya ke pada dua beranak ni? 

Isnin, 17 Mei 2010

Prebet Zahid


Pasai apa Zahid Hamidi pakai unifom tentera? Bolehkah dia pakai unifom? Dia adalah orang awam yang menjadi Menteri Pertahanan. 

Cuba tengok unifom yang dia pakai, ataih bahu, di lengan baju ataupun di depan tak dak pangkatpun. Bukan kata bintang ataih bahu, secakuk di lenganpun tak dak.  

Zahid Hamidi hanyalah seorang Prebet Cabok Gila Pangkat. 













Khamis, 13 Mei 2010

Bila Kena Kat UMNO Jahanam Malaon-malaon Ni Diam Saja....



Pasai apa Malaon-malaon ni tak pagge sidang akhbar dan bagi kenyataan yang depa tentang Kerajaan BN bagi lesen pertaruhan bolasepak kat Vincent Tan.

Malaon-malaon tu ialah:-






Rabu, 12 Mei 2010

Nak Buat Macamana Dah Memang Buta Perut!!!

Tak payah pikiaq panjang, depa ni memang buta perut. Naik pangkat pasai kuat bodek dan jek boss. Tu pasai anggota bawahan depa jadi lagu tu..... Ikut dan tembak saja.

Lepaih tu si mangkok ni kata dia tak tau pulak pasai Geng Melayu di Terengganu nak buat perhimpunan 13 Mei. Semua orang tau tapi dia sekoq tak tau.... kerja apa.... tu lah umoq pencen tapi dok kerja lagi......

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas tuntutan keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 14 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu agar pihak kerajaan dan polis memohon maaf kepada mereka.

“Saya tidak mahu komen kerana ia mempunyai implikasi undang-undang,” kata Musa pada sidang media di Putrajaya.



Se
malam keluarga Aminulrasyid merayu supaya pihak polis juga membersihkan nama Aminulrasyid daripada dilabelkan penjenayah.

Laporan NST hari ini juga membuat spekulasi bahawa permohonan maaf adalah antara beberapa langkah yang dicadangkan oleh panel khas yang ditubuhkan oleh Kementerian dalam Negeri bagi menyiasat kejadian itu.

Selain itu, cadangan lain panel berkenaan termasuk Perintah Tetap Ketua Polis (IGSO) - berhubung peraturan penggunaan senjata api dimaklumkan kepada umum.

Ditanya perkara berkenaan, Musa juga enggan mengulas.

“Saya belum terima laporan panel itu, jadi saya tidak boleh komen mengenainya,” katanya.

Ditanya secara khusus sama ada beliau secara peribadi setuju IGSO tidak dirahsiakan, Musa menjawab: “Saya tak kisah”.


Perhimpunan 13 Mei

Berhubung perhimpunan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) esok bagi menyambut ulang tahun ke-41 peristiwa berdarah ketegangan kaum 13 Mei, Musa berkata beliau tidak mengetahui mengenainya.

“Saya tidak tahu mengenainya, anda perlu tanya pada (polis) Terengganu,” kata Musa.

Perhimpunan itu dibidas oleh kedua-dua pihak pembangkang dan juga parti-patrti komponen Barisan Nasional.

Penganjurnya, bagaimanapun mendakwa perhimpunan yang dinamakan 'Bangkit Melayu' bertujuan menyatupadukan orang Melayu yang semakin renggang dan membangkitkan kesedaran orang Melayu terhadap hak mereka.

Pengerusi Gertak, Razali Idris dilaporkan berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada majlis yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak pada 13 Mei ini.

Beliau dilaporkan berkata, tarikh itu dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut. Malaysiakini

Selasa, 11 Mei 2010

Najib Mengaku UMNO Akan Jahanam


PHNOM PENH 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa sejarah UMNO yang gemilang bukan lagi satu jaminan bagi parti itu untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini turut melihat kedudukannya pada masa kini dan akan datang.
Presiden UMNO itu berkata, bukan semua rakyat memandang kepada fakta sejarah bahawa UMNO telah melalui zaman yang gemilang kerana ada di kalangan rakyat tidak mempedulikan soal tersebut.
"Sebab itu kita perlu realistik bahawa sejarah walaupun begitu gemilang bukan jaminan kelangsungan kuasa pada masa depan. UMNO perlu berubah dan UMNO perlu berani membuat perubahan.


Baca seterusnya di sini.....

Tau pun si Najib ni. Diapun dah dok berkira, dia nak lari ke negara mana. Boleh jadi ke Kemboja.