Rabu, 24 Ogos 2011

Apa dah jadi ni.....

Selangor Ruler angry over Khalid’s syura council statement
UPDATED @ 07:12:41 PM 23-08-2011
August 23, 2011
KUALA LUMPUR, Aug 23 — The Sultan of Selangor expressed anger and shock today at Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s claim that the Ruler had suggested the formation of a syura advisory council, says the Sultan’s private secretary.
Khalid had said yesterday the idea for the advisory council to resolve a controversial raid on a church — comprising him, state Mufti Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid and Tamyes’ deputy Datuk Abdul Majid Omar — came from the Ruler during a meeting last week.
Sultan Sharafuddin Idris Shah’s (picture) private secretary Datuk Mohamad Munir Bani told The Malaysian Insider today that in the meeting, Khalid merely said he wanted to meet Damansara Utama Methodist Church (DUMC) officials to get an explanation on the Selangor Islamic Religious Department’s (Jais) August 3 raid on the church premises.
“He did not order the mentri besar at all to form the syura council. That is why he is shocked and angry at what happened,” said Mohamad Munir.
“He did not say anything about the syura council. I myself do not know how the mentri besar could say that it was an order from the Sultan. Now, the Sultan is angry and shocked and is instructing the mentri besar to correct that statement,” he added.
Jais entered the spotlight earlier this month when it raided the evangelical church’s premises in Petaling Jaya during a dinner function. 
The incident drew condemnation from lawmakers and Christian leaders, re-igniting a religious tension that the Najib administration has been struggling to quell since the “Allah” row.
Jais denied, however, that it had raided the church, insisting instead that it had merely conducted an “inspection” to investigate a complaint that Muslims were present during the function.
Selangor state executive councillor Datuk Hasan Ali also backed the department, claiming that proof of proselytisation had been found and pointing out that such activities were prohibited under the law.
The Selangor government has since ordered a probe into the incident and urged for calm, but pro-government newspapers continued filling their pages with claims of purported attempts by Christian organisations to convert impoverished Muslims by offering charity.
Khalid said yesterday that the syura council would be tasked with compiling information from Jais and Harapan Komuniti, the organiser of the dinner function held at DUMC on the night of the raid.
He added that, if necessary, the council may also summon DUMC officials and the 12 Muslims who were at the function to have their statements recorded.
“During the meeting last week, the mentri besar suggested to the Selangor Sultan to call the church officials to get information, and then the mentri besar said he also wanted to bring a mufti,” said Mohamad Munir today.
“His Majesty said there was no problem and asked him to also bring the deputy chairman along to get advice on syariah matters. That was all. His Majesty did not say anything about a syura council, so what the mentri besar said was wrong,” he added.
The royal official pointed out that the syura council was unnecessary as there were already state Islamic bodies like Jais, the Selangor Mufti Department and the Selangor Islamic Religious Council (Mais).

Selasa, 23 Ogos 2011

Majlis Syura dibentuk kaji pemeriksaan Jais di gereja


SHAH ALAM, 22 Ogos: Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung  pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Majlis Penasihat Syura ini akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar), Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh DYMM Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu. Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan,” kata Menteri Besar.

“Saya juga telah berjumpa dengan Mufti Negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis  Syura,” kata beliau lagi.

Majlis ini akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti. Sekiranya perlu.

Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat,  bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran  mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Majlis Syura dibentuk kaji pemeriksaan Jais di gereja 

Isnin, 22 Ogos 2011

Tak Mau Belah... Tangkap Gantung di Tiang Letrik

Tentera Muammar Ghadaffi dah hampir kalah. Anak dia Saif al Islam pun katanya dah kena tangkap. Bapanya sembunyi di mana? Penentangnya dah tawar dia dan anak-anaknya keluar dari Tripoli dengan selamat. Dia tunggu apa lagi? 

Mungkin dia suka kena tangkap kemudian digantung di tiang letrik...

Muammar Gadaffi bakal berambus

tengok sini

Ahad, 21 Ogos 2011

Wei Kawan-kawan - Aku Jumpa Lailatul Qadar


Lailatul Qadar. Malam yang ditunggu-tunggu oleh kaum Muslimin yang rajin beribadat sepanjang bulan ramadhan. Bukan semua orang boleh berjumpa dan dapat Malam Al-Qadar atau Lailatul Qadar. 

Firman Allah dalam Surah Al Qadr yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Al Qadar. Dan tahukah kamu apa dia kebesaran malam Al Qadar itu? Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar."

Cerita macamana aku jumpa Lailatul Qadar begini... Aku masih ingat 25 tahun yang lalu pada malam 25 Ramadhan, aku baru selesai menyantap juadah 'moreh' selepas menunaikan Solat Tarawih. Pada masa itu terawih 20 rakaat, tiada "tazkirah". Tiada ampun dari imam, dia tidak akan buat 8 rakaat dan disulam dengan tazkirah macam sekarang. 

Lepas penat berukuk dan bersujud serta berselawat dan berdoa diakhiri ratib Lailahaillallah, semua menerpa keluar untuk makan. Pada masa itu moreh selepas tarawih mewah juga. Biasanya nasi. Akupun sama makan nasi beriani dengan ayam masak merah beserta acar timun minum sirap bandung. Kemudian pekena rokok. Huh memang asyik!

Lepas habis merokok aku masuk balik ke ruang masjid dan sandar ke dinding. Aku terlelap. Aku terjaga apabila aku terdengar enjin motosikal honda cub. Aku buka mata nampak kelibat seorang manusia menuju ke kolah wuduk. Orangnya berjubah singkat macam pakaian tabligh berjalan menuju ke kolah wuduk. Aku terasa tiupan angin lembut membawa angin sejuk.

Siapakah orang itu? Terdetik hati aku. Orangkah atau hantu? Aku teringat hantu ditambat dalam bulan puasa ini. Angin sejuk meremangkan bulu roma di tanganku. Aku terfikir mungkin malaikat. Boleh jadi malam ini malam Lailatul-Qadar. Tanda-tandanya ada seperti angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa, dingin tenteram dan nyaman. 

Sah petanda lailatul qadar. Sah orang tadi adalah jelma malaikat. Dia mungkin jibril. Kemudian orang tadi masuk ke masjid. Aku amatinya. Orangnya tinggi lampai. Umur lengkungan 50an. Kulit cerah. Wajah macam hero hindustan Rajesh Khanna. Berjanggut dan berjambang yang ditrim kemas. Pakai ketayap putih. Dia terus menuju ke ruang solat. Berdiri tegak dan takbir. Mungkin solat tahyat masjid.

Aku terfikir. Dengan suasana seperti yang dicerita dan digambarkan oleh ustaz2 semasa lailatul qadar. Dan ayat Quran sendiri beritahu turunnya malaikat pada malam itu. Aku mula yakin bahawa orang yang sedang bersolat itu bukan manusia biasa. Dia malaikat. Aku yakin dia malaikat, munkin Jibril. 

Inilah peluang aku meminta malaikat ini tolong doakan aku. supaya aku bebar-benar mendapat Lailatul Qadar. Aku tak mahu Lailatul adar berlalu begitu sahja. Aku tak mau kerugian. Aku teringat dulu aku bukan saja jarang melakukan solat tarawih, solat wajib 5 waktupun aku tinggal. Solat jumaat aku kira, sekali solat jumaat 2 kali ponteng. Sebab guru aku kata barang siapa tinggalkan solat jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie, orang itu menjadi kafir. Takut aku jadi kafir. 

Tapi sejak selepas raya puasa lepas aku dah bertaubat. Aku tak tinggalkan solat lima waktu. Solat jumaat 100% kedatangan, malah solat terawih tiap-tiap malam aku tak tinggal. Aku dah berubah. Puasapun memang puasa orang beriman. Puasa tahan lapar dan dahaga serta puasa pandangan, pendengaran dan lisan aku. Ewah puji diri sendiri pulak. Mungkin malam ni memang Lailatul Qadar. Memang Allah SWT turunkan malaikatnya pada aku. Aku mesti ambil kesempatan ini. Satu malam macam seribu bulan. Banyak tu.

Aku renung pada 'malaikat' tadi. Dia sudah tahiyat akhir. Dia akan bagi salam. Lepas salam dia tentu berdoa. Aku mesti ambil kesempata ni. Aku mesti minta dia doakan aku. Aku mahu Lailatul Qadar. Aku mahu Lailalatul Qadar. Aku tak mahu lepaskan Lailatul Qadar.

Aku mesti pegang tangannya. Gancang tubuhnya. Rayu padanya. Menangis merayu depannyapun aku tak malu. Asalkan di mahu doakan aku supaya aku dapat Lailatul Qadar. Bukan senang satu malam dengan Lailatul Qadar sama dengan seribu bulan. Tahu seribu bulan berapa tahun? Seribu bahagi dua belas. 83.33 tahun. Aku tak jangka umurku boleh menjangkau 83 tahun. 

Aku terus bergerak berjalan laju ke arah si Malaikat. Dia bagi salam. Aku tiba di sisinya dan duduk di hadapannya. Dia bagi salam kedua "Assalaamualaikumwarahmatullaaaaah" dengan sebutan laah telo india dan menyapu muka dengan tangan kanannya.

"Waalaikumsalaamwarahmatullahiwabarakatuh!!!" aku jawab salam malaikat itu. 

Dia tecengang tengok aku jawab salamnya. Aku rasa macam bodoh. Lantaklah detik hati aku. Aku nak Lailatul Qadar. Aku hulur kedua-dua tangan aku. Tangan kiri aku pegang pergelangan tangan kanannya dan tangan kanan aku menggenggam tapak tangannya dengan erat sambil aku perhati mukanya. Besar dan kasar tapak tangannya macam orang bekerja kuat.  Aku tidak lepaskan tangannya. Malaikat ini macam kehairanan dengan perbuatan aku.

"Ya syeikh ya sheikh tolong doakan saya" aku bersuara selepas terdiam beberapa detik. Malaikat ini bermuka selamba.

"Tolonglah syeikh! Tolong doakan saya. Please la syeikh! Please!!" aku merayu terkeluar pulak perkataan Inggeris. Lantaklah malaikatkan tahu pelbagai bahasa. Dia tentu faham.

"Apa mau? Apa mau?" balas malaikat yang berupa macam Rajesh Khanna ini. "Doa sama saya" jawab aku pantas.

"Apa du'a?" tanyanya kembali sambil cuba melepaskan genggaman tangan aku. 

Tapi dengan menguatkan lagi genggaman tangan aku terus merayu "Doa minta Lailatul Qadar lah syeikh".

Dia kelihatan terkejut. Aku terus berkata "Saya hari-hari doa minta sama Allah itu Lailatul Qadar. Saya tak mau lepas Lailatul Qadar. Syekh mesti kasi saya dapat Lailatul Qadar". Malaikat tergengang.

"Tolonglah syeikh saya mau Lailatul Qadar" aku tetus merayu dengan masih menggenggam erat tangannya.

"Lailatul Qadar? Apa awak mau sama Lailatul Qadar?" dia bertanya kepada aku.

"Ya" jawabku "Ustaz cakap satu malam dengan Lailatul Qadar serupa seribu bulan" aku cuba menyakinkan dia.

"Betol mau sama Lailatul Qadar?" dia cuba menguji aku pula.

"Betul tuan syeikh... bhai betul.... satu malam Lailatul Qadar macam seribu bulan" aku pantas menjawab cuba meyakinkan dia dengan mengulangi ungkapan satu malam Lailatul Qadar macam seribu bulan untuk menyakinkan dia.

"Hari-hari saya doa, saya sembahyang, terawih tarak tinggal minta Lailatul Qadar.... tuan syeikh mesti tolong saya... kasi saya Lailatul Qadar" aku terus merayu.

Tiba-tiba dia berkata "Tak mau du'a... ikut sama saya saya terus kasi Lailatul Qadar ini malam jugak".

Terlepas genggaman tangannya. Aku tengok muka malaikat ini. Dia serius. Aku pulak keharainan. Dia bingkas bangun terus pegang tangan aku dan menarik aku bangun untuk ikut dia. "Mari!!!"

Aku macam orang bodoh ikut dia keluar dari masjid terus ke motosikal Honda Cub. Dia start motor. Aku tercengang. "Bhai naik!" arahnya ringkas sambil menepuk seat belakang untuk aku memboceng motorsikalnya.

Aku macam dipukau terus naik motorsikalnya. Dia menekan gear dan terus memecut. "Malaikat bawa aku naik motorsikal saja kah? Mana boraq?" detik hati aku.

"Baik-baik dudok, ini motosaikel aa" eh dia macam tahu rungutan aku tadi.

Motorsikal memecut laju melintasi deretan kedai dalam pekan dan di hujung deretan kedai motosikal terus membelok memasuk lorong terus menghala sesebuah rumah papan. Aku seperti mangsa pukau tidak tahu apa nak dikata. 

Aku lihat sekeliling. Aku rasa aku tahu kawasan ini walaupun dalam cahaya yang samar-samar. Malaikat yang berupa Rajesh Khanna ini berhentikan motorsikalnya di depan rumah dan menyuruh aku turun. Aku berdiri di sisi motornya dan memerhati gelagatnya.  

"Assalamualaikum, Sharmila.. Sharmila..." dia terus mengetuk pintu rumah sambil memberi salam dengan menyebut nama seseorang mungkin bininya dengan telo hindi.

Tiba-tiba pintu dibuka dan muncul seorang awek cun wajah iras Kajol sambil berkata sesuatu kepada malaikat ini dalam pada Hindi yang aku tak tahu apa maksudnya. Malaikat ini menoleh kepada aku dan menggamit aku ke arahnya.

Aku  masih terpaku di sisi motorsikalnya, Dia terus berjalan merapati aku dan memegang tangan aku "Mari" katanya sambil menuntun aku ke dalam rumah sambil diperhati dengan kehairanhan oleh Awek Cun Macam Kajol. Apabila berada dalam ruang tamu rumah, si malaikat melepaskan tangan aku tapi disambar pula tangan Awek Cun Macam Kajol tadi dan ditarik ke arah aku. Awek Cun Macam Kajol menurut saja.

"Ini Lailatul Qadar" kata si Malaikat pada aku sambil menunjuk pada Awek Cun Macam Kajol. Aku terasa seperti petir memanah tubuhku. Terpegun. Terkejut yang amat sangat, cuma belum rebah ke bumi. Lidah aku kelu macam kena strok. Bibir tertutup rapat macam berjahit.

"Ini Lailatul Qadar. Mau nikah sama Lailatul Qadar? Saya boleh kasi nikah sama kamu" si Malaikat terus bercakap. Aku terdiam bisu tak tau apa jawapannya.

"Saya Jeelani, Lailatul Qadar punya caca. Dia punya bapa nama Jawheer, sudah balik Uttar Pradesh, India, baru satu minggu mati sana.... Skarang Lailatul Qadar saya kena jaga." si Malaikat menerangkan dengan panjang lebar.

"Tapi kamu sudah minta itu Lailatul Qadar... saya tentu boleh kasi nikah.... kamu boleh jaga sama dia... saya belakang itu batu besar sudah boleh buang" dia terus bercakap.

Malam 25 Ramadhan aku jumpa Lailatul Qadar. Malam 27 Ramadhan aku nikah dengan Lailatul Qadar dan si Malaikat iaitu Jeelani jadi wali. Tak perlu wang belanja hangus dan hantaran bertalam-talam. Hanya bagi sebentuk cincin belah rotan harga $120/- dan bayar mas kahwin seratus ringgit. Malam tu si Malaikat Jeelani buat kenduri di masjid, jamu capati dengan dengan kari ayam.

Bapa Lailatul Qadar iaitu Jawheer dan Jelani adalah Dhobi Walla atau Tukang Dobi. Bapa dan mak Lailatul Qadar balik India urus harta di sana dan ditakdir Allah bapanya meninggal. Maknya tak mahu balik ke Malaysia. Jadi si Malaikat Jeelani yang kena bela anak saudarnya. Apabila aku dok merayu minta Lailatul Qadar diapun bagilah. Boleh lepas tanggungjawabnya.

Sekarang aku bahagia hidup dengan Lailatul Qadar @ Awek Cun Macam Kajol. Aku pulak dah ambil alih pekerjaan keluarganyanya. Tapi aku dah ubah buat laundry service di beberapa bandar.

Memang tepatlah SATU MALAM DENGAN LAILATUL QADAR SERUPA SERIBU BULAN. Ha.. ha.. ha.. Nak tengok wajah bini aku @ Lailatul Qadar hangpa tengok di bawah:-





Jumaat, 19 Ogos 2011

30 Ribu Sertai Demo Perkasa di Masjid Negara....

30 ribu diimpikan oleh pemimpin Perkasa untuk berdemo. Tapi yang ada 3 puluh orang saja.. Hah3... hah3... hah3.... kesian. Tapi yang hadirpun muka 'pecah ghumah' aje.




Mahkamah Rayuan & Hakim Ramly Ali Lagi?

Aku heran dengan keputusan kes kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh ni. Mahkamah Tinggi isytihar kosong. Mai di Mahkamah Rayuan depa kata tak kosong pulak. Banyak juga kes pelik-pelik macam ni, Mahkamah Rayuan macam suka dok ubah keputusan Mahkamah Tinggi. Macam ni aku yang tak sekolah undang-undangpun tau jadi hakim.

Aku sebagai rakyat Malaysia (yang bukan dapat kerakyatan pasai aku mai dari Indonesia, Burma, Filipina, Kemboja, Pakistan dan Bangladesh) aku rasa pelik. Memang pelik. Tak dak yang lebih pelik dengan keputusan kes-kes yang melibatkan BN dan UMNO Jahanam.

Lagi pelik dengan hakim-hakim yang lebih besaq dari Hakim Mahkamah Tinggi. Bila aku baca keputusan penghakiman Hakim -hakim Mahkamah Tinggi aku sebagai rakyat Malaysia (yang mak pak tok nenek aku beranak di Tanah Melayu) ni rasa betoi keputusan depa.

Tapi bila baca keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, aku pulak rasa hakim-hakim ni punya keputusan macam depa ni bukan hakim yang lebih tinggi pangkat dari hakim Mahkamah Tinggi.  Tapi lagi koman macam Majistret yang baru kerja lepas grad dari sekolah undang-undang. Ataupun Hakim Mahkamah Rayuan ni dilantik dan dinaikkan pangkat dari kalangan Hakim Mahkamah Tinggi yang cikai, penakut serta pembodek UMNO Jahanam. Atau ada tangan yang tetapkan hakim mana yang boleh dengar kes ni.

Dulu dalam kes rampasan kuasa oleh UMNO Jahanam dan pemecatan Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak, Hakim Mahkamah Tinggi dah menangkan Ir Nizar. Dok esok pagi depa pi Mahkamah Rayuan jumpa si Ramly Ali sorang saja terus gantung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Pelik oooo. Sorang saja Hakim Mahkamah Rayuan boleh bersidang gantung keputusan bagi balik kerusi kat Mamak Pedukang Zamry Kadiaq.

Rayuan kes ADUN Kota Seputeh yang baloq dan pemalaih ini pun si Hakim Ramly Ali terlibat jugak. Ramly Ali jugak..... Ramli Ali jugak...


Ramly Ali
Cuba semak profil si Ramly Ali ni di sini........ Cuba tengok cerita di MK......, atau MI.....; atau Siasahdaily

Selasa, 16 Ogos 2011

Mencari Ringgit Ke Syurga

INI HANYA HIASAN











MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI
 - meloya

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.

Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:

kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang

maka

akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri

tetapi

dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta 

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957 



Tukar Tiub