Jumaat, 22 Oktober 2010

Datuk Bercucu

Aku baca kertas akhbar NST pagi ni. Dalam ruang Letter ada satu surat dari sorang hamba Allah yang cadangkan dibuat kategori bagi pengurniaan darjah kebesaran yang dibagi oleh Agong, Sultan2 dan Gebenor2. 

Yang lawaknya dia cadangkan supaya penerimanya dikategori seperti Datuk Wira untuk tentera dan polis, Datuk Hormat untuk ahli politik, Datuk Setia untuk pegawai awam yang setia , Datuk Bakti untuk pekerja kebajikan, Datuk Jaguh untuk ahli sukan dsbnya.

Dia ni dah tak dak kerja kot dok pikiaq benda-benda ni.

Yang pasti ada satu lagi gelaran yang orang mandul tak boleh dapat iaitu DATUK BERCUCU.

NST - State Awards: Cerate special categories

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.