Jumaat, 23 September 2011

Kesian Kakak Ni...

Tak tau nak kata apa.... Kesian kat kakak ni...

Tapi tengok gambar lawyer mamak di bawah ni aku teringat orang suka cakap "never trust a lawyer". Boleh percayakah layyer mamak tu? Ada putaq ka?


Setelah sekian lama terpendam, Balu Sarbani luahkan isi hatinya...

Ong Vic Kee dan Chen Shaua Fui | Sep 22, 2011 06:28:30 pm

 
"Selama ini saya diam saja, tapi hari ini saya rasa terpanggil nak bagi tahu semua orang apa yang terpendam dalam isi hati saya.  Mungkin dengan cara ini, saya boleh tenang..."

Demikianlah kata-kata Maziah Manap (gambar kanan), balu Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed kepada MerdekaReview, apabila mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini, sebelum keputusan inkues diumumkan pada 26 September akan datang.  Maziah Manap terpanggil untuk menyanggah spekulasi peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhamad Shafee Abdullah, bahawa suaminya cuba melarikan diri.

"Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya.  Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya," beliau berkata sedemikian dalam kenyataan medianya.

Beliau menambah, "Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah.  Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam."
Selain itu, Maziah Manap yang beberapa kali menghadiri inkues kematian suaminya berkata, dirinya "confused" (terkeliru) dengan kenyataan yang berbeza daripada sesetengah pihak.  Misalnya, Pengarah Wilayah Persekutuan SPRM pernah memberitahunya bahawa suaminya "rebah", namun berkata suaminya "jatuh" ketika di mahkamah.  Maziah tidak mempunyai bukti, kerana beliau diberitahu melalui panggilan telefon, dan bukannya pesanan ringkas (sms).

Yang berikut adalah teks penuh kenyataan Maziah Manap


Saya adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed.  Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011.  Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup.

Itulah gambaran dan kesimpulannya apabila peguam SPRM, Muhammad Shafee Abdullah (gambar kiri), mengeluarkan kenyataan akhbar pada 12 September 2011 bahawa SPRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana suami saya meninggal dunia apabila cuba melarikan diri untuk berjumpa kawannya supaya pernyataan mereka kepada SPRM dapat diselaraskan.  Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya suatu fakta hakiki.

Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya.  Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya.

Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah.  Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam.

Baru hari ini telah keluar berita tentang penangkapan tiga orang pegawai tinggi SPRM termasuk seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya yang menyalahguna kuasa mereka dan "merompak" money changer di KLIA untuk sejumlah US$300,000 (RM900,000).  Kejadian pada 15 September 2011 hanya terdedah setelah dilaporkan oleh media alternatif.  Sebaliknya cerita berkenaan suami saya dihebahkan secara meluas.  Inikah ketelusan yang boleh diharapkan dari SPRM, PDRM dan media arus perdana?

Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga.

Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa:

a) tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah;
b) tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri;
c) tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten;
d) pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya dimana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan
e) pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.

Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan.  Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami.



MerdekaReview - Setelah sekian lama terpendam, Balu Sarbani luahkan isi hatinya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.