Rabu, 6 Mac 2013

Betulkah Najib Upah Sultan Sulu Untuk Serang Lahat Datu?

Semua orang yang aku jumpa dan bersembang, kecuali orang bangang penyokong UMNO, kata kejadian pecerobohan di Lahat Datu adalah wayang, sandiwara, lakonan, opera dan drama. 

Depa kata Najib upah Sultan Sulu yang tak berdaulat dan tak berduit untuk kerah pengikut-pengikut di Filipina dan yang dah ada di Sabah untuk buat sandiwara ni. Depa kata lagi, pengikut ni tak tau yang Najib upah Sultan Sulu. Konon jihad!

Betoikah ceritanya Sultan dudok di Filipina, pengikut susah payah di Lahad Datu kena tembak dan kena tangkap? Sultan Sulu dapat habuan. Pengikut mati katak. 

Kalau betoilah macam tu polis, tentera dan rakyat Malaysia yang nanya. Polis kena buat kerja lebih dan anggotanya mati. Tenterapun kena kerah. Rakyat pula kena tanggung belanja operasi ni dan tanggung pencen anggota yang mati. Najib nak tunjuk prihatin naikkan pangkat depa pulak. Awat masa depa hidup tak penaik pangkat depa?





INI MAKNA LAHAD DATU
  LAHAD DATU 
RANCANGAN UNTUK 
MENGOLAH PERSETUJUAN


SANDIWARA  AL - LAHAD DATU
Untuk sementara waktu saya meminta  para pembaca jangan ketawa apabila  terbaca berita bahawa Lokman Adam sebenarnya  ialah penasehat Sultan Sulu. Pemimpin Tertinggi  Pemuda United Malays National Organisation ini memang sosok yang hebat.  Malah si Lokman Adam ini telah dianugerahkan oleh Sultan Sulu satu derajah kebesaran.  Derajah yang bernama  Datuk Seri Panglima ini pada hemat saya lebih tinggi derajatnya dari  Kampong Datuk Panglima Garang di  Jalan Kebun.
Saya juga meminta para pembaca untuk melupakan seketika  berita tentang Datu  Akjan Ali Muhammad yang hendak dibuang keahlian dalam  parti  United Malays National Organisation. Atau gambar Najib Razak  bersama Sultan Sulu yang menjadi tamu Najib. Sultan Sulu tekah dijemput hadir ke  Perhimpunan  Agong United Malays National Organisation tahun lalu.
Saya juga meminta para pembaca agar jangan marah  atau naik berang dengan  kenyataan terbaru  dari Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Anak Lelaki Iskandar Kutty ini baru sahaja membuat seruan kepada Najib Razak agar ‘penceroboh’ di Lahad Datu diberikan ‘tendangan  lebih keras’ untuk menghalau mereka keluar. Wal hal yang memberikan kad pengenalan segera kepada  ‘peceroboh’ ini  adalah Mahathir sendiri.
Apa yang saya ingin lakar kali ini ialah pelbagai SANDIWARA telah dipentaskan dalam negara kita. Kes-kes yang akan saya lakarkan disini semuanya melibatkan siasatan oleh pihak berkuasa. Kes–kes ini tidak ada babak penamat – goncang-goncang tapi tak pancut. Maka saya masukan kes-kes ini  ke dalam jilid : Sandiwara Akan Disambung  Hari ini  terbukti sandiwara-sandiwara yang  telah dipentaskan  bertujuan untuk mengolah persetujuan dan merancang ajenda politik pada ketika ianya dipentaskan.

 
Sebelum saya pergi jauh biar saya terangkan apakah maknanya sandiwara dalam konteks politik. Minggu lalu saya telah menulis tentang memasang bendera salah atau ‘false flag’. Ini taktik  yang dilakukan oleh lanun. Mereka melanun  dan merompak tetapi  kapal mereka memakai bendera orang lain.  Yang lain buat kerja jahat yang lain akan dituduh.
Saya gunakan SANDIWARA  agar semua Mak Cik dan Pak Cik Felda akan faham. Tak perlu guna bahasa pelik-pelik. Jika saya tulis  - sandiwara - maka semua orang  tahu bahawa sandiwara ini dilakunkan. Dalam sandiwara penulis skrip dan ada pengarah lakonan. Sandiwara bukan betul-betul berlaku. Tujuan asal sandiwara untuk menghibur.  
Tetapi dalam  istilah politik moden Malaysia – sandiwara dipentaskan -   bukan untuk menghibur tetapi untuk mengolah persetujuan orang ramai. Sandiwara dipentaskan agar satu ajenda politik dapat dilahirkan diakhir pementasan. 
Contoh jelas pada tahun 2003 Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty menangis ketika mengumumkan perletakan jawatan. Ini sandiwara. Tujuan Mahathir   menangis ialah untuk meraih simpati dari Bani Melayu.  Jangan kita lupa Mahathir  ini sering menangis.  Mahathir sering buat muka sepuluh sen. Semua ini sandiwara untuk menipu Bani Melayu agar Mahathir dapat terus merompak harta kekayaan negara ini.

2 ulasan:

  1. Sandiwara pihak atasan UMNO... ahli umno bawah-bawah tu tak tau apa-apa hanya tunggu upah pasang bendera. Kesan sandiwara tersebut adalah puluhan nyawa di pihak PDRM, Kesultanan Sulu dan rakyat.

    Yang terbunuh tu adalah betul-betul, anggota yang terbunuh tak tahu apa-apa hanya menurut perintah atasan mereka atas kepercayaan mereka berada di pihak yang benar dan mereka berkhidmat dengan ikhlas.

    Ketahuilah bahawa UMNO adalah penganut ajaran Machiavelli di mana MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...walaupun perlu mengorbankan banyak nyawa.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.