Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan

Selasa, 7 Mei 2013

PAS Mesti Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor

Aku tengok dalam blog-blog pro PAS tertentu dah keluar ayat-ayat yang mau PAS ambil jawatan Menteri Besar Selangor. Ada juga dalam blog dan FB puak-puak yang UMNO yang dok cucuk mengatakan wakil PAS layak jadi MB pasai PAS parti Islamla, lebih dipercayaila, hak PASla pasai bilangan kerusi lebih dari PKRla. Itu semua sokong bawa rebah.

Aku mohon kepada Presiden PAS supaya jangan kacau ganggu untuk ambil jawatan MB Selangor bagi kat wakil PAS. Biarlah Khalid Ibrahim teruskan. PAS boleh minta jadi Timbalan MB pasai di Selangor kalau tak silap aku ada peruntukan untuk jabatan TMB. Tak payah berkeras untuk jawatan MB.

PAS kena ingat kerusi PAS bertambah bukan pasai PAS. Tapi pasai kerjasama dalam PR. Faktor Khalid Ibrahim yang berkerja keras dan tegas yang menarik sokongan dan kepercayaan pengundi. Jadi biarlah Khalid jadi MB.

Kalau ada anasir-anasir lain pulak dalam PKR yang nak ambik jawatan tu, PAS mesti pertahankan Khalid Ibrahim.

Ingat!!! Selain dari Kelantan, PAS dah teraju dua negeri iaitu Terengganu dan Kedah. Tapi kedua-dua negeri ni hanya bertahan satu penggal saja. Demi kesepakatan dalam PR dan untuk menawan Malaysia, PAS jangan tamak dan gila kuasa.


Sabtu, 4 Mei 2013

Di Semenanjung Tanah Melayu BN Hanya Menang 3 Negeri, Putrajaya Habuan PR


Aku sembang dengan orang tertentu yang dapat maklumat dari risikan dan depa bagi tau BN hanya boleh menang di 3 negeri saja di Semenanjung Tanah Melayu. Negeri mana depa tak bagi tau. Sendiri kira dan sendiri agaklah.

Aku buat perkira dan semakan, aku yakin dengan izin Allah SWT Pakatan Rakyat akan mengesuai semenanjung. PR akan tambah lagi negeri ke dalam genggaman depa.

Jika PR menguasai lebih dari seratus kerusi parlimen di Semenanjung dan dapat merampas beberapa kerusi seperti yang dijangka di Sabah dan Sarawak, insyaAllah BN bungkuih dan wajib tinggalkan Putrajaya. 

Maka teriak menangis guling-gulinglah si Mahadet dajai tua pasai BN kalah dan dia pulak banyak buat salah selama 22 tahun.  Itu sebab la ni dia hari-hari siang malam pagi petang dah macam orang gila dengan rambutpun dah tak bersikat dok kempen sana sini untuk menangkan BN. Mahadet boleh pangsan dan teruih koma jika BN kalah!

Tapi jangan over confident, BN khususnya UMNO macam orang jahat dalam filem hindustan. Depa akan berusaha buat kerja jahat hingga saat-saat akhir. Usaha akhir depa adalah menentukan orang-orang Indon, Bangla, Nepali, Burma, Filipino dll dapat buang undi. Penyokong PR mesti menutralkan undi depa.

Jadi penyokong PR mesti pastikan dalam apa jua keadaanpun mesti turun buang undi. Berapa jauh dudukpun wajib balik mengundi. Yang sakit mesti diusung, yang buta dituntun, yang pekak ditunjuk, yang papa diangkut dan yang baloq diheret untuk ke tempat mengundi.

Selamat mengundi. Ubah. Selamat berkerajaan baru. Allahuakbar.

Rabu, 3 April 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013

Punyalah lama tunggu sampai cemuih.... baru hari ni Najib umum. Aku ucapkan Selamat Jalan BN dan UMNO. Pergi mampuihlah lu orang. Jadi pembangkang. 

Lain kali kalau puak-puak Pakatan Rakyat jadi liaq macam hampa kami tendang depa pulak!


Isnin, 25 Februari 2013

Lim Guan Eng Kata Najib Bodoh dan Bangang!

Walaupun KM Lim Guan Eng tak sebut yang PM Najib Razak itu bodoh dan bangang tapi apabila dia kata Najib tak layak jadi Perdana Menteri kerana menggunakan perkauman dan memainkan sentimen ekstrimis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam, maka bagi aku maksud tersiratnya  Najib Razak memang bodoh dan bangang.

Orang bodoh dan bangang mana boleh jadi Perdana Menteri. Orang bodoh dan bangang saja yang akan mainkan isu perkauman dan agama. Orang bodoh dan bangang saja menambahkan hutang negara. Orang bodoh dan bangang saja yang takut kepada isteri. Orang bodoh dan bangang saja tak tau bila nak buat pilihanraya.


Apa bukti DAP tindas agama Islam?




Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.

Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.

Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.

Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.

Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.

Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.

Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?

Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi.

Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.

Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang  boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara. 

Selasa, 5 Februari 2013

Tereka Kok DAP - Dare To Try

Wah Teresa Kok dengan video Tahun Baru Cina - Dare To Try. Boleh berlakon jugak Teresa Kok ni. Syabas!

Part 1



Part 2




Selasa, 22 Januari 2013

Tutup Biro Tata Negara!

Biro Tata Negara ringkasnya BTN wajib ditutup. Sapa tutupnya? UMNO Jahanam atau BN mati hidup balikpun depa tak mau tutup BTN yang belanja kerajaan tapi jadi barua UMNO. Kita tak boleh harap UMNO tutup BTN pasai BTN amat berguna pada depa.

Tapi bolehkah kita harap Pakatan Rakyat untuk tutup BTN jika depa ambik aleh Putrajaya? Bolehkah harap Anwar Ibrahim dan PKR tutup BTN? Boleh percayaka PAS nak tutup BTN? DAP mau tutup BTN ka? Aku rasa depa semua tak mau tutup BTN. 

Depa akan gunakan BTN pulak. Aku tak pernah dengaq Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Lim Guan Eng berjanji dalam ceramah depa nak tutup BTN. Kalau serbu depa lepaih ceramah, tanya depan-depan masa depa nak naik kereta, jawapannya "akan kaji" atau "kita akan bincang".

Bagi aku kerajaan yang berkuasa tidak boleh menggunakan agensi kerajaan dengan menggunakan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan untuk mempromosi pemimpin dan agenda parti politik.  Tak kiralah parti apa. Aku tak mau BN bungkuih PR berkuasa BTN tetap BTN. Cuma ditukar pegawai dan fasilitator yang ada yang pro UMNO dengan yang pro PR pula. Ni semua kerja leceh. Hangpa nak bagi rakyat sokong hangpa semua hangpa buat kerja betoi-betoilah! Rakyat  bukan buta!

Bukan kata BTN, Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA juga wajib ditutup. Boleh jadi KEMAS atau Jabatan Kemajuan Masyarakat mungkin boleh "tune" untuk betoi-betoi buat kerja untuk kemajuan masyarakat. Tapi BTN dengan JASA ni tarak guna langsung! Cuma jadi tempat depa buboh bagi kerja kat calon-calon yang kalah pilihanraya atau bekas YB yang dipujuk supaya tak bertanding. 

Ingat!!! PR tak boleh buat macam tu!

Apa kata Saudara Anwar Ibrahim, Tuan Haji Hadi Awang dan Brother Lim Guan Eng semasa ceramah dan kempen pilihanraya berjanji untuk tutup teruih BTN dan JASA. Dah tu kena janji tutup betoi-betoi, jangan pi bukak jabatan dan ajensi nama lain pulak. Jangan buat leceh ha! Luku kepala baru tau! 

Jangan dalam tahun 2017 ada ceramah tertutup untuk budak sekolah dok perbetoi PR macam di bawah ni pulak....




Jumaat, 16 November 2012

Melayu Umat Pilihan Tuhan Macam Yahudi!

Dalam tahun 1981 aku telah dipaksa sertai kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara. Masa itu BTNpun baru dua tiga hari wujud bawah Jabatan Perdana Menteri. PM pulak Mamak Pedukang Mahathir a/l Mohammed Iskander Kutty baru angkat sumpah selepas buat komplot tendang Hussin Onn.

Pelajar Melayu tingkatan 4,5 dan 6 yang kononnya ceredik dan berpotensi serta berbakat jadi pemimpin dipilih dari sekolah-sekolah tertentu untuk latihan kepimpinan kononnya! Aku ni mungkin bijak (he he) telah ditunjuk oleh guru Melayu yang jadi ejen mereka. Pengetua bukan Melayu tak tau apa tujuan dan matlamat kursus itu dan dia luluskan belanja tambang dan duit poket untuk pelajar yang terpilih.

Dalam satu sesi cuci otak oleh anasir-anasir ketuanan Melayu dalam dalam kursus itu, dikatakan Melayu di Malaysia adalah satu bangsa yang spesial di dunia ini. Orang Cina, India, Jerman, British, Belanda, Siam dan lain-lain dalam negeri massing-masing tak sama macam Melayu di Malaysia. 

Martabat Melayu itu sama macam Yahudi. Apabila sebut Yahudi bermakna orang itu mesti berbangsa Yahudi dan beragama Yahudi. Yang spesialnya Melayu itu pula, apabila sebut Melayu orang itu tentulah berbangsa Melayu dan ugama mesti Islam. 

Kalau orang Yahudi menganggap bangsa Yahudi adalah umat pilihan Tuhan, maka kita orang Melayu juga adalah umat pilihan Tuhan sebab bangsa Melayu itu Islam. Jadi orang Melayu mesti berbangga. Anasir ketuanan Melayu inipun bagilah pelbagai dalil untuk menyokong dakwaannya seperti kedudukan istimewa Melayu dalam perlembagaan, istilah dan makna Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan macam-macam auta lagilah.

Anasir ketuanan Melayu dari BTN yang dok hurai pasai Melayu ini aku nampak kulit gelap dan rupa macam keling tebaq roti canai, cuma dia hari tu pakai kemeja kaler pink siap ikat tali lehiaq. Kalau dia pakai baju "kancin prakk" dengan kain pelikat kotak haluih gulung sampai betih, aku mesti kata dia ini baru turun dari kapai MV Chindabaram di Swetenham Pier, Penang baru sampai dari Madras. 

Sambil dia dok cakap dia pegang gambar Mamak Pedukang Mahathir a/l Mohammed Iskander Kutty yang ber"side-burn" panjang dan lebaq. Kenalah dua-dua Mahathir dengan dia ni keling mengaku Melayu dok auta orang!



Sejak itu aku jadi meluat dengan ketuanan Melayu! Pi mampuihlah ketuanan Melayu! Kawan aku pulak kata BTN tu Batang Tak Naik! Ha ha ha ha

Isnin, 8 Oktober 2012

Utusan minta ampun kat Teresa Kok DAP

Bodoh punya Utusan. Dok pong pang pong pang tulis fitnah macam-macam kat Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka. Lepaih tu dok hasut orang Melayu benci PR, Cina dan Hindu pasai parti yang Utusan dokong dah nak lingkup. Lingkup cepat-cepatlah UMNO. Lepaih tu Utusanpun bungkuih sama.

Utusan ini kerja dok kena saman saja! Kali ni takut punya pasai depapun minta maaf kat Teresa Kok. Padan muka! Nasib baik Teresa Kok tak mintak hakim suruh Ketua Pengarang mai tunduk hormat cium tangan dia. Kalau tidak baru riuh 1-Malaysia edaq gambaq KP Utusan tunduk cium tangan Teresa Kok. Pembela melayu cium tangan amoi cina. Bodoh punya Utusan! Bangsat! Gampang!




Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.
um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah
diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.

Khamis, 2 Februari 2012

Hello Murad Mamak Merican! Jangan Lupa BN/Perikatan Perintah Penang Sejak Merdeka.

A Murad Merican seorang Melayu keturunan Mamak Merican adalah seorang Professor di Universiti Tekonologi Petronas (UTP) telah bangkitkan hal Melayu Pulau Pinang dan cadangkan ditubuh satu suruhanjaya untuk warisan melayu Pulau Pinang.

Alasan yang dia bagi banyaklah dan ada 11 langkah untuk selamatkan warisan melayu di Pulau Pinang. Kononnya takut jadi macam Singapura (Singapore lagi disalahkan!!). Aku rasa hal ni berkaitan dengan isu di Batu Uban yang mana kampong Melayu dan masjid lama akan dipunggah oleh pemaju.

Sumber: Bujang Susah
Aku malas nak layan hal Melayu Penang ni. Dulu hujung 80an dan awal 90an aku kerja di Penang, memang banyak kampung-kampung di keliling Georgetown dipunggah dan dibuat pembangunan. Akupun terlibat sama, nak buat macamana aku pegawai syarikat pemaju. Ada yang dijadikan kawasan komersil, perumahan dll. 

Lagi satu aku meluat dengan mamak melayu penang sebab mereka jenis berlagak, hidung tinggi, perasan baguih, tak sedar diri, cakap besar dan suka perleceh melayu negeri lain sebab dudok di hulu. Pernah seorang tua guard tempat aku yang pencen drebar bot di pelabuhan tanya aku, "Dulu 'map-ple' kerja di Kedah sablah Sungei Petani tu ada jalan tar macam ni ka?" sambil tunjuk jalan depannya. Aku jawab dengan tanya dia "Mamu berapa kali keluar pi Kedah?" Jawabnya "Dua kali, Kedah tak besa sampai takat Kepala Bataih saja, sekali tu pi Singapore". Tu dia seumur hidupnya dua kali saja keluar dari pulau. Patutlah perak.

Tapi punca boleh berlakunya satu persatu kampung Melayu hilang adalah duit dan kuasa. Duit diterima oleh penduduk dan dalam masa yang sama orang Melayu yang berkuasa di Penang yang menggalakkan berlaku hal ini. Mereka adalah ahli politik dari parti UMNO.

Orang UMNO di Penang tentunya Melayu walaupun wajah mereka macam mamak tebar roti canai tapi mereka tetap mengaku Melayu. Mereka inilah yang menjadi barua. Merekalah yang memujuk orang kampung. Mereka jugalah yang takutkan orang kampung kalau pujukan tak laku. Merekalah penjual tanah-tanah Melayu di Penang. Kadang-kadang komisen mereka cukup besar. 

Sumber:  Bujang Susah

Cuba tanya Ibrahim Saad, apa dia buat semasa jadi Timbalan Ketua Menteri. Dia dan kuncu-kuncunya pun pandai pujuk orang Melayu. Gabenor Penang sekarang dulu politikus UMNO jugak. Hilmi Yahya & Sharip Omaq jadi TKMPP buat apa? Buat rumah besar ka? Ramai kalau nak senarai bekas-bekas exco Melayu dari dulu hingga BN kalah pada 2008. Apa mereka semua buat? Kenapa mereka tak usaha bantu orang Melayu?

Bagi aku Prof A Murad Merican sudah terlambat dan isu tubuhkan suruhanjaya ini. Dia patut suarakan hal ini di zaman Wong Pau Nee atau Lim Chong Eu atau Koh Sukun. Tapi apa dia buat? Hayun teloq ka? Apakah kerana UMNO telah jahanam di Penang dan akan jahanam selama-lamanya di Malaysia, baru dia berani bersuara?


Ahad, 29 Januari 2012

Kerja Bengong Haron Taib Bela Azizan...

Cakap banyakpun tak guna elok dikata bodoh dan bengong saja. Jadi Ketua Dewan Ulamak tapi akai malaih nak pakai. Kalau bela Azizan hal pelaksanaan dasar yang dikacau oleh PKR dan DAP tak pa jugak la. Ni bela si Azizan hal AktaUniversiti & Universiti Kolej (AUKU).

Patutlah si Haron Taib ni termasuk dalam golongan Kerajaan Perpaduang.


PAS ulama chief tells PKR, DAP to respect Azizan’s views

January 29, 2012
KUALA LUMPUR, Jan 29 — Datuk Haron Taib has defended Datuk Seri Azizan Abdul Razak’s move to stand by the University and University Colleges Act (UUCA), saying such a decision was the prerogative of the Kedah mentri besar. 
The PAS ulama chief was quoted by theNews Straits Timesas saying that Pakatan Rakyat (PR) partners DAP and PKR should respect Azizan’s views on the issue. 
“Azizan is the mentri besar and has the right to make any decision, regardless of whether others are happy with it. 
“It is easy for PKR to criticise us as they are not in Azizan’s position,” Haron was quoted as saying. 
Haron said that PAS should have the freedom to act on its own, and that it did not need to agree with everything that its other PR partners had said. 
“Although we are in a pact, that does not mean we have to agree with everything that the other party says, we must have the freedom to act on our own,” he said. 
Azizan (picture) had previousLY been criticised by constitutional expert Prof Abdul Aziz Bari for defending Kolej Universiti Insaniah (Kuin)’s suspension of five students under the UUCA in May last year, something which Azizan has said he is willing to be sacked for. 
The five Kuin students were hauled up before a disciplinary committee on May 25, 2011 for breaching the UUCA by participating in a demonstration, making speeches with loudspeakers and holding a press conference to protest the use of a religious teaching block to house a smart school. 
Mohd Faiz Mohd Arshad was suspended for two semesters while the rest were barred for one semester and given warning letters. 
Although the suspension was meted out nearly eight months ago with four of the five having already served their one-semester bans, the activists have continued to pursue the matter in court. 
However, the Kuala Lumpur High Court postponed the January 18, 2011 hearing on the suit to challenge the suspension without giving a new date. 
PAS has demanded Azizan explain the suspension of the five students during its central leadership meeting this coming February 12.

Rabu, 18 Januari 2012

Anwar Ibrahim Mesti Ubah Masa Yang Diubah Mahathir

Pagi ni aku hantar anak-anak ke sekolah. Sampai sekolah jam 7.05 pagi. Suasana masih gelap.  Lampu jalan dalam kawasan sekolah masih terpasang. Kalau tak pasang lampu jalan dan lampu dalam bilik kelas tentu gelap gelemat.

Suasana ni tidak sama semasa aku sekolah dulu. Pukul 7.05 pagi pada masa itu dah terang benderang. Berjalan kaki dari rumah ke sekolah dalam suasana yang cerah. Tak dak rasa takut terutamanya bagi budak pompuan.

Tapi pada tahun 1982, si Mamak Mahathir telah mencepatkan setengah jam dari dari waktu pada masa itu untuk diseragamkan dengan Sabah dan Sarawak. Ramai orang bising, tapi perangai Mamak Mahathir buat badak tak peduli tentangan orang. Sebelum Perang Dunia Ke-2 British kapiaq dah percepat setengah jam jugak.

Mamak Mahadet bagi alasan kononnya rakyat Malaysia bila dicepatkan masa akan bangun berkerja lebih awal dan waktu petang lebih panjang dan masa bermain lebih pulak!!! Alasan bangang dari Mamak Tongkang yang mengaku Melayu.

Jam Rolex PAS

Tapi tahukah Mamak Mahathir waktu subuh jadi lewat lebih-lebih lagi pada bulan Januari, Februari & Mac tiap-tiap tahun. Di Ipoh masuk waktu subuh pukui 6.09 pagi. Surau masjid azan dan solat Subuh berjemaah ambik masa 1/2 jam. Jemaah jadi kelam kabut. Mana nak solat subuh mana nak siapkan anak sekolah. Aku tengok ramai jemaah yang anak bersekolah (termasuk aku) sehabih saja bagi salam semua bangkit balik. Tinggallah yang tua-tua berwirid dan berdoa.

Ini semua Mahadet mana tau. Mamak tua ni bukan kaki masjid. Aku berani kata dia bukan kaki masjid !!! Dia munafiq ketegaq. Dia mana tau masalah ni.

Bagaimana dengan murid sekolah yang kena keluar rumah sebelum subuh? Cuba perati di Kuala Lumpur ramai pekerja dan murid sekolah dah bergerak sebelum subuh. Di mana mereka solat subuh? Itu punca masyarakat makin hanyut Islamnya.

Tugas Anwar Ibrahim sekiranya jadi Perdana Menteri mesti tukar waktu. Ikut zon waktu. Waktu di Malaysia dah dicepatkan 1 jam. Cuba bayangkan waktu Malaysia sama dengan Beijing. Pukui 6.00 pagi matahari dah terbit di Beijing.

Waktu tak boleh diselaraskan. Negera besar ada banyak zon waktu. Kita kalau nak megah negara kita besar kita kena ada banyak waktu. Biarlah di Malaya lain waktunya dengan Sarawak dan Sabah.

Selasa, 4 Oktober 2011

Pembakar Jambatan Merapu...!!!


Guan Eng: Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan

Lim Guan Eng | Oct 04, 2011 09:31:34 pm

 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin.  Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia.

Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Najib Razak pada 29 September 2011.  Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri.

Kenyataan Rais (gambar kanan) bahawa beliau seorang sahaja menggunakan Bahasa Kebangsaan dan sedikit sahaja Bahasa Inggeris adalah tidak benar.  Saya juga turut bercakap menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.  Mengapa Rais tidak menyebut bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?  Jika Rais tidak berasa gembira dengan program yang dianjurkanoleh Kolej Han Chiang, mengapa beliau tidak menyampaikan rasa tidak puas hati tersebut kepada Han Chiang?  Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang?

Sebaliknya Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan Kerajaan Negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta.  Kenyataan palsu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Malaysia.  Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional.  Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut.

Jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pianng yang dihadiri beliau tidak menggunakan Bahasa Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut.  Walau bagaimanapun sekiranya beliau gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut.  Jika tidak, beliau akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan.  Walaupun pilihan raya umum dijangkakan menjelang tiba, pembangkitan isu perkauman bukan sahaja satu cubaan terdesak tetapi juga perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Walaupun BN mahu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kemenangan ini harus bermaruah dan berdasarkan kebenaran, bukan pembohongan.

Saya terkejut dengan serangan terbaru BN terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan peribadi saya sendiri.  Saya tidak akan membalas serangan peribadi Rais terhadap saya.  Serangan Rais ini mengekori laporan merapu dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober 2011 bahawa ada kemungkinan yang saya telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam.  Laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaan saya kepada negara.

Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash.  Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR di Australia?

Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu.  Apa kata anda?

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.



Jumaat, 23 September 2011

Betulkah Borang Mohon Kerakyatan Diambil & Diserah Di Kedai Kopi Saja?

Aku dengar kawan baik pada anak tiri pak penakan adik ipar sepupu aku bagi tau yang Mat Indon IC merah (penduduk tetap) isi borang mohon kerakyatan di kedai kopi saja dan ambik MyKad pun di situ dalam Negeri Selangor. Betoi ka?

Patutlah Najib confident saja boleh rampas Selangor.


DARI LIDAH PENGARANG



BANGUN DAN LAWAN





SIMPANAN TUNAI SELANGOR RM1.1 BILION REKOD 28 TAHUN 
– harakah daily

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.



KOMENTAR TUKAR TIUB

Syabas kerajan Pakatan Rakyat di Selangor. Tahniah !

Ini terbaik. Selama 28 tahun gerombolan United Malay Nationnal Organisation telah merompak peti khazanah Selangor.

Tetapi awas dan waspada!

Mentabir sebuah kerajaan bukan sama seperti mentabir sebuah syarikat perniagaan. Mentabir sebuah kerajaan memerlukan lebih dari telus, lebih dari bertangung jawab, lebih dari berhemah dan berhemat. Telus , baik dan jujur adalah nilai yang amat amat diperlukan untuk menjaga Masjid Nabi tetapi mentabir kerajaan memerlukan realpolitik - politik yang dieja dengan huruf k.

Rakyat biasa tidak arif apa dia surplus budget. Rakyat biasa tidak faham apa itu bank akoun. Rakyat biasa tidak ambil pot bagaimana sesebuah kerajaan di tadbir. Tetapi mereka naik stim apabila membaca bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ada 1.1 bilion ringgit. Dalam masa yang sama mereka akan naik bengang apabila hidup mereka tidak ada perubahan. Apabila mereka selalu dipindah-pindahkan. Apabila tanah mereka dirampas.

Hakikatnya apabila warga mendengar Selangor ada 1.1 bilion ringgit maka mereka juga ingin berjoget sama – they want a peice of the action. Ini lah hakikat real politik. Ini hakikat realpolitik di seluruh dunia bukan hanya di Malaysia.

Kalau mentabir sebuah syarikat – berita ini akan dilihat amat berjaya. Apabila pemegang saham diberitahu bahawa telah terkumpul 1.1 bilion ringgit dalam simpanan mereka akan tersenyum lebar. Pemegang saham amat gumbira kerana perlaburan mereka membawa keuntungan. CEO dan semua Pengarah Syarikat pasti akan mendapat bonus besar. Pemegang saham dengan berbesar hati melantik kembali CEO dan Pengarah untuk terus mengendalikan syarikat ini.

Dalam real politik ini tidak berlaku. Dalam real politik Malaysia dan dunia ketiga pentabiran yang telus akan dimusuhi.

Apakah terlupa ucapan Najib – Selangor wajib dirampas kembali. Rancangan merampas Selangor ini tidak ada sangkut paut dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang jujur dan telus. Kenyataan Najib ini tidak ada sangkut paut dengan bertambahnya duit simpanan dana Selangor.

Malah bayangkan bagaimana air liur Khir Toyo, air liur Mat Ezam dan air liur Noh Omar meleleh apabila membaca berita bahawa kini di Selangor ada tersimpan 1.1 bilion ringgit tunai.

Bayangkan juga bertapa buntangnya mata para Gerombolan dan ketua ketua bahagian United Malay National Organisation apabila mendengar bahawa MB Selangor telah berjaya membawa masuk 35,000 juta ringgit i.e 3.5 bilion ringgit pelaburan. Ini adalah lubuk makan mereka dan mereka sedang bersedia.

Bayangkan para ‘contract jungkies’ , penjual kontrek, kontretor kelas F, broker dan segala macam setan gerombolan menelan air liur kerana sebelum ini Selangor wajib dijadikan lauk sekali lagi. Mereka sedang bersedia.

Para penyokong Pakatan Rakyat di Selangor dan Malaysia sedar lah bahawa United Malay Natioanal Organisation dan segala ajensi-ajensi kerajajan pusat telah merancang, sedang merancang dan akan terus merancang. Tidak dapat tidak Selangor akan jatuh kembali ke tangan gerombolan. Ini hakikat. Ini realpolitik. Apakah telah lupa tentang Terangganu yang diambil alih pada tahun 1998? Apakah telah terlupa bagaimana kerajaan Pas tumbang?

Ada ahli Pas yang menuduh ini kerana Hadi tadbir tak betul. Ada yang tuduh kerajaan Pas jatuh kerana dasar Islam salah pakai. Semua ini tidak tepat. Dalam realpolitik ini semua tidak penting. Yang penting ialah duit petrol. Yang penting ialah harta kekayaan Terangganu. Tidak mungkin para pemodal akan membenarkan Teragganu dipimpin oleh Pas.

Bagaimana gerombolan merampas Terangganu kembali? 

Dengan pendaftaran pengudi baru. Untuk mereka yang lemah jantung cukup membaca sampai disini kerana apa yang akan ditulis ini akan memutus urat jantung yang lemah. Sedarlah wahain semua, tim pendaftaran pengundi yang membuat kerja untuk Terangganu juga sedang bekerja untuk Selangor. Ada yang terperanjat mendengar apa yang di baca?

Bagaimana pula dengan pengundi Indon? Bagaiman pula dengan pengundi Bangla? Semua ini strateji untuk mengalahkan Pakatan Rakyat di Selangor telah disusun. Gerombolan hanya memerlukan 9 kerusi sahaja. Justeru – mereka akan menipu, merasuah, membeli, merompak untuk mendapatkan kerusi ini. Ini realpolitik – jangan marah – politik ialah perebutan kuasa. Perbuitan kuasa untuk memiliki punca punca ekonomi. Baik hati, tulus ikhlas, jujur tidak cukup dalam realpolitik – mungkin baik untuk menjadi menantu Pak Lebai. Realpolitik memerlukan kesedaran ekonomi dan licik melawan.

Para penyokong Pakatan Rakyat wajib sedara yang serdang dilawan dan ditentang bukan hanya parti cabuk bernama United Malay National Organisation. Parti in parti taik kucing. Sekali kentut dah terbarai.

Dalam realpolitik di Malaysia aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan semua ajensi dan lembaga kerajaan – semua lembaga daulah – tentera, polis, mahkamah, media, tv, akhbar - namakan lagi – kemas, guru, pegawai kerajaan, jakim, jais , jawi, raja gopal, raja wali, raja bersiong dan dan dan segala tan seri dan datuk seri.

Juga jangan lupa dibelakang semua ini ada lagi musuh Pakatan yang paling kuat. Mereka ini jarang nuncul tetapi dalam realpolitik mereka inilah yang berkuasa. Mereka ini ialah Daim, Lim goh Tong, Ananda, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Yeoh Tiong Lai, Vincent Tan dan dan dan. Lidah mereka juga telah pernah menjilat nikmat peha Selangor.

Untuk ahli-ahli dan penyokong PKR kerajaan negeri Selangor adalah bintang Kejora yang menjadi rujukan perjalaan mereka. Kalau dalam sesebuah syarikat pemegang saham akan menentukan masa depan CEO dan Lembaga Pengarah. Dalam real politik yang menentukan jatuh atau terbarainya Selangor ialah ahli parti dan aktivis parti. Jika lupa atau terlalai tentang ini maka sesudah Pru 13 - sesudah Selangor diambil gerombolan makan pasti ramai akan bercakap:

...kan den dah cakap
.... aku dah royak
....i told you so
.... khalid tak boleh pakai


Maki dan hamun untuk bekas MB Khalid Ibrahim akan kedengaran siang dan malam tetapi Khalid selamat sehat walafiat di rumah gergasinya di Bukit Damansara.

Justeru – sedarlah bahawa kekuatan Pakatan di Selangor bukan kerana banyak dana terkumpul. Dalam realpolitik ini tidak penting. Apa yang penting ialah apakah aktivis dan penggerak parti PKR, DAP, PAS di Selangor telah tersususn rapi untuk bertempur? (TT)

Isnin, 19 September 2011

Tuan Ibrahim Ni Ketua Penerangan PAS atau Ketua Penerangan UMNO...?

Baru2 ni ADUN DAP Kota Kemuning M. Manoharan menyatakan melalui Twitter bahawa corak bendera Malaysia akan ditukar sekiranya Pakatan Rakyat menang. Maka ramailah pemimpin UMNO Jahanam mengutuk  M. Manoharan dan juga Pakatan Rakyat dalam isu ni.

Bagi aku yang bising-bising dan dok pertahan bendera Malaysia ni hanyalah UMNO dan kuncu-kuncunya. Orang lain tak dak hal pun.

Oleh itu PAS yang dok sibuk buat apa? Sepatutnya PAS mesti mempertahankan M. Manohan dalam hal ni. Bendera Malaysia yang ada sekarang nipun macam bendera Amerika Syarikat saja.

Jadi sapa yang suruh Tuan Ibrahim sebagai Ketua Penerangan keluar kenyataan bahawa Pakatan Rakyat tak akan tukar  bendera Malaysia jika PR menang. Sapa? Haji Hadi kah? Mat Sabu ka? Mustafa Ali ka? Atau Tuan Ibrahim sendiri pandai2 gatai mulut cakap macam tu.

Kalau dia sendiri maka si Tuan Ibrahim ni memang bangang. Dahlah cakap atas kapasiti KP PAS. Katakan PR menang PRU dan bukan saja bendera ditukar malah lagu kebangsaan pun ditukar, apa jadi cakap si Tuan Ibrahim ni.

Hello Ustaz....!!! Orang undi dan pilih PAS ka, DAP ka, PKR ka, bukan pasai parti hampa semua serupa dengan BN dan UMNO tapi pasai hampa lawan depa dan hampa tak boleh sama dengan depa. Kalau PR sama dengan BN baik undi BN saja.

Bodo talak otak punya Tuan Blahim.... Cittt.... Itu pasai orang cakap ustaz2 kalau pegang jawatan dia rasa dia pandai pada orang lain.....

PAS: Pakatan tak akan tukar bendera Malaysia


Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya.

azlanMenurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...

“Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media.

police tortured victim 110107 lawyer M ManoharanTuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen berkenaan dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya.

Menurut Tuan Ibrahim, isu utama kini bukanlah mengenai bendera tetapi BN yang memerintah negara.

“Slogan BN, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.

"Pada zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan BN hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia,” kata beliau.

NONEJusteru, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” akhiri beliau.

Kita Bos - Undilah

Aku suka pasai ada Khalid Samad & Daphne Iking..... Tapi tunggu apa lagi... Yang dok sembang bergegaq kedai kopi tu dah daftar mengundika?

Tapi kebanyakan orang Tabligh tak mengundi pasai depa kata bukan sunnah Nabi. Nabi SAW tak buat. Kepala hotak depa... depa dok biaq negara ni penyamun, pembunuh & perogal perintah tak pa. Paria punya geng Tabligh!!!

Selasa, 19 April 2011

ADUN PAKATAN RAKYAT PERAK MEMANG HINA...!

Kesian kat ADUN Pakatan Rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan. Depa tak DIJEMPUTpun untuk menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Keputraan Sultan Perak. Kemudian ada pulak malaon sintok tulis dalam blog kata depa boikot majlis tu. Jahat sungguh malaon sintok tu. Lihat penjelasan di sini.........

Akupun heran jugak....... istana jemput wakil rakyatpun pilih-pilih ka? Sultan tak bagi jemput atau orang yang ditugaskan menjemput tak jemput. Sedangkan apek-apek cukong pun dijemput, malah ada yang dapat anugerah bintang kebesaran. Ulang sekali lagi... apek-apek cukongpun dijemput!!!!

Adakah ADUN Pakatan Rakyat Perak semuanya BANGSAT & HINA?

Adakah ADUN dari Pakatan Rakyat tak dijemput pasai depa bukan golongan Ketuanan Melayu? Adakah Istana juga menyebelahi golongan tertentu? Sudahlah rakyat belum lupa peristiwa rampasan kuasa dan mereka masih lagi berbisik tentang penglibatan istana.

Atau adakah depa takut Ir Nizar Jamaluddin akan buat macam dalam video di bawah...... HAH...HAH...HAH.....

Ahad, 17 April 2011

Nasib Baik BN Menang Di Sarawak....

Nasib baik BN menang di Sarawak. Jika tidak, terlepaslah peluang aku. Maksud aku, bukanlah peluang aku nak tibai balak di Sarawak. Ataupun tertutup peluang aku sapu projek atau jadi broker buat duit mudah dengan bersetongkol bersama kuncu-kuncu dan barua pedukang Taib Mahmud. Ataupun hilang peluang untuk "supply" ubat kuat kepada Taib Mahmud supaya dia masih boleh kerap tutoh perempuan Lebanon yang lebih muda dari anak dia.

Sebenarnya kalau Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan BN dan bungkuskan Taib Mahmud dari kekuasaan, maka aku akan hilang satu peluang. Tapi dengan BN dan Taib Mahmud kekal berkuasa untuk buat apa saja mereka suka di Sarawak kerana pengundi di sana redho. Tak kisahlah samada pengundi-pengundi yang redho dengan BN dan Taib Mahmud itu adalah pengundi sebenar atau pengundi hantu ataupun pengundi pos.

Peluang yang mungkin hilang jika Pakatan Rakyat memerintah Sarawak ialah kahwin lagi satu. Akupun memang mengidam nak kahwin dengan perempuan ni. Kalau aku kahwin dengan perempuan ni memang aku akan jadi popular 1-Malaysia. Berita dan foto aku bersama dia akan terpampang di semua saluran tv dan keluar dalam akhbar-akhbar penjilat BN dan pro PR. Serta tentunya akan diperkatakan berminggu-minggu dalam blog-blog pro PR dan blog-blog barua Ketuanan Melayu.

Akupun teringin jugak kahwin dengan Elizabeth Wong.............  

Jumaat, 15 April 2011

Selamat Mengundi

Selamat membuang undi kepada pengundi berdaftar di Sarawak. Undilah Pakatan Rakyat. Lupakan BN.

Bungkus BN dan terajang Taib Mahmud......

Selasa, 5 Oktober 2010

PPP - Parti Apa Ha?


PPP adalah Parti Progresif Penduduk. Sekarang PPP bermaksud Parti Punjabi Penipu.
Baca Malaysiakini dan The Malaysian Insider



Rabu, 31 Mac 2010

Muliakah DUN Perak?

Dewan Undangan Negeri Perak atau ringkasnya DUN bersidang lagi. Semalam dirasmikan oleh Raja Muda. Hari ni sidang berlangsung tapi dalam riuh rendah. Lihat http://idhamlim.blogspot.com/2010/03/terkini-1015-am-sidang-dalam-keadaan.html

Muliakah DUN Perak?

Dulu Raja Nazrin sanggup mencemar kemuliaan dirinya sendiri sebagai Raja Muda yang mewakili Sultan Perak, hanya untuk menunggu ahli-ahli dewan bertengkar dan bergaduh dalam dewan.  Berjam-jam dia menunggu. Ini pelik!! Kebiasaannya raja atau wakil raja tidak akan menunggu rakyat jelata. 

Muliakah DUN Perak? 

Insiden hingga membawa kepada Speaker V Sivakumar diusung keluar oleh barua pecacai BN tidak ditegurpun oleh Raja Muda sedangkan semasa ketibaannya dia disambut oleh Sivakumar. Raja Muda mewakili Sultan Perak yang menaungi DUN seperti tidak tahu apa-apa. 

Muliakah DUN Perak?

BN terutamanya UMNO dengan sombong dan kemaruk kuasa sanggup membuat apa saja hingga melanggar tatacara dewan dengan menggunakan PTD bangsat seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha DUN. Mereka melantik speaker sendiri iaitu seorang paria politik bernama Ganesan sedangkan Speaker sebenar V Sivakumar masih berada di kerusinya.

Muliakah DUN Perak?

Bagi aku kemuliaan DUN Perak sudang hilang. DUN Perak sudah jadi Dewan Orang Ramai yang jadi termpat mesyuarat agong cawangan MIC. Cuma kerusi saja tidak boleh diangkat untuk baling - free for all. DUN Perak telah dikawal sepenuhnya oleh eksekutif. SS lebih berkuasa dari speaker, malah Setiausaha DUN lebih berkuasa dari speaker. 

Bagaimana cara untuk menjadikan DUN kembali kemuliaannya? 

Senang saja. Pakatan Rakyat kena berbuat ke arah itu. Manifesto bersama PR dalam PRU 13 nanti mesti dimasukkan:-

  • Satu jawatankuasa atau suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat insiden perlantikan speaker secara haram oleh BN, penggunaan instrumen kerajaan seperti PTD, PDRM dll dalam menjayakan perbuatan tersebut.
  • Menghukum individu terlibat seperti Zamry Kadeer, Hamidah, Hee dan Ganesan. Mereka ini perlu dipenjarakan dan dirampas pencen jika didapati bersalah. Begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan seperti Setiausaha DUN, SUK, CPO Perak dan lain-lain. Gaji, elaun, kemudahan dan gratuiti yang telah diterima oleh Ganesan wajib dipulangkan oleh beliau.
  • Bagi mengelakkan kerajaan semasa menyalah-gunakan kuasa seperti ini pada masa kan datang, bangunan DUN hendaklah dibina jauh dari bangunan pentadbiran yang menempatkan MB dan SUK. Contoh dibina bangunan DUN di Tronoh atau Sri Iskandar atau Kampar.
  • Pegawai dan kaki tangan DUN bertugas di bawah arahan Setiausaha DUN. Manakala Setiausaha DUN adalah pegawai yang dipilih sendiri oleh Speaker dari kalangan pegawai kerajaan dan bertanggung-jawab sepenuhnya pada Speaker dan berada di bawah kekuasaan Speaker, serta tidak boleh ditugaskan sebagai Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  • Tubuhkan SELCAT iaitu Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency atau apa-apa nama dalam bahasa Melayu. Dipengerusikan oleh Speaker. Ambil contoh di Selangor.
Perkara beginilah yang wajib diambil berat oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat dalam kempen mereka. Aku cuma boleh mencadangkan saja......