Rabu, 30 Jun 2010

Kertas Jamban


Perkasa dah terbitkan Suara Perkasa. Harga di Malaya RM2/- dan di Borneo RM2.50 senaskah. Ini paper golongan ultra right, apartheid dan zionis melayu.

Paper ni tak perlu dibeli. Tak payah baca. Kalau ada orang bagi free pada anda, sila sedekahkan kapada orang miskin yang tak mampu beli kertas jamban. Bagi mereka cebok dan calit taik dengan Suara Perkasa ni. Peniaga babipun akan haramkan paper ni dijadikan pembungkus daging babi.

Hayat paper ni dijangka 3 bulan saja, kecuali ada orang bagi bantuan kewangan.

Jaga-jaga Musa Hassan!!!

Mantan Ketua Polis Negara Norian Mai atas kapasiti peribadi dan Kerajaan Malaysia diarah bayar  ganti rugi sebanyak RM1.4 juta oleh Mahkamah Tinggi kepada seorang surirumah yang suaminya mati dalam lokap polis di Rawang. Ganti rugi tu memang patut. Kerajaan dan KPN memang kena bertanggungjawab.

Tapi agak pelik bila KPN atas kapasiti peribadi pulak kena bayar ganti rugi. Macamana ni? Kalau atas kapasiti jawatannya kerajaan akan bayar. Akupun tak faham mengapa Hakim boleh bagi keputusan begitu.

Kalau begitu jaga-jagalah MUSA HASSAN...... Ramai suspek mati dalam lokap dan ramai juga suspek mati ditembak oleh pegawai bawahan anda. Kalau ikut hukum mahkamah anda mungkin bengkrap selepas anda pencen sekiranya keluarga mangsa saman di mahkamah.

Tengok sini

Selasa, 29 Jun 2010

Pegawai Di JPN Perak dan JAIP Jadi Barua Zamri

Aku dok minum di satu kedai, pekena roti canai 2 kepin dengan teh tarik. Aku sorang saja sambil baca paper orang puteh. Di meja sebelah aku dudok golongan berkopiah.... 3 orang.... aku agak ustaz.. dok sembang. Aku boleh dengar bualan depa.

Sambil aku baca paper aku dengar 3 orang ni dok cerita.... La..... depa dok kutuk JPN Perak, JAIP dan tentunya Mamak Pedukang Zamri Kadiaq. Depa ni Guru KAFA, alah... guru paling koman yang kerajaan bagi elaun RM500/- sebulan. Guru Kafa ni bagi pemimpin UMNO lagi paria dari tukang sapu sampah tepi jalan dan jaga jamban.

Tapi dalam koman-koman Guru KAFA ni, Mamak Pedukang Zamri Kadiaq nak guna depa jugak. Dah tak dak orang yang dia boleh guna. Ustaz-ustaz tu dok cerita sama-sama depa yang Sekolah Agama Rakyat dalam Kinta dapat pekeliling yang paksa Guru-guru KAFA pi rumah MB. Jadual macam di bawah:-

Tarikh: 1 Julai 2010; Khamis  
Daftar Kehadiran: 630 petang
Semahyang Senja: 730 petang

Lepaih tu baca Yasin.... makan.... majlis bagi bantuan kepada sekolah tertentu. Ucapan pembodek gomen dan pembohong besaq macam Zamri Kadiaq.

Kehadiran WAJIB. Sapa tak hadir kena bagi tunjuk sebab.

DEI, MAMAK PEDUKANG..... APARAA? ITU GURU SEMUA BANYAK POMPUAN... ADA LAKI... ADA ANAK.... INI APA CERITA NI..... MAU PAKSA-PAKSA.... MALAM-MALAM SURUH PI HANG PUNYA RUMAH.... BODOH PUNYA MB.

AKU NASIHATKAN PADA GURU-GURU KAFA YANG MELUAT KAT ZAMRI SUPAYA HADIR DAN BACA YASIN DENGAN NIAT SUPAYA ALLAH TURUN BALA KAT ZAMRI.....

Sabtu, 12 Jun 2010

Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?

Chua Hui Meng ditarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Adalah bunyi sikit di sebelah Pakatan Rakyat. Cuma yang Chua mungkin tertanya kenapa ditarik balik gelaran. Sebabnya? Lagi satu hanya panggilan telefon dari orang istana. Biasanya nak bagi gelaran bagi surat rasmi. Tapi nak tarik call saja.

Anwar Ibrahimpun sibuk nak jumpa Sultan Johor. Nak buat apa? Dah Sultan tak berkenan, bagi balik sajalah. 

Sebenarnya, apa guna bintang kebesaran dan pingat yang diberi oleh YDP Agong, Sultan-sultan dan Gabenor-gabenor? Siap ada majlis dan keramaian lagi. Bukan kah membazir saja. Hanya penerima rasa megah. Anugerah itu kerana jasa pada rakyat atau pada parti politik atau pada Sultan? 

Biasanya doktor-doktor peribadi, doktor-doktor yang merawat Sultan ketika sakit dan doktor haiwan yang yang menjaga kesihatan kuda dan binatang peliharaan Sultan yang dapat Datuk. Kemudian ahli-ahli politik seperti Anwar Ibrahim dan Chua Jui Meng ketika dalam BN. Artis-artis yang terhegeh-hegeh atas pentas juga dapat gelaran.

Hakikatnya, bagi ahli politik gelaran ini semua tidak membawa apa-apa makna pun. Berapa ramai yang ada Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk yang kalah pilihanraya. Senarai yang bergelar ditolak rakyat semasa pilihanraya memang panjang. 

Bagi pemimpin Pakatan Rakyat, jadilah pemimpin politik baru yang bekerja untuk rakyat dan bukan untuk gelaran. Gelaran ini semua menjauhkan anda semua dari rakyat. Gelaran adalah penghadang antara anda dengan rakyat.

Kalau ada pemimpin PR yang serah balik bintang dan pingat secara sukarela, mereka ini akan lebih popular pada rakyat. Apa macam Anwar Ibrahim ada berani ke? Hj Hadi macam mana?


Jumaat, 11 Jun 2010

Wartawan & Polis Tak Tau Inglish Ka?

Buang Kes..... itu yang boleh dikatakan ke atas kes 'menghasut' Karpal Singh. Karpal tak perlu membela diri. Pendakwa gagal buktikan 'prima facie'. Maknanya pendakwa hanya lenggang atau bawa kertas kosong ke mahkamah. Saksi pulak entahlah, susah nak komen.

Yang syoknya Hakim Azman Abdullah kata saksi utama iaitu wartawan dan pegawai-pegawai penyiasat polis tak faham maksud hasutan dalam Bahasa Inggeris. Maknanya mereka tak tau Inggeris, Mereka mungkin boleh berbahasa Inggeris pasar saja.

Mengapa gajikan wartawan bengong yang tak faham bahasa?

Lihat:  Malaysian Insider dan Malaysiakini

Rabu, 2 Jun 2010

Pendemo PERKASA Nak Bunuh Diri

Apalah bangang mamat sekoq ni. Nak bunuh diri pulak. Ataupun saja nak bikin heboh. Tapi yang menariknya lili kepalanya "PERKASA". Perbuatan bunuh diri menunjukkan pelakunya tiada iman. Apakah puak PERKASA juga tidak beriman?

Cubaan Bunuh Diri


Ibrahim Ali dan puak PEKASAM


Sumber: Malaysiakin


Jumaat, 21 Mei 2010

Jururawat Bukan Islam Dilarang Merawat Orang Islam...!!!!


Peguam Bukan Muslim: Cabaran Islam Untuk Semua

Victoria Jayaseele Martin yang berkelulusan Diploma Undang-undang dan Amalan Syariah UIA akhirnya berjaya menjadi peguam Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Sivil memutuskan demikian. Sekaligus ini mengenepikan larangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang hanya membenarkan peguam beragama Islam menjadi peguam syariah. Victoria bukan beragama Islam. Mahkamah Syariah pula mahkamah khusus untuk orang Islam.

Mahkamah syariah Malaysia bukanlah boleh dikategorikan sebuah mahkamah syariah yang syarie sepenuhnya. Ia adalah sebahagian syariah. Syariah dalam konteks sekular adalah persoalan nikah cerai, faraidh, kematian dan sebagainya. Ruang yang agak terhad. Oklah juga daripada tak ada langsung. Tapi perlu dimantapkan dan diperluaskan lagi.

Penyertaan bukan Islam dalam sistem perundangan syariah memberikan gambaran lebih jelas tentang Islam. Bagaimana orang bukan Islam menggunakan sistem Islam untuk memberikan keadilan. Seharusnya langkah ini digalakkan. Victoria mempunyai kelayakan yang diperlukan oleh sebuah mahkamah syariah di Malaysia. Hanya agamanya sahaja yang menjadi halangan. Agama seharusnya menghapuskan diskriminasi kerana perbezaan agama.

Seperti analogi seorang lulusan jururawat bukan Islam yang tidak dibenarkan merawat orang Islam yang sakit. Bukankah itu satu kezaliman?

Diambik dari Muhaimin Sulam