Khamis, 2 Julai 2009

Ulamak Buta Perut........

Aku betul-betul tak faham lah. Katanya Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) dengan UMNO (yang dikemukakan oleh Presiden Pas Hj Hadi dan dianuti dengan taat oleh golongan yang mengaku ulamak dalam PAS) telah dibatalkan. Yakni tutup cerita!!! Tiada lagi UG.
Tapi aku rasa UG ini hanya ditangguh saja. Hanya untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong sahaja. Aku tidak yakin isu UG telah dibuang dari hati dan benak penganjur-penganjurnya kerana:-
  1. Presiden PAS Hj Hadi yang kononnya telah kemukakan satu gagasan pemikiran hebat, iaitu UG (yang sekiranya berjaya, beliau akan menjadi Presiden PAS terkemuka dan hebat di abad ini!!!!) tidak memohon ampun dan maaf langsung kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat semasa pengumuman dibuat olehnya, walaupun itulah yang sebaik-baiknya. Kelihatan Hj Hadi tidak puas hati gagasan hebatnya dicemuh dan ditolak begitu saja oleh kepimpinan lain dalam PAS dan PR.
  2. Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, seorang yang terlalu banyak dosanya pada PAS dan PR. Beliau adalah orang hadapan dalam UG ini di samping menjadi broker perpaduan. Beliau telah memberi kenyataan bahawa UG telah ditutup sebelum pemilihan (bagi menjamin kemenangan) dan apabila telah mengekalkan jawatan, beliau telah membuka topeng dan menunjukkan muka hodoh beliau yang sebenar sehinggalah dikejutkan oleh Tuan Guru Nik Aziz supaya keluar PAS. Beliau bukan sahaja mesti mohon ampun dan maaf tetapi beliau mesti meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden kerana kemenangannya adalah kerana tipu daya dan membohongi perwakilan parti.
  3. Setiausaha Agong PAS Mustafa Ali mestilah meletak jawatan sebagai SUA dan menjadi ahli biasa, kerana sejak Hj Hadi memegang jawatan sebagai Presiden PAS, beliaulah yang menjadi presiden 'de-facto'. Begitu juga semasa PAS berkuasa di Terengganu, Mustafa Ali sebagai Exco Kanan lagaknya mengalahkan Menteri Besar. Jadi gagasan UG ini adalah ilham bersama beliau dengan Presiden.

Apabila isu UG ini dikatakan ditutup, pemimpin di atas telah menggunakan leftenan-leftenan mereka untuk melancarkan perang gerila dengan membuat serang hendap kecil-kecilan seperti apa yang dikatakan oleh Ketua UlamakPAS Terengganu dan UG Versi Tantawi iaitu "intellectual discussion" dengan Pemuda Umno.  

Isu UG ini sebenarnya masih dibincang di kalangan ahli. Yang jelas kelihatan di peringkat bawahan, golongan ustazlah yang banyak mempertahankan UG ini. Di peringkat atasan, golongan ulamak pula yang menganjur dan menjaja UG kecuali TGNA sahaja yang menentang.

Bagi aku golongan ulamak yang gilakan UG ini adalah ULAMAK BUTA PERUT........

 

3 ulasan:

  1. salam. sapa lagi nak pelingkup bas & penumpang, kalu bukan drebar bas & kelindan kat depan.

    BalasPadam
  2. kalau ulama' pas buta perut...pengikut pas yg kutuk2 ulama' pas buta apa pulak?korg lagi la kaki pelingkup jamaah pas...

    BalasPadam
  3. Kalau bas dah jalan tak betul penumpang mesti tendang drebar sebelum lengkup!

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.