Memaparkan catatan dengan label PAS dan Ulamak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS dan Ulamak. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Februari 2013

Kutukan Jumaat: Haron Din Kadok Naik Junjong!

Akhir-akhir ini ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS bermula dari Timbalan Mursyidul Am dan Setiausahanya dan berberapa orang lagi kelihatan bercakap dan bertindak mengikut kata hati mereka sendiri dan bukan mengikut kehendak majoriti ahli dan keputusan Muktamar PAS terdahulu iaitu PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk menentang dan menjatuhkan BN dan utamanya UMNO. 

Mereka ini kelihatan sepakat dan sekumpulan di mana dahulunya yang menonjol adalah Nasarudin Mat Isa. Nasarudin dijadikan 'guinea pig' kumpulan pro UMNO. Percakapan dan tindak-tanduknya diatur oleh mereka. Mereka hendak melihat tindak balas ahli dan penyokong. Apabila timbul kemarahan ahli dan penyokong PAS, maka mereka sepakat mengkambing-hitamkan Nasarudin Mat Isa. Mereka cuci tangan. 

Tidak syak lagi ketua kumpulan ini adalah Haron Din. Mulut Haron Din yang biasa terkumat-kamit jampi air sejuk jadi penawar, tidak boleh bercakap mencabangkan lidah untuk tidak bersama kehendak ahli dan penyokong PAS. Ahli-ahli PAS bukan bodoh dan bangang macam ahli UMNO yang akan mengikut saja apa yang kemahuan pemimpin mereka. 

Haron Din bukan gembala kambing dan domba di Tanah Arab yang boleh dipegang dan tarik telinga seekor dan yang lain-lain mengikut. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS adalah golongan pandai, bijak dan cerdik kerana yang bodoh dan bangong semuanya dalam UMNO.

 
Haron Din kena ingat beliau juga telah lama pencen dari menjadi professor universiti. Beliau tidak boleh menjadi pemikir dan memaksa pemikirannya ke atas parti. Beliau juga kena lupakan kebiasaan seorang professor iaitu memandang ahli-ahli PAS sebagai mahasiswa unversiti yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada masa dia menjadi pensyarah dahulu, yang dia boleh buat sesuka hati.

Lagipun Haron Din bukanlah pejuang PAS yang kerap masuk keluar penjara. Beliau hanya menyatakan beliau bersama PAS apabila tercetus penentangan terhadap Mahathir apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Kalau tidak beliau masih sedap-sedap bersama Hassan Ali dan lain-lain rakan Forum Perdana menjual kelentong mereka dalam tv dan dipentas-pentas ceramah.

Kepimpinan dan ahli PAS juga salah dalam hal ini, mereka terlalu obses kepada figura tententu yang ada nama dan popular. Apabila figura popular menyertai PAS, maka figura inilah yang didambakan dan diangkat ke jawatan yang setinggi-tinggi yang boleh. Itulah puncanya orang seperti Haron Din, Hassan Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain jadi besar kepala.

Apabila mereka ini dilayan dengan begitu hebat maka mereka merasa kalau tiada mereka PAS tidak akan mendapat sokongan ramai. PAS lemah tanpa mereka. Mereka rasa mereka ada idea bernas yang akan menjadikan PAS gergasi politik di Malaysia.

Haron Din jumpa Anwar Ibrahim dan meminta Anwar tarik diri dari jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dan mencadangan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah lama tarikh luput  sebagai PM adalah satu usul gila. 

Haron Din dan sekutu-sekutunya macam ayam piru yang berlagak burung merak. Atau Haron Din sudah jadi Kadok naik Junjung!

Ahad, 20 Januari 2013

Setan Besar Hasut Ulamak Besar!

PAS tak sama dengan PKR dan DAP. PAS parti politik berteras agama. PAS parti Islam. PAS ada Dewan Ulama Kawasan, Negeri dan Pusat. PAS juga ada Majlis Syura Ulamak.


Majlis Syura ni khas untuk orang yang dianggap ulamak dan ustad-ustad saja. Hangpa pandai bijak macamanapun kalau hangpa tak dak kelulusan agama dan ikut syarat yang depa buat, hangpa tunggu depa mesyurat jadi tukang kipaih dan angkat ayaq sejuk bagi kat depa saja la. Senarai tengok sini....  Aku anggap Majlis Syura macam Politburo parti komunis.

Boleh dikatakan ulama atau ustad-ustad yang kontrol PAS. Orang lain dalam PAS buat kerja saja. Yang rancang, atur dan buat kerja bukan ustad. Ustad dudok di meja utama dan jadi tukang perabih kepala kambing! 

Orang dah rancang dan buat kerja untuk parti, bila ustad-ustad sampai yang ni tak kena yang tu tak betoi. Yang buat orang hangat hati bila tanya balik nak buat lagu mana. Depa suruh pikiaq sendiri. Depapun tak dak akai. Kalau ustad bagi idea, kalau kita tanya balik "ustaz yakin macam ni boleh ka?". Depa akan berlindung di balik insyaallah. Bila buat tak jadi ustad ni kerenyeh macam orang tabligh baru terjaga dari mimpi tengok bidadari dalam syurga! Itu bab cawangan atau kawasan.

Di peringkat pusat pula, ahli-ahli Majlis Syura Ulamak dan dari Dewan Ulamak dok nak kawai PAS. Patutnya kerja depa kawai PAS dari segi dasar dan polisi parti supaya jangan menyeleweng saja. Ni tidak, kegiatan dan gerak kerja parti pun depa nak dictate. Kalau depa pandai merancang dan atoq strategi tak pa la jugak.

Depa ni buka mulut saja bunyi sumbang. Lepaih tu gila kat wartawan. Gila mulut. Pantang wartawan kerumun tanya kena pulak wartawan betina garit, mulut depa mesti gatai nak cakap. Wartawan tanya bab politik pasai nak cari isu nak pukui PAS, depa cakap merapu konon macam baguih bagi peluru free kat UMNO untuk tembak balik. Bodoh punya ulamak!

Tapi nak kata apa, majoriti ustad-ustad dalam Majlis Syura adalah pro UG. Yang berotak dan berjiwa UMNO pun ada. Ada yang perbuatan dan cakappun terang-terang UGpun depa buat derk!  Sama-sama depa, depa buat tak tau saja!  Sebijik macam anggota politburo komunis. 

Tak payah marah kat depa sebab puak-puak ustad juga yang dok ajaq kat kita, jika hebat dan besar seseorang tu maka hebat dan besarlah setan yang dok mai hasut. Kesian kat depa, bukan setan-setan yang kita tak nampak saja tiap saat dok hasut rasuk depa, setan yang dikenali pun dok hasut depa jugak. 

Setan yang dikenali ni pandai main nama Allah, kepentingan Melayu dan tentunya dah tunjuk kat depa jawatan, kesenangan dan kemewahan yang akan depa dapat jika depa bawa PAS untuk berdakap dengan UMNO. Lagipun depapun sama beriktikad yang UMNO tu yang menjaga Melayu dan Islam.

Kalau tanya aku dan suruh aku sebagai ahli biasa PAS bagi rating kat ahli Majlis Syura Ulamak. Di mana 5 adalah yang paling diyakini dan dipercayai dan 0 adalah langsung tak boleh dipercayai. Aku kata 2. Dua saja bro kepercayaan aku pada depa!

Isnin, 19 November 2012

Bilakah Ulamak dan Ustaz PAS Nak Sedari Diri?

Kebanyakan yang jadi ustaz sekarang ini, lebih-lebih lagi yang berumur 40 tahun ke atas adalah yang kurang cerdik. Mereka ini adalah generasi belajar di sekolah agama kerana tiada pilihan. Mereka menjurus kepada pengajian Islam dari peringkat menengah dan yang bernasib baik boleh berkeliaran di Canselori atau di Student Centre dalam universiti, bukan kerana mereka briliant. Tapi kerana terpaksa dan sedikit usaha.

Pada tahun-tahun 70an dan 80an dahulu, ada peperiksan darjah 5 untuk menentukan pencapaian pelajar sekolah rendah. Pada masa itu pelajar yang mendapat keputusan yang baik 5A, 4A dan 3A akan diambil untuk memasuki sekolah asrama penuh. Bakinya akan meneruskan persekolahan di sekolah harian biasa.

Manakala yang agak nakal dan jahat, ibu bapa yang melihat potensi anak mereka akan menjadi penyangak dan samseng akan mencari sekolah-sekolah agama untuk dimasukkan anak mereka dengan harapan anak mereka menjadi manusia yang berguna. Kononnya kalau tak dapat jadi doktor dan engineer, boleh menjadi ustaz pun tak apalah. Itulah harapan ibu bapa!

Budak-budak yang kurang cerdik ini akan berlajar di sekolah agama bukan kerana kemahuan mereka, tapi kerana terpaksa. Mereka berhempas-pulas struggling untuk belajar ilmu-ilmu agama dan bahasa Arab. Bayangkan pelajar yang biasa-biasa atau so-so saja perlu belajar pelajaran yang susah yang tak sepatutnya dilalui oleh mereka, di mana sepatutnya dipelajari oleh yang cerdik dan pintar

Mereka tidak menjiwai ilmu Islam itu. Oleh itu mereka hanya jadi penghafal sahaja.Mereka belajar sekadar lulus peperiksaan hingga mereka boleh layak ke universiti seperti Al Azhar atau di dalam negeri dan melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang mereka mampu. 

Di universiti, mereka ini menjadi mahasiswa yang bukan menggunakan otak dan akal fikiran dengan sepenuhnya, tetapi mengulangi perangai dan sikap semasa peringkat menengah iaitu mengingat dan menghafal pelajaran saja. Setelah tamat dan membawa balik sekeping atau segulung ijazah mereka ini akan diberi gelaran oleh masyarakat sebagai "ustaz".

Ustaz-ustaz inilah yang ramainya berkerja dengan kerajaan sebagai guru agama di sekolah-sekolah, menjadi pegawai-pegawai celup jika masuk tentera dalam Kor Agama (Kagat), menjadi pegawai agama di Jabatan-jabatan Agama Islam dan menjadi hakim di Mahkamah Syariah.

Ada pula yang meneruskan kerjaya sebagai guru sekolah agama rakyat dan ramai juga yang menjadi penggiat politik. Kebanyakan mereka bergiat dalam politik pembangkang iaitu PAS. 

Kekurangan pada lulusan-lulusan agama yang kurang memakai otak ini dapat dilihat dan terserlah jika kita lihat kepada:-
  1. Jabatan Agama di semua negeri termasuk Jakim. Mereka ada Bahagian Dakwah. Tetapi bagaimana kegiatan dakwah jabatan tersebut? Apa idea-idea baru yang dilontarkan untuk mengenalkan Islam kepada Bukan Islam? Itu belum ditanya berkenaan stastistik mengenai bilangan penganut baru dan bagaimana mereka menjaga dan mendidik mualaf-mualaf ini. Ini belum termasuk pengurusan wang zakat yang dikutip tiap-tiap tahun dan bagaimana mereka membahagikannya.
  2. Bagi yang mengajar di sekolah-sekolah pula, mereka mengajar murid-murid mengikut silibus dan mengikat diri mereka dengan silibus tersebut tanpa mencari idea-idea baru supaya murid-murid dapat menerima Islam dan dibukakan mindanya ke arah Islam. Masalah disiplin pelajar hingga kini tidak selesai. Ada sekolah di mana guru biasa lebih menonjol keislaman dari guru agama.
  3. Manakala penggiat politik kebanyakkannya bersama Parti Islam Se Malaysia - PAS. Mereka bergiat dalam PAS di semua peringkat. Oleh sebab mereka ada gelaran ustaz, maka kebanyakan mereka diberi jawatan dan dengan gelaran ustaz juga mereka bergiat dalam Dewan Ulamak.
PAS menerima Kepimpinan Ulamak adalah suatu yang baik. PAS telah meningkatkan status ulamak. Tetapi yang tidak baiknya golongan-golongan yang dikategorikan sebagai ulamak itu yang kurang baik. PAS dibanjiri oleh ramai ustaz-ustaz atau "the so called ulamak" yang  kelayakannya hanya di atas kertas dan cakap-cakap politik kosong yang tidak berpijak di alam nyata. Ulamak gagal menonjolkan diri mereka yang sepatutnya.

Mereka ini semua tidak ada idea, malas berfikir, suka mengikut acuan perjuangan orang dari negara lain, suka menjatuh hukum sebelum berfikir dan akan terkapa-kapa apabila disoal "hukum" yang dijatuhnya itu. Apabila mereka tidak dapat berhujah politik yang bernas, mereka akan mencari dalil-dalil Al Quran dan Hadith bagi menakutkan penentang dan membelenggu pengikut mereka, serta menganggap pengikut mereka adalah sekawan kambing yang akan mengikut gembala.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang celik tentunya dapat melihat situasi ini. Mereka boleh membandingkan kerja-kerja pemimpin PAS yang bukan dari golongan agama dengan para ulamak dan ustaz ini. Pemikiran, kerja buat dan gerak kerja mereka berbeza. Mereka tahu menggunakan otak. Mereka tahu membawa diri dan mereka tahu bila masanya untuk bertindak.

Sekiranya PAS masih berharap pada majoritu ulamak dan ustaz ini, PAS tidak akan ke mana dan tidak akan sampai ke tahap ini seperti sekarang. Lihatlah yang banyak mengungkit dan membangkitkan hal-hal yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat di dalam Muktamar yang baru berlalu adalah dari golongan ulamak.

Mengapa jadi sedemikian. Apakah mereka ini nak menonjolkan diri yang tak seberapa? Atau adakah mereka ini bebal dalam berpolitik hingga tidak tahu yang mana boleh dilaung dan yang mana mesti dibisikkan. 

Lihat kepada Dewan Pemuda, diketuai oleh seorang ulamak muda yang rupanya macam orang mewah makan berlebihan. Penampilan dan gayanya tidak boleh menarik anak-anak muda untuk bersama PAS. Anak muda sertai PAS sebab mereka condong kepada Islam, bukan kerana ketokohan ketuanya. 

Pemuda PAS sekarang ini adalah yang paling mandom, lemah dan lembik. Nasib mereka baik kerana kelemahan dan kelembikan itu tidak terserlah, kerana kini parti itu kuat. Bagaimana jika keadaan ini 30 tahun dahulu? Tentunya Ketua Pemuda PAS hanya akan jadi bahan lawak dan gurauan saja. Timbalan ketua yang juga dari susur galur yang sama telah menambahkan lagi kemandoman Pemuda PAS. Jika keadaan ini berterusan Pemuda PAS akan lebih jauh ketinggalan dari anak-anak muda dari parti rakan dalam PR.

Dewan Ulamak dan ketuanya tidak payah diceritakan lagi. Semua tahu. Beliau bersama Presiden (yang juga ulama) adalah ahli politik yang gagal. Failed. Diulang lagi, Ketua Dewan Ulamak PAS dan Presiden PAS adalah ahli-ahli politik yang telah gagal. Mereka telah diberi peluang berkuasa di Terengganu dan hanya bertahan sepenggal sahaja. 

Mengapa terjadi begitu? Seribu satu alasan boleh diberi. Boleh salahkan musuh politik. Tapi adakah dicermin diri punca-punca musuh politik boleh merampas kuasa dari tangan. Sepatutnya apabila telah kalah di Terengganu, Tuan Presiden dan Tuan Ketua Ulamak cepat-cepat letak jawatan. Ambil tanggung jawab. Anda telah gagal tapi masih ingin berkuasa dalam parti, nasib baik di Malaysia dan ahli PAS masih boleh dicucuk hidung!

Biar parti berketuakan orang lain dan biarkann ulamak juga berketuakan orang lain. Tuan-tuan berdua patut kembali mengajar di madrasah dan turun ke laut sebagai nelayan dan menjaga kambing yang berkandang-kandang itu.

Kutukan ini bukanlah berniat jahat tetapi menegur dan memperingatkan pemimpin PAS, terutamanya yang merasa mereka lebih warak dan alim dari orang lain. Mungkin teguran ini agak kasar tetapi kadang-kadang kekasaran adalah perlu untuk mengejutkan orang yang "perasan" dan masih diselimuti mimpi.

Khamis, 11 Oktober 2012

Nasa Gampang Ni Jurucakap Majlis Syura...!!!

Aku rasa si Nasa Gampang ni bukan alat UMNO lah. Tapi dia jurucakap atau barua kepada sekumpulan ahli Majlis Syura PAS. Dia ni barua Geng Yu Ji atau senang kata geng ustaz-ustaz yang tak berapa cerdik politik tapi nak jadi ahli politik.

Tengok cakap Tuan Syeikh yang jadi bos Dewan Ulamak dan Syeikh yng kelmarin dok cerita tembak-tembak bercakap yang disiar di surat habaq yang bersinaq ni...... Orang sekolah sampai darjah enam sekolah melayu pun boleh paham maksud depa. Nasa Gampang barua depa.

Hello syeikh-syeikh semua... hampa jangan ingat hampa ustazka ulamakka, ahli dan penyokong PAS heran kat hampa. Cakap jangan belit macam ulaq. Perangai mau jaga. Awat hampa ingat hampa Ahli Majlis Syura hampa besaq sangat ka? Gua sudah hilang respek sama hampa la.

Hello Ustaz Harun Tayib, lu kalu cerdik lu punya negeri Ganu tak terlepaih dekat UMNO la. Ingat tu bro! Lu pakai jubah serban tapi lu punya darah cap keris la bro.



Rabu, 10 Oktober 2012

PAS pun ada ULARMAK jugak ka?

Aku ingat UMNO Jahanam saja ada "Ularmak". Memang patut pun UMNO ada golongan tu sebagai ahli dan penyokongnya. Sebab parti itu parti setan yang aku dan semua orang kenai.

PAS pulak parti Islam. Ada ramai ulamak dalamnya dan ramai yang di luar yang sokongnya. Malah PAS sendiri ada Dewan Ulamak dan sekumpulan ulamak yang terer dan direspek yang dikenali sebagai Majlis Syura. 

Tapi sehari dua ni telah timbul Ularmak dari PAS. Bukan ahli biasa, malah bukan juga Ketua Cawangan atau Kawasan. Ularmak ini Ahli Majlis Syura. Maksudnya ada Ularmak atau ulamak tak guna atau ulamak sial atau ulamak jual tubuh atau ulamak penipu atau ulamak cari makan atau ulamak ejen parti lawan atau ulamak dajjal atau ulamak haram jadah atau ULAMAK PELAQ dok ada dalam Majlis Syura.


Dulu timbul cerita ularmak ni. Dia suka buat kelaku yang pelik yang aku rasa dia nak atau suka diterajang  keluaq PAS macam Ah Sang Jati. Dia jenis ketegaq nak buat bodo dok dalam PAS malah dalam Majlis Syura pasai dia rasa ulamak lain takut kat dia. 

Kelmarin dia buat kelaku lagi cerita hal Sarawak nih....... Bagi bukti la bro jangan cakap saja macam kawan hang si Ah Sang Jati tu. Cakap dan tuduh mesti mai sekali dengan bukti. Tak dak bukti kalu tu cakap kosong, cakap cari makan, cakap nak bagi sakit hati orang. Khinzirlah lu bro. Tengok orang yang hang tuduh dah jawab macam ni.

Aku rasa sebelum lain-lain ulamak dalam Majlis Syura kena penyakit ulaq dan digelar "ULARMAK" juga maka depa kena jaga-jaga dengan makhluk ni dan tak payah simpan di dalam kumpulan depa pun. Jauhkan diri dari dia macam depa ni buat.

Wahai Tuan-tuan Syeikh ulamak-ulamak besar PAS yang dok dalam Majlis Syura, silalah ambik tindakan sepatutnya dan jangan dok cakap konar-konar. Takkan hampa semua nak tunggu ahli-ahli dan penyokong PAS yang bengang dan tak berapa boleh tahan sabaq ini pi buat DEMO depan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut kot... 

INGAT: ahli dan penyokong PAS bukan macam UMNO, kalau benda tak kena kami sondoi tak kira hampa sapa!


Ahad, 29 Januari 2012

Kerja Bengong Haron Taib Bela Azizan...

Cakap banyakpun tak guna elok dikata bodoh dan bengong saja. Jadi Ketua Dewan Ulamak tapi akai malaih nak pakai. Kalau bela Azizan hal pelaksanaan dasar yang dikacau oleh PKR dan DAP tak pa jugak la. Ni bela si Azizan hal AktaUniversiti & Universiti Kolej (AUKU).

Patutlah si Haron Taib ni termasuk dalam golongan Kerajaan Perpaduang.


PAS ulama chief tells PKR, DAP to respect Azizan’s views

January 29, 2012
KUALA LUMPUR, Jan 29 — Datuk Haron Taib has defended Datuk Seri Azizan Abdul Razak’s move to stand by the University and University Colleges Act (UUCA), saying such a decision was the prerogative of the Kedah mentri besar. 
The PAS ulama chief was quoted by theNews Straits Timesas saying that Pakatan Rakyat (PR) partners DAP and PKR should respect Azizan’s views on the issue. 
“Azizan is the mentri besar and has the right to make any decision, regardless of whether others are happy with it. 
“It is easy for PKR to criticise us as they are not in Azizan’s position,” Haron was quoted as saying. 
Haron said that PAS should have the freedom to act on its own, and that it did not need to agree with everything that its other PR partners had said. 
“Although we are in a pact, that does not mean we have to agree with everything that the other party says, we must have the freedom to act on our own,” he said. 
Azizan (picture) had previousLY been criticised by constitutional expert Prof Abdul Aziz Bari for defending Kolej Universiti Insaniah (Kuin)’s suspension of five students under the UUCA in May last year, something which Azizan has said he is willing to be sacked for. 
The five Kuin students were hauled up before a disciplinary committee on May 25, 2011 for breaching the UUCA by participating in a demonstration, making speeches with loudspeakers and holding a press conference to protest the use of a religious teaching block to house a smart school. 
Mohd Faiz Mohd Arshad was suspended for two semesters while the rest were barred for one semester and given warning letters. 
Although the suspension was meted out nearly eight months ago with four of the five having already served their one-semester bans, the activists have continued to pursue the matter in court. 
However, the Kuala Lumpur High Court postponed the January 18, 2011 hearing on the suit to challenge the suspension without giving a new date. 
PAS has demanded Azizan explain the suspension of the five students during its central leadership meeting this coming February 12.

Jumaat, 3 Jun 2011

Bekalan Letrik Putus Semasa Pengiraan Undi Pemilihan PAS....

Boleh jadi ka....? Tengah ghalit dok kira undi, terkemut-kemut dok tengok kertaih undi, para penyokong dok tunggu sampai berbulu dan berjanggut... tup tup gelap lampu semua padam!

Semua riuh "Apa ni? Apa ni?

Ramai jawab sendiri "Letrik Putuih...Api tak dak... Blackout!!".

"Habihla.. Habihla..." sampok sorang dua dengan kecewa.

Boleh jadi macam tu ka? Dalam PRU yang dikendali oleh SPR perkara ni dah jadi kebiasaan. Pemilihan UMNO pun pernah berlaku. Zaman Mahathir hidung besaq.

Tapi dalam pemilihan PAS macamana? Adakah malam ni akan berlaku? Kita tunggu...... Kalau jadi black out.. memang yang menang macam senarai dulu la....

Aku sokong MAT SABU....

Ewah!!! Steady Bro...!!!

Selasa, 19 April 2011

Bila Pulak Giliran Haji Hadi?

Malas nak tulis, aku kopi saja....


Penganalisis: Hadi Awang dilihat liabiliti, PAS perlu perubahan

April 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.
Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.
Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.
Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.
“Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.
Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.

Isnin, 29 Mac 2010

Konpom... Nik Aziz Mursyidul Am PAS

Dari sumber berita dah konpom Memberi Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik semula sebagai Mursyidul Am Parti Islam Se Malaysia oleh Majlis Syura Ulamak.

Rabu, 17 Februari 2010

Ustaz Ni Nak Kena Pelempang

Hari ke-2 Raya Cina aku ke rumah adik ipaq aku. Sekarang dia menetap dalam daerah Baling. Depa dua laki bini dah boleh cakap macam orang Baling. Loghat Petani macam orang Grik, Ijok dan Batu Kurau di Perak. Di Kedah orang Baling, Sik, Kuala Nerang majoritinya bercakap loghat Petani.

Tengah rancak bersembang..... timbui cerita kereta. Adik ipaq aku minta tolong cari kereta, pasai kereta dia dah remuk eksiden.

Pesannya "Kereta harga bawah sepuluh ribu, kaler apapun tak pa tapi putih kami tak mau...".

Akupun tanya "Pasai apa hangpa tak mau kereta kaler putih? Cepat kotoq ka?"

"Dak aih! Ostad kami kata pakai KERETA PUTIH tak baguih kerap eksiden" jawap ipaq dengan selamba.



Terkejut aku dengan jawapannya, aku tanya lagi "Ustad mana ajaq merapu kata kereta putih tak baguih kerap eksiden?"

"Ostad kami la..... memang betoipun kereta putih tak elok pakai senang eksiden". Kebetulan pulak kereta depa yang remuk tu pun kaler putih jugak.

"Ya la aku tau ustad hangpa, tapi ustad tu nama apa? Dudok di mana? Aku nak tau jugak, akupun tak pernah dengaq cerita macam ni, kot kot aku boleh pi tanya sendiri ustad tu" aku cuba dapatkan kepastian.

"Ostad mana tok sah ambik tau... janji kereta putih kami tak mau" jawab ipaq aku sambil mengelak untuk memberitahu nama ustaz itu.

Tu dia.... ada USTAZ di Kedah.... khususnya di daerah Baling..... mengajar benda-benda kurafat dan tahyul. Ustaz PAS atau UMNO ni......?

USTAZ NI KALAU JUMPA.... TAK PAYAH TANYA BANYAK.... TERUS BAGI PELEMPANG.


Sabtu, 13 Februari 2010

DEPA KATA MISBAHUL MUNIR PUN.....

Banyak kali jugak bila ada isu timbui yang melibatkan PAS dan kepimpinan tertinggi, Misbahul Munir Masduki akan melatah dan diapun ikut rentak pihak yang dikondemnya. Kalau pihak itu memaki Hj Hadi dia akan maki balik. Lihat sini. Diapun dua kali lima.

Tapi Misbahpun ada kelemahan. Kelemahan dia diketahui semasa dan selepas Ir Nizar jadi MB Perak.

Depa kata.... bukan aku kata..... depa tu adalah golongan PAS yang masa Nizar jadi MB, depa tak hampiaq pun kat Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kalau Nizar pi ceramah depa tetap dudok dengaq di tempat orang awam. Kalau diminta bantuan depa bagi bantuan. Depa ni golongan "ghebuih tak empok" yang ada prinsip perjuangan. Lepaih rampasan kuasa, kalau ada perhimpunan dan tunjuk perasaan depa tetap ada.

Sekali tu salah sorang depa ni bersembang dengan aku.

Nak tau depa kata apa "Ada jugak perangai UMNO dalam PAS..... minta itu ini... ada yang dapat"

"Sapa? Dapat apa?" tak aku buat-buat bodoh.

"Alaah.... orang kita la... depapun 2X 5 dengan orang UMNO Celaka tu.... malu kat DAP".

"Sapa dia sebenaqnya?" aku asak soalan.

"Ni si#$%^&, si*^%$#, si ustaz $+-*&&, si*##^@." dia sebut nama pemimpin PAS negeri sorang-sorang, tak dakpun nama jenis Ngeh, Ngah, Siva, Mutu, Ah Seng dan Ah Guan.

"Depa dapat ==--=, depa banyak duit. Misbahpun dapat jugak...... dia dah beli @#^%$ tapi pakai nama proksi" dia terus buka rahsia.

"Aku agak yang Zamry Mamak nak dedah tu pasai ni lah.... tapi sebodo-bodo Zamry dia tau pikiaq jugak.... tak dak eviden, kalau ada dah lama dah" sambungnya

"Aku masuk PAS pasai Islam... aku lawan UMNO pasai Islam dengan perkara-perkara macam nilah" kata depa lagi.

"Betoika?" tanya aku "Betoila....!!! Hang ingat aku reka ceritaka?"

"kalau aku tulih dalam blog?" sakat aku

"Hang tulih la... aku heran apa.... kalau hang kena saman.... pangge aku jadi saksi.... aku boleh bawak berlambak saksi..." katanya dengan konfiden.

ITU adalah sebahagian dari bahan bualan aku dengan depa ni. Aku tulih apa yang aku ingat. Aku tak tambah ajinomoto. Perkurang masin tu adalah...... Kalau tulih betoi-betoi yang depa kata akupun tak sanggup, macam depa kata kat UMNO.

Jumaat, 5 Februari 2010

Tuan Ibrahim Silap Mohon Ampun

Tuan Ibrahim dalam menjawab kutukan ahli dan penyokong AS dalam "BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS", dalam perenggan penutupnya dia menyatakan:-

"Kepada Allah saya pohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan dengan bebanan yang lebih berat di akkhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah."

Perenggan ini menunjukkan 2 watak Tuan Ibrahim. Pertama kononnya dia seorang ustaz yang warak dan tawaduk yang sentiasa memohon keampunan kerana takut dia buat salah. Yang Kedua diapun jahat jugak sebab dia bagi amaran dan takutkan orang lain, macam Ketua Mafia.

Tapi apapun.... yang aku faham.... Tuan Ibrahim cuba berselindung di belakang nama ALLAH. Melepaskan diri dengan mohon ampun pada Allah.

BAGAIMANA TUAN IBRAHIM NAK DIAMPUNKAN OLEH ALLAH SEDANGKAN KESALAHANNYA KEPADA MANUSIA. MANUSIA YANG DIKENCING OLEH TUAN IBRAHIM ITU RAMAI. DALAM HAL NI MANUSIA AMPUNKAN DULU BARU ALLAH AMPUNKAN. TAK GITU TUAN IBRAHIM!!?


Rabu, 3 Februari 2010

Alasan Tuan Ibrahim.....

Dalam bab Khalid Samad, Pengerusi JK Disiplin PAS, Sir Ibrahim Sir Man dah panaih pungkok........ Jadi dia tak boleh dudok diam. Dia kena bagi alasan........tengok dalam BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS...... Amboi tajuk hebat juga.

Sir Brahim...... macamana UMNO Jahanam nak serang PAS dalam bab Khalid Samad ni...... Dia antara individu yang UMNO Jahanam meluat. Bila Sir Brahim dan kuncu-kuncu hukum Khalid begitu..... maka JK Disiplin telah memudah dan menolong UMNO Jahanam lah.

Lepaih tu Sir Brahim pulak hanya bagi ancaman yang tak menakutkan pada Barua UMNO Jahanam iaitu Hassan Ali....




Selamat Jalan.....


Mungkin tak lewat aku ucapkan "Selamat Jalan" kepada Menantu Nik Aziz iaitu Ir Arifahmi kerana melepaskan jawatan lebih awal walaupun dah terlewat. Beliau memegang jawatan hingga 31 Januari 2010 lalu. Lihat sini.

Diharap Menantu ini tak buat lagi hal-hal macam ni dan Nik Aziz juga begitu. Perkara Anak Menantu bagi seorang pemimpin yang berkuasa adalah perkara besar dan berat, lebih-lebih lagi pemimpin itu juga seorang ulamak yang dihormati.

Isnin, 1 Februari 2010

Sama Saja

Jawatan Kuasa Disiplin PAS dan UMNO sama saja. 2 x 5. JK Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Sir Ibrahim Sir Man sama saja dengan JK Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh... entah orang tua mabuk manapun aku tak ingat....!

Kalau JK Disiplin PAS sama JK Disiplin UMNO; maka pengerusi pulak tentu setaraf. Sir Ibrahim sama dengan orang tua mabuk tu.....

Cuma adakah PAS itu sama dengan UMNO......?
Kalau sama kena cari parti lain lah.....

Selasa, 5 Januari 2010

Dua Soalan Kepada Nik Aziz

Soalan Pertama:

Apakah hukumnya jika seorang Pemuda* yang merekomen seorang kawannya berkerja di sebuah firma perunding sebagai Jurutera Residen (RE) untuk satu projek. Pemuda ini mensyaratkan kapada kawannya, sekiranya kawannya berjaya jadi RE maka 40% daripada gaji bulanan kawannya itu mesti diserahkan pada Pemuda itu.

Kawannya yang menganggur itupun setuju. Kawannya menjadi RE lebih kurang setahun dan tiap-tiap bulan apabila menerima gaji, kawannya telah bagi 40% dari gajinya kepada Pemuda itu. Pemuda itu seperti hisap darah kawannya.

Sila Tok Guru Nik Aziz berikan hukumnya halal haramnya.

Soalan Kedua:

Pemuda dan kawannya telah sama-sama memohon bekerja sebagai Jurutera dengan Syarikat Air. Mereka berdua telah hadiri temuduga dan malangnya kedua-dua mereka gagal. Tapi seminggu selepas surat pemberitahuan gagal diterima, Pemuda itu diterima pulak jadi Jurutera di Syarikat Air.

Soalannya bolehkah berlaku begitu jika Pemuda itu tiada sangkut paut dengan orang paling berkuasa di negeri itu. Apakah hukumnnya masuk ikut pintu belakang dan tentunya mengambil tempat calon yang lebih layak?

* Pemuda itu kononnya sekarang ini adalah seorang CEO yang lambat letak jawatan dan Menantu seorang Tok Guru Besar yang memimpin sebuah Negeri.

Isnin, 4 Januari 2010

Hari Ni 4 Januari 2010 Akan Ada Kisah Menantu Nik Aziz

La....... hari ni dah 4 Januari 2010. Lama jugak aku tak update blog ni. Last N3 hari Jumaat 18 Disember.

Aku sibuk macam-macam hal. Pi makan kenduri sana-sini. Kemudian cuti ke luaq negeri. Makan angin. Baik pi makan angin dari dok angin dengan perangai pemimpin PAS macam Hj Hadi, Nik Aziz dll. Lagi angin dengan perangai anak menantu macam Nik Abduh, Nik Amalina dan Si Gampang Ariffahmi. Depa pulak nak tebus pengorbanan bapak depa.

Aku tengok blog aku aku di sini...... ada komen.......
Tanpa Nama berkata...

Mana pergi tuan rumah ni? Dah pencen ke?
Tuan rumah Saynotomunafiqeen dah tak jenguk rumah dia tu jugak.

Agaknya semua tunggu bulan Mac 2010 lepas saja Ariffahmi keluar PMBK, baru nak sambung memblog.

ir Anon

Sabtu, 12 Disember 2009

Menantu Gampang Nik Aziz Jawablah Fitnah Kickdefella

Lagi lama menantu gampang sial berada di PMBK aku rasa lagi banyaklah keluaq cerita-cerita yang cuba ditutup oleh pemimpin Pas Kelantan.

Mungkin Menantu Gampang dok tunggu di PMBK tu sebab dia nak settel kerja dia dulu kot. Fine tune mana patut. Hilangkan bukti kerja jahatnya. Sapa tau.....

Sekiranya apa yang ditulis oleh Kickdefella di sini (Dari Bazaar Tok Guru Jadi Busut Almenantunya) tak betul, maka tentunya fitnah. Adalah menjadi kewajipan Menantu Gampang dan pemimpin PAS Kelantan jawab dan nafikan. Jika tidak ianya bukan fitnah.

Tapi AWAS JANGAN TEGAKKAN BENANG BASAH.


Jumaat, 11 Disember 2009

Ariffahmi: Menantu Gampang Yang Kurang Ajar

Sekarang Menantu Gampang jadi KURANG AJAR. Menantu Gampang Nik Aziz ni dah pandai dok soal orang. Dah banyak dibagi muka oleh pimpinan PAS Pusat. Dia dah persoal kenyataan Mahfuz Omar.

Dia ni sapa? Kalau setakat jadi pemimpin Pemuda Pas di Kelantan saja tok sah banyak ceritalah. Itu pun dilantik sebab dapat bonus sebagai Menantu Nik Aziz. Kalau kekuatan sendiri dah pecah kepala dipijak orang.

Aku pun hairan apa yang sigampang ni dok pertahankan di PMBK tu. Nik Aziz mungkin dah makan nasi kangkang ayaq teloq Menantu Gampang kot. Orang lain tegur dia pasai Menantu Gampang dia melentin semacam saja!

Saudara Mahfuz, jangan dilayan sms atau call mamat gampang sekoq ni. Dia ni jenis "Budak baru masuk jawi (bersunat) peliaq baru balajaq keraih, ada nafsu nak mengorat janda tetek besaq".

Tengok macamana KURANG AJARnya Menantu Gampang....... dalam Menantu Nik Aziz persoal motif Mahfuz buat desakan.


Najib Belum Pecah Perut Sebab Doa Nik Aziz Tak Makbul

Seminggu dua ni heboh berkenaan kenyataan Nik Aziz iaitu "Doa Sampai Pecah Perut" kerana UMNO khususnya Najib enggan membayar royalti petrolium kepada Kerajaan Kelantan. Aku suka juga kalau perut Najib tiba-tiba meletup dalam Dewan Rakyat dan diikuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO lain termasuk ahli UMNO. Akupun dok bayangkan kejadian bakal berlaku itu. Tentu meriah dan terlompat-lompat penyokong PAS melihat Pesta Pecah Perut.

Tapi aku dapat rasa, perut Najib tak akan pecah. Muhyidin Sembab, Hisham Pondan, Shafie Bedal dan semua pemimpin UMNO Jahanam serta ahli-ahlinya tidak akan pecah perut dengan doa Nik Aziz.

Doa Nik Aziz kali ni tergantung, terdinding, tersekat dan tidak mustajab serta tidak makbul kerana Nik Aziz ada kes. Kesnya Menantu Gampang. Kes Menantu Gampang Nik Aziz ini sepatutnya dah selesai dengan perletakan jawatan Menantu Gampangnya. Akan tetapi Menantu Gampang Sial ini mencari helah untuk melanjutkan kerjanya di PMBK dan Nik Aziz sebagai Pak Mertua hanya setuju dan kini paling hebat backing Menantu Gampang pulak.

Itu sebab Najib tak bising-bising pun hal Menantu Gampang ini. Dia tau selagi Menantu Gampang berterusan di PMBK, doa Nik Aziz confirm tak makbul. Najib dok berharap Menantu Gampang ni terus jadi CEO PMBK, sebabnya selain dari doa pecah perut tak makbul, Najib boleh gunakan isu Menantu Gampang Nik Aziz pada masa yang sesuai bagi kepentingan politik UMNO Jahanam.