Rabu, 19 Ogos 2009

Mana Najib?


Dah banyak hari Najib PM 1-Malaysia senyap, tak dak cerita. Najib ni kalau diam dan senyap mesti tengah dok rancang untuk buat sesuatu...... 

Aku agaklah dalam senyap-senyap, nanti tau-tau Najib timboi dengan Hassan Ali bersama katak-katak dari Selangor. Buat sidang media pangge tv dan akhbar untuk umumkan BN akan tubuhkan kerajaan di Selangor. Cuma tunggu perkenan Sultan. Sultan pulak sedara dengan Sultan Perak, dia pun selalu dok bela Sultan Perak. Perkara ni dah jadi kat Perak. Kat Selangor pun mudah bagi Najib. Lagipun dia Ketua Perhubungan UMNO Jahanam Selangor.

Timbui syak wasangka ni bukan pasai apa,  tengok perkembangan akhir-akhir ini seperti berikut:-

1.  Najib dah umumkan dengan apa carapun BN mesti ambil balik negeri Selangor dari PR kerana negeri itu termaju di Malaysia dan boleh mangangkat semula martabat BN dan UMNO.

2.  Najib sendiri jadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Kalau tak dak hal tentu Najib tak lepaskan jawatan itu kepada Zamry Mamak Pedukang.

3.  Komponen belakang tabir BN, iaitu SPRM dan PDRM dok tumpu kat Selangor saja. Hal 2-3 ribu kecoh disiasatnya. Tapi rumah Khir Keparat Toyo, SPRM buat derk aje. Pegawai PTD yang berlambak kat Selangor tu bukannya professionalpun. Depapun pro UMNO. Pegawai Melayulah katakan........ Semua tunggu untuk bertindak saja bila sampai masa dan ketika.

4.  Akhbar dan tv penipu dan perbodoh Melayu seperti Utusan, Berita Harian dan TV3 rancak dok canang DAP kuasai kerajaan Selangor di mana PKR dan PAS ikut cakap DAP. Dibangkitkan hal jualan arak, kuil dsbnya.

5.  Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang dilantik oleh Presiden PAS, begitu galak memainkan isu yang kononnya mempertahankan maruah Islam dsbnya hingga ke satu peringkat dengan bangganya mengadakan sidang akhbar untuk menggesa Exco Selangor dari DAP iaitu Ronnie Liu dilucutkan jawatan. Hassan Ali juga telah mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak sependapat dengannya dalam hirarki PAS Selangor. Hassan Ali kelihatan seperti orang UMNO dalam PAS.

6.  Sekarang ni ligat proses membeli katak berlaku di Selangor. Tawar-menawar secara bisik-bisik macam pasar borong ikan di Kuala Muda, Kedah. Cuma harga dan kaedah pembayaran saja yang akan menentukan kejayaan Najib merampas Selangor.

Jadi...... janganlah pemimpin-pemimpin PR dok leka. Awasilah YB-YB hangpa, terutamanya Hassan Ali. Jangan pisang berbuah dua kali. Nanti nga-nga. Negeri UBN sapu. Cakap banyak lepaih tu sampai meleleh-leleh ayaq lioq pun tak guna dah.

1 ulasan:

  1. Salam tuan pemilik blog,

    Sebagaimana tuan, kami di PPK1 juga mengalu-alukan sebarang bentuk kebebasan bersuara, selagi ianya dalam ruang lingkup Islam dan Iman. Tidak dibabaskan dari matlamat dakwah, dipalitkan dengan fitnah, dan dibaluti dendam kesumat.

    Blog tuan bermaklumat, cuma saya mohon atas nama Allah dan atas pendirian husnuzan (berbaik sangka), elakkan dari melaga-lagakan pimpinan. Kami faham tuan juga sayangkan pemerintahan Pakatan Rakyat sebagaimana kami. Kami juga faham tuan sekadar memberi peringatan kepada pimpinan tertentu bahawa gerak geri mereka diperhatikan. Cuma kami takut ahli dan penyokong akar umbi pula yang tersalah faham.

    Salam ukhuwwah dari kami di PPK1. Jemput berkungjung ke blog kerdil kami di www.pemudakemehe1.blogspot.com

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.