Isnin, 12 Oktober 2009

PAS Sendiri Yang Pilih Untuk Kalah

PAS kalah di Bagan Pinang...... PAS kalah di Bagan Pinang...... PAS kalah di Bagan Pinang.......

Itulah yang boleh di ulang-ulangpun. Kalah tetap kalah. Tak dak aih.... kalah tapi menang. Tu nak sedapkan hati saja. Takkan nak bagi alasan BN ugut pengundi. SPR tipu. PDRM side sebelah BN. RTM barua BN. PKR dan DAP tak bersungguh tolong. Cina dan India lari ke BN. Pengundi bodoh sebab undi BN.

Semua tu karut.... yang betoinya..... PAS masih lemah...... PAS masih tak setanding UMNO. PAS menang banyak kerusi masa PRU 12, sehingga boleh jadi MB di Perak dan Kedah kerana sokongan dari PKR dan DAP. Cuba lihat, tempat yang DAP dan PKR lemah...... PAS lingkup. Bagan Pinang, PAS bungkuih. Malah di Kelantan negeri kubu PAS sendiri, PRK Manek Urai PAS sikit lagi bungkuih. Bab ni pemimpin PAS kena mengaku.

PAS masih tak diterima oleh orang Melayu. Orang Cina dan India tak yakin pada PAS. Sebabnya PAS bila menang jadi merak. Perasan lebih. Ustaz-ustaz PAS yang warak dan zuhud, bila menang nada cakappun dah eksyen dan bongkak saling tak tumpah macam pemimpin UMNO jugak.    

Dah tu ada pulak segolongan pemimpin PAS macam Nasarudin Mat Isa dan Hassan Ali dok kira nak bermuzakar dengan UMNO. Dok ingat ketuanan melayu, sayang kat UMNO pasai depa orang melayu jugak. UMNO kalah dan hilang kuasa, maka melayupun akan ditindaih dan Malaysia ni akan diambik alih oleh cina dan india. Pemimpin sendiri tak yakin pada PAS. 

Ada pulak Syeikh Tantawi nak berwacana dengan Pemuda UMNO. Karut punya syeikh.... Ini semua orang bukan Islam nampak. Nak undi depa cakap lain. Sudah menang buat lain. Haji serban besaq pun penipu ka? Serupa ahli politik sekular lain jugak ka?

Ciss... bodoh punya pemimpin. Lagi bodoh orang yang diwakilkan oleh ahli untuk pilih pemimpin. Eloklah ahlipun kebanyakkan dok wala' kat pemimpin membabi buta.  Kalau tegoq pemimpin depa, depa terbeliak biji mata macam nak telan orang......

Hassan Ali yang paling karut..... dia selalu buat hal masa dekat PRK. Ni BN menang dia dah puas hati kot. 

Tapi dalam hal ni yang paling bersalah adalah Haji Hadi, Presiden PAS. Yang dia dok angkat Hassan Ali jadi Pesuruhjaya PAS Selangor tu buat apa......? Dia ni pernah dilantik jadi Naib Presiden satu penggal, lepaih tu bungkuih...... sebab apa? Cakap pandai, rancang pandai tapi laksana kaput.... tak jadi..... Hassan Ali ni tak lebih gendang raya masjid saja, katok bunyi degum-degum tapi dalam kosong....... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.