Khamis, 19 November 2009

Salahguna Kuasa Hassan Ali: Ternak Biawak di Selangor

Hassan Ali, Pesuruhajaya PAS Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap BARUA UMNO dalam PAS, bolehlah dikatakan seorang usahawan yang berjaya, kalau bukan di peringkat nasionalpun dia memang handal di Selangor.

Hassan Ali memang kuat berusaha ke arah kekayaan. Dulu dia menganjurkan segala hal berkenaan motivasi hingga dia menjadi jutawan. Ibu bapa berduyun-duyun hantar anak untuk dimotivasi oleh Dr PhD ni. Sehingga Kerajaan BN Selangorpun tertawan dengan kehebatannya dengan menganugerahkan sebidang tanah kepadanya. Hebat motivator islamis jenis kapitalis ni.

Dia juga popular menerusi Forum Perdana Ehwal Islam di RTM selama bertahun-tahun bersama Haron Din (Deputi Mursyidul Am PAS & Pengetua UG?), Ismail Kamus, Tuan Ibrahim (N/P PAS - Chairman J/K Disiplin.... boleh percayakah dalam kes Hassan Ali?)) dll ustaz lagi. Populariti ini digunakan untuk membodohkan pemimpin dan penyokong PAS.

Untuk menambahkan lagi kekayaannya (setelah gagal menjadi MB Selangor selepas PRU12 lalu) Hassan Ali telah menambah kagi perusahaannya. Kali ni perusahaan yang dijalankan oleh Hassan Ali adalah menternak BIAWAK.


BIAWAK ni kalau dah lama diternak akan jadi BUAYA.

Macam-macam jenis BIAWAKS (ada 'S' sebab plural) dibela oleh Hassan Ali. Hassan Ali dengan kebijaksanaannya membela biawaks ni tidak mengeluarkan modal satu sen pun. Tapi dia telah menggunakan WANG, BANGUNAN DAN FASILITI Kerajaan Negeri Selangor. Di samping diternak di tanah-tanah kosong, pejabatnyapun dijadikan lokasi ternak biawaks. Yang menariknya biawaks belaannya semuanya diberi nama.


Tapi yang menghairankan, Presiden PAS macam merestui saja sikap "enterprising" Hassan Ali ni. Ehem... ehem... ada apa-apa ka? Bagi ahli-ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat jika ingain melibat biawaks ternakan Hassan Ali, silalah buat temujanji dengan Pejabat Exco dulu.

Untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut tentang Usahawan Hassan Ali dan Biawaks nya sila klik sini....

3 ulasan:

  1. Bro,

    Biawaks2 Hasan Ali ini, ada juga yang pandai main SMS kan...?

    Semua PBT dalam Selangor ni dah banyak biawaks dia... camna nak hapuskan tu...?

    BalasPadam
  2. Thursday, November 19, 2009
    DARUL WHISKEY vs DARUL ARAK?

    POSTING saya pada 16 Nov lepas bertajuk Kota Arak di Selangor nampaknya menarik pandangan beberapa bloggers. Sebuah blog yang pro-pembangkang membangkit soal pusat pengedaran Guinness Anchor Marketing di Jalan Sultan Azlan Shah yang kononnya terletak di bawah DUN Sungai Rapat (DUN BN).

    Seperti biasa blogger-blogger ini melemparkan tuduhan kononnya kelulusan untuk membuka pusat pengedaran itu di buat oleh kerajaan Barisan Nasional. Saya juga tersentak di atas tuduhan berkenaan oleh seorang blogger yang menuduh saya sebagai "lahabau-lahanat".

    Bagaimanapun saya tidak terdidik dengan perangai seperti itu. Baik oleh kedua ibubapa saya mahupun guru-guru juga "boss" saya Dr Zambry. Mungkin blogger berkenaan terlepas kelas akhlak sewaktu di sekolah atau kedua ibubapanya terlupa untuk mengajar beliau perkataan sopan dan menjadi manusia beradab, wallahualam bissawab.

    Berbalik kepada tuduhan yang dibuat oleh dua blogger PAS, itu dalam semakan yang dibuat untuk membuka pusat pengedaran seperti itu tidak memerlukan lesen atau permit dari mana-mana pihak. Bagaimanapun, kelulusan untuk membina bangunan itu diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 30 Disember 2008.

    Bangunan itu terletak di bawah DUN Pinji, Parlimen Ipoh Timor dan bukan DUN Sg Rapat seperti yang didakwa oleg blogger-blogger PAS itu. Ia juga tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk meletakkan papan tanda.

    Jadi sebelum menuduh orang lain, periksa diri sendiri dahulu. Wallahualam bissawab.

    Posted by NIZAM ISA at 4:04 PM

    BalasPadam
  3. Biawak?? nak buat ape??? baje ke makanan eksotik??

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.