Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Selasa, 7 Mei 2013

PAS Mesti Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor

Aku tengok dalam blog-blog pro PAS tertentu dah keluar ayat-ayat yang mau PAS ambil jawatan Menteri Besar Selangor. Ada juga dalam blog dan FB puak-puak yang UMNO yang dok cucuk mengatakan wakil PAS layak jadi MB pasai PAS parti Islamla, lebih dipercayaila, hak PASla pasai bilangan kerusi lebih dari PKRla. Itu semua sokong bawa rebah.

Aku mohon kepada Presiden PAS supaya jangan kacau ganggu untuk ambil jawatan MB Selangor bagi kat wakil PAS. Biarlah Khalid Ibrahim teruskan. PAS boleh minta jadi Timbalan MB pasai di Selangor kalau tak silap aku ada peruntukan untuk jabatan TMB. Tak payah berkeras untuk jawatan MB.

PAS kena ingat kerusi PAS bertambah bukan pasai PAS. Tapi pasai kerjasama dalam PR. Faktor Khalid Ibrahim yang berkerja keras dan tegas yang menarik sokongan dan kepercayaan pengundi. Jadi biarlah Khalid jadi MB.

Kalau ada anasir-anasir lain pulak dalam PKR yang nak ambik jawatan tu, PAS mesti pertahankan Khalid Ibrahim.

Ingat!!! Selain dari Kelantan, PAS dah teraju dua negeri iaitu Terengganu dan Kedah. Tapi kedua-dua negeri ni hanya bertahan satu penggal saja. Demi kesepakatan dalam PR dan untuk menawan Malaysia, PAS jangan tamak dan gila kuasa.


Sabtu, 4 Mei 2013

Di Semenanjung Tanah Melayu BN Hanya Menang 3 Negeri, Putrajaya Habuan PR


Aku sembang dengan orang tertentu yang dapat maklumat dari risikan dan depa bagi tau BN hanya boleh menang di 3 negeri saja di Semenanjung Tanah Melayu. Negeri mana depa tak bagi tau. Sendiri kira dan sendiri agaklah.

Aku buat perkira dan semakan, aku yakin dengan izin Allah SWT Pakatan Rakyat akan mengesuai semenanjung. PR akan tambah lagi negeri ke dalam genggaman depa.

Jika PR menguasai lebih dari seratus kerusi parlimen di Semenanjung dan dapat merampas beberapa kerusi seperti yang dijangka di Sabah dan Sarawak, insyaAllah BN bungkuih dan wajib tinggalkan Putrajaya. 

Maka teriak menangis guling-gulinglah si Mahadet dajai tua pasai BN kalah dan dia pulak banyak buat salah selama 22 tahun.  Itu sebab la ni dia hari-hari siang malam pagi petang dah macam orang gila dengan rambutpun dah tak bersikat dok kempen sana sini untuk menangkan BN. Mahadet boleh pangsan dan teruih koma jika BN kalah!

Tapi jangan over confident, BN khususnya UMNO macam orang jahat dalam filem hindustan. Depa akan berusaha buat kerja jahat hingga saat-saat akhir. Usaha akhir depa adalah menentukan orang-orang Indon, Bangla, Nepali, Burma, Filipino dll dapat buang undi. Penyokong PR mesti menutralkan undi depa.

Jadi penyokong PR mesti pastikan dalam apa jua keadaanpun mesti turun buang undi. Berapa jauh dudukpun wajib balik mengundi. Yang sakit mesti diusung, yang buta dituntun, yang pekak ditunjuk, yang papa diangkut dan yang baloq diheret untuk ke tempat mengundi.

Selamat mengundi. Ubah. Selamat berkerajaan baru. Allahuakbar.

Selasa, 23 April 2013

Bodo Punya Haji Hadi....!

Juboq ayam bukan kira tang mana, main berak saja. Dia tak peduli di laman depan rumah ka? Di muka pintu utamaka? Di pintu dapoq ka? Di dalam rebanka? Dia tak peduli janji boleh pret pret, taik boleh keluaq. Orang lain nak kena cuci depa punya pasai. Mulut Haji Hadi macam juboq ayam!

Kelmarin (semalam?) aku tengok video Haji Hadi di sini di sini... Wah! Cakap dengan nada kononnya keraih. Tapi nampak sombong, bongkak, dan kurang ajaq. Ada bunyi fitnah. Bagi aku apa yang keluaq dari mulut Haji Hadi adalah taik dari perut busuknya.

Pi dok auta orang PAS Trengganu bolehlah ustad oi. Ingat PRU 2004, pi dok kata Lim Kit Siang dan Karpal Singh ahli politik dah sampai tarikh luput dari zaman dinosur. Apa jadi? Dia yang kena tendang. Tu pun tak ingat! Bodo punya Haji Hadi.
 
Bodoh punya presiden PAS! Mat Sabu dok buat apa? Mat Sabu tak boleh ejas Ustad C20 ni ka? Hello cik Mat aku tak mau Haji Hadi jadi TPM. 
 
Bodo punya Haji Hadi!

Ahad, 21 April 2013

Setan Tak Kencing Kawan...!!!

Setan tak kencin kawan! Tu kata-kata hikmat kawan aku. Dah lama aku dok kaji, memang betoi. Aku tak pernah jumpa dalam surah yang cerita setan kencin kawan dia. Tak pernah dengaq cerita dari orang tua yang setan tipu setan lain. Setan tipu manusia ada.

Tengok macamana baguihnya ikatan persaudaraan sesama setan. Parlimen Pasir Mas.  Bakal calon BN Johan Che Pa tak serah borang pencalonan pasai dia tolong kawan iaitu Setan Senior Brahim Ali. Setan tolong setan. Itulah ajaran Kepala Setan Mahadet yang dua-dua setan ni ikut demhgan taat.

Orang pula suka kencing kawan. Orang kata manusia ni ada banyak cacat cela, lebih-lebih lagi perbuatannya kadang-kadang didorong oleh hasutan setan. Tak kiralah ustad yang belit serban besaq bakui atau kaki keriau reformasi sampai herot mulut. Depa sama-sama ada nafsu. Ada sifat tamak. Ada degil. Ada sombong & bongkak. 

Kejadian berebut tempat bertanding memang dok jadi dan yang syoknya ada yang tak boleh setel sampai hari penamaan calon. PAS dengan PKR letak calon. Ini cerita kencing kawan ni. Celaka, barua, haram jadah, babi punya perangai. 

Tak pa, depa kata hal pertindihan calon depa nak selesai peringkat pimpinan tertinggi minggu depan. Butoh pak depa. Awat tak selesai awai-awai. Nasi dah jadi buboq. Ni dah sah jadi calon, kerta undi tentu ada logo dua-dua parti baru nak selesai?

SAHIH!!! SETAN TAK KENCING KAWAN..

Rabu, 3 April 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013

Punyalah lama tunggu sampai cemuih.... baru hari ni Najib umum. Aku ucapkan Selamat Jalan BN dan UMNO. Pergi mampuihlah lu orang. Jadi pembangkang. 

Lain kali kalau puak-puak Pakatan Rakyat jadi liaq macam hampa kami tendang depa pulak!


Jumaat, 22 Februari 2013

Kutukan Jumaat: Haron Din Kadok Naik Junjong!

Akhir-akhir ini ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS bermula dari Timbalan Mursyidul Am dan Setiausahanya dan berberapa orang lagi kelihatan bercakap dan bertindak mengikut kata hati mereka sendiri dan bukan mengikut kehendak majoriti ahli dan keputusan Muktamar PAS terdahulu iaitu PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk menentang dan menjatuhkan BN dan utamanya UMNO. 

Mereka ini kelihatan sepakat dan sekumpulan di mana dahulunya yang menonjol adalah Nasarudin Mat Isa. Nasarudin dijadikan 'guinea pig' kumpulan pro UMNO. Percakapan dan tindak-tanduknya diatur oleh mereka. Mereka hendak melihat tindak balas ahli dan penyokong. Apabila timbul kemarahan ahli dan penyokong PAS, maka mereka sepakat mengkambing-hitamkan Nasarudin Mat Isa. Mereka cuci tangan. 

Tidak syak lagi ketua kumpulan ini adalah Haron Din. Mulut Haron Din yang biasa terkumat-kamit jampi air sejuk jadi penawar, tidak boleh bercakap mencabangkan lidah untuk tidak bersama kehendak ahli dan penyokong PAS. Ahli-ahli PAS bukan bodoh dan bangang macam ahli UMNO yang akan mengikut saja apa yang kemahuan pemimpin mereka. 

Haron Din bukan gembala kambing dan domba di Tanah Arab yang boleh dipegang dan tarik telinga seekor dan yang lain-lain mengikut. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS adalah golongan pandai, bijak dan cerdik kerana yang bodoh dan bangong semuanya dalam UMNO.

 
Haron Din kena ingat beliau juga telah lama pencen dari menjadi professor universiti. Beliau tidak boleh menjadi pemikir dan memaksa pemikirannya ke atas parti. Beliau juga kena lupakan kebiasaan seorang professor iaitu memandang ahli-ahli PAS sebagai mahasiswa unversiti yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada masa dia menjadi pensyarah dahulu, yang dia boleh buat sesuka hati.

Lagipun Haron Din bukanlah pejuang PAS yang kerap masuk keluar penjara. Beliau hanya menyatakan beliau bersama PAS apabila tercetus penentangan terhadap Mahathir apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Kalau tidak beliau masih sedap-sedap bersama Hassan Ali dan lain-lain rakan Forum Perdana menjual kelentong mereka dalam tv dan dipentas-pentas ceramah.

Kepimpinan dan ahli PAS juga salah dalam hal ini, mereka terlalu obses kepada figura tententu yang ada nama dan popular. Apabila figura popular menyertai PAS, maka figura inilah yang didambakan dan diangkat ke jawatan yang setinggi-tinggi yang boleh. Itulah puncanya orang seperti Haron Din, Hassan Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain jadi besar kepala.

Apabila mereka ini dilayan dengan begitu hebat maka mereka merasa kalau tiada mereka PAS tidak akan mendapat sokongan ramai. PAS lemah tanpa mereka. Mereka rasa mereka ada idea bernas yang akan menjadikan PAS gergasi politik di Malaysia.

Haron Din jumpa Anwar Ibrahim dan meminta Anwar tarik diri dari jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dan mencadangan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah lama tarikh luput  sebagai PM adalah satu usul gila. 

Haron Din dan sekutu-sekutunya macam ayam piru yang berlagak burung merak. Atau Haron Din sudah jadi Kadok naik Junjung!

Selasa, 5 Februari 2013

Ketua Ulamak UMNO & Ketua Ulamak PAS

Dr Haron Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS adalah Haron Taib. Beliau pernah jadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu semasa PAS berkuasa sepenggal. Sepenggal saja dari 1999 hingga 2004 sebab PAS bungkuih. Selain dari pengundi hantu yang BN bawa masuk ke Terengganu, faktor orang macam Haron Taib juga penyebab kekalahan di Terengganu. Tengoklah keputusan PRU12 dulu, PAS negeri lain boleh menang banyak di Terengganu tetap ciput jugak!

Dulu dalam hujung 80an dan awai 90an kalau baca Harakah, ada Doktor di depan nama dia, Ustaz Dr Haron Taib. Tup-tup hilang Dr. Aku tanya kawan aku yang kuat PAS Wilayah masa tu, mana hilang Dr kat Haron Taib, dia jawab Haron Taib tak dak Dr, cuma dok buat PhD, baru buat PhD dah pakai Dr. Kemudian dengar cerita PhDpun  tinggai macam tu saja.

UMNO tak dak dewan ulamak. Depa suka guna 'pergerakan', macam Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri. Pergerakan Ulamak tak dak. Pasai apa tak dak? Dah ulamak tak boleh bergerak dalam UMNO. Ustad-ustad dalam UMNO tukang baca doa, kecuali depa ubah perangai jadi macam yang lain baru depa boleh diterima untuk berjawatan dalam UMNO. Maksudnya depa kena jadi setan jugaklah!

Dalam pada tak dak Pergerakan Ulamak tapi UMNO ada jurucakap dari kalangan ulamak. Depa ni  ada otoriti. Jadi mufti. Mufti ni kerajaan bayaq gaji. Kerja mufti senang dan mudah. Hanya jadi tukang baca doa dalam majlis melibatkan ketua agama negeri. Lain-lain kerja yang libatkan ketua agama macam doa kekah cukuq kepala anak cucu ketua agama. Doa masa ketua negeri dan anak cucu kahwin dan doa masa pertabalan ketua negeri.

Kerja lain mufti ialah tukang pengesah tengok anak bulan ramadan dan syawal. Bagi fatwa lebih kurang kalau ada timbul apa-apa masalah remeh-temeh umat.

Dan tugas hakiki yang penting adalah katup mulut, dudok diam dan senyap sunyi sepi bila ketua agama dan pemimpin parti pemerintah munafik sekular buat perkara yang tak betoi dan bertentangan dengan Islam.

Di kalangan mufti ada ketuanya. Bukan Pengerusi Majlis Fatwa. Ketua ulamak UMNO di kalangan mufti adalah Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Zakaria. Dialah yang paling menonjol. Dia lebih Melayu dari Islam. Rakan dia pernah tegur dia pasai terlalu jarang pakai jubah di mana sebagai mufti dia kenalah utamakan sunnah. Dia jawab mudah, pakai baju melayulah kita orang Melayu. Ha ha ha Mufti Melayu pakai baju batik macam Belia 4B.

Haru sana sini
Mufti ni perkauman. Dia sanggup jadi barua parti UMNO semasa nak tubuh kerajaan di Perak selepas PRU12. Dialah yang sibok pi Kota Baru menyembah Nik Aziz untuk PAS bergabung dengan BN bentuk kerajaan di Perak.

Mufti ni juga nak jadi juara mempertahankan orang Islam dari murtad. Dia gila jaja isu murtad pasai anak penakan dia telah murtad masuk kristian di Singapura. Dia yang berjawatan mufti rasa tercabar dan hangat hati. Jadi dia pulun isu tu.

La ni dia jadi tukang jaga nama Allah. Siap kata orang Islam akan menjadi kafir jika benarkan pihak lain guna kalimah Allah. Bagi aku ketua ulamak UMNO bagi kenyataan ni hanya nak nak tunjuk UMNO betoi.

Dalam isu nama Allah ini Ketua Ulama UMNO dan Ketua Dewa Ulama PAS memang seia sekata. Depa sepakat dan berpendapat yang sama. Cuma Haron Taib takut nak buka mulut lebih. Pendapat depa selari macam pendapat depa untuk UG. Depa berdua yang kalut nak UG PAS dengan UMNO.

Bagi aku sapa yang mendokong UG orang tu adalah mempercayai dan yakin UMNO dan BN saja boleh menjaga Islam dan perintah Malaysia. Besaq mana serban yang dia, berapa hebat jubah dan berapa panjang janggut yang dia bela aku tetap tak percaya kat orang tu jika orang itu suka pada UMNO. Nak kata depa munafik aku tak berani la.....

Isnin, 4 Februari 2013

Hello Nasa! Hang Yang Zalim La...

Pelik si Nasa Mat Isa ni. Dia kata dia rasa kena zalim oleh Tok Guru Nik Aziz, chief dia dalam Majlis Syura Ulamak, pasai dia kena tendang dan anggap dia bukan ahli PAS lagi dengan tertendangnya dari Majlis Syura. TGNA dok kias-kias keahliannya dengan murtad dan cerai. Kendian surat pecatpun tak dapat lagi katanya. Kesian Nasa!

Boleh kesian ka kat orang macam Nasa ni? Dak kot. Zalimkah kalau TGNA kata macam dia kata kat Nasa? Jawabnya dak.

Apa pasai nak kesian kat dia? Nasa ni mana pernah dok kesian kat ahli dan penyokong PAS. Sikit abukpun tak dak  rasa kesian dalam hati dia. Dia dok buat zalim kat ahli dan penyokong PAS adalah.

Masa dia jadi broker kerajaan perpaduan lepaih PRU 2008 dulu, dia ada ingat dan kesian kat ahli dan penyokong PAS ka? Tak dak aih! Yang dia ingat dia boleh jadi Menteri kalau UG terbentuk.

Dia ada ingat dan kesian kat ahli dan penyokong PAS kah masa dia dok cakap merapu macam dia bukan bekas nombor 2 dalam PAS. Pasai DAP, pasai Islam pasai macam-macam yang tak sama dengan pendirian PAS seluruhannya.  Mana ada!

Dia ada ingat dan kesian kat ahli dan penyokong PAS kah masa dia pi sana pi sini dengan Najib? Dia mana mau ingat tu semua. Yang dia ingat dia boleh menempek dengan Najib. 

Tak dak sapa yang zalim kat dia. Patutnya dia ni kena diterajang keluaq dari Majlis Syura dah lama dah. Cuma ahli majlis yang lain dalamnya lembab. Depa lembab dan slow bukan pasai apa, depapun 2 kali 5 nak UG jugak!

Foto Malaysiakini

Lagi satu.... kawan aku yang kononnya boleh agak perangai  dengan tengok muka orang tu.... dia kata susunan gigi Nasa menunjukkan dia seorang yang tak jujur.... makan kawan katanya! Ha ha ha kepercayaan kuno!

Aku tanya kawan aku. Hang tengok muka Haron Din lagu mana pulak? Kawan kerenyeh sumbing saja!

---------------------------------------------------------------------

Nasha: Saya rasa seperti dizalimi
 
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau berasa seolah-olah dizalimi apabila mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kedudukannya sebagai ahli PAS turut terlucut sepertimana jawatannya dalam Majlis Syura Ulama.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad".

"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.

"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan.

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut.

Baca seterusnya di sini.....


Selasa, 22 Januari 2013

Tutup Biro Tata Negara!

Biro Tata Negara ringkasnya BTN wajib ditutup. Sapa tutupnya? UMNO Jahanam atau BN mati hidup balikpun depa tak mau tutup BTN yang belanja kerajaan tapi jadi barua UMNO. Kita tak boleh harap UMNO tutup BTN pasai BTN amat berguna pada depa.

Tapi bolehkah kita harap Pakatan Rakyat untuk tutup BTN jika depa ambik aleh Putrajaya? Bolehkah harap Anwar Ibrahim dan PKR tutup BTN? Boleh percayaka PAS nak tutup BTN? DAP mau tutup BTN ka? Aku rasa depa semua tak mau tutup BTN. 

Depa akan gunakan BTN pulak. Aku tak pernah dengaq Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Lim Guan Eng berjanji dalam ceramah depa nak tutup BTN. Kalau serbu depa lepaih ceramah, tanya depan-depan masa depa nak naik kereta, jawapannya "akan kaji" atau "kita akan bincang".

Bagi aku kerajaan yang berkuasa tidak boleh menggunakan agensi kerajaan dengan menggunakan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan untuk mempromosi pemimpin dan agenda parti politik.  Tak kiralah parti apa. Aku tak mau BN bungkuih PR berkuasa BTN tetap BTN. Cuma ditukar pegawai dan fasilitator yang ada yang pro UMNO dengan yang pro PR pula. Ni semua kerja leceh. Hangpa nak bagi rakyat sokong hangpa semua hangpa buat kerja betoi-betoilah! Rakyat  bukan buta!

Bukan kata BTN, Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA juga wajib ditutup. Boleh jadi KEMAS atau Jabatan Kemajuan Masyarakat mungkin boleh "tune" untuk betoi-betoi buat kerja untuk kemajuan masyarakat. Tapi BTN dengan JASA ni tarak guna langsung! Cuma jadi tempat depa buboh bagi kerja kat calon-calon yang kalah pilihanraya atau bekas YB yang dipujuk supaya tak bertanding. 

Ingat!!! PR tak boleh buat macam tu!

Apa kata Saudara Anwar Ibrahim, Tuan Haji Hadi Awang dan Brother Lim Guan Eng semasa ceramah dan kempen pilihanraya berjanji untuk tutup teruih BTN dan JASA. Dah tu kena janji tutup betoi-betoi, jangan pi bukak jabatan dan ajensi nama lain pulak. Jangan buat leceh ha! Luku kepala baru tau! 

Jangan dalam tahun 2017 ada ceramah tertutup untuk budak sekolah dok perbetoi PR macam di bawah ni pulak....




Ahad, 20 Januari 2013

Setan Besar Hasut Ulamak Besar!

PAS tak sama dengan PKR dan DAP. PAS parti politik berteras agama. PAS parti Islam. PAS ada Dewan Ulama Kawasan, Negeri dan Pusat. PAS juga ada Majlis Syura Ulamak.


Majlis Syura ni khas untuk orang yang dianggap ulamak dan ustad-ustad saja. Hangpa pandai bijak macamanapun kalau hangpa tak dak kelulusan agama dan ikut syarat yang depa buat, hangpa tunggu depa mesyurat jadi tukang kipaih dan angkat ayaq sejuk bagi kat depa saja la. Senarai tengok sini....  Aku anggap Majlis Syura macam Politburo parti komunis.

Boleh dikatakan ulama atau ustad-ustad yang kontrol PAS. Orang lain dalam PAS buat kerja saja. Yang rancang, atur dan buat kerja bukan ustad. Ustad dudok di meja utama dan jadi tukang perabih kepala kambing! 

Orang dah rancang dan buat kerja untuk parti, bila ustad-ustad sampai yang ni tak kena yang tu tak betoi. Yang buat orang hangat hati bila tanya balik nak buat lagu mana. Depa suruh pikiaq sendiri. Depapun tak dak akai. Kalau ustad bagi idea, kalau kita tanya balik "ustaz yakin macam ni boleh ka?". Depa akan berlindung di balik insyaallah. Bila buat tak jadi ustad ni kerenyeh macam orang tabligh baru terjaga dari mimpi tengok bidadari dalam syurga! Itu bab cawangan atau kawasan.

Di peringkat pusat pula, ahli-ahli Majlis Syura Ulamak dan dari Dewan Ulamak dok nak kawai PAS. Patutnya kerja depa kawai PAS dari segi dasar dan polisi parti supaya jangan menyeleweng saja. Ni tidak, kegiatan dan gerak kerja parti pun depa nak dictate. Kalau depa pandai merancang dan atoq strategi tak pa la jugak.

Depa ni buka mulut saja bunyi sumbang. Lepaih tu gila kat wartawan. Gila mulut. Pantang wartawan kerumun tanya kena pulak wartawan betina garit, mulut depa mesti gatai nak cakap. Wartawan tanya bab politik pasai nak cari isu nak pukui PAS, depa cakap merapu konon macam baguih bagi peluru free kat UMNO untuk tembak balik. Bodoh punya ulamak!

Tapi nak kata apa, majoriti ustad-ustad dalam Majlis Syura adalah pro UG. Yang berotak dan berjiwa UMNO pun ada. Ada yang perbuatan dan cakappun terang-terang UGpun depa buat derk!  Sama-sama depa, depa buat tak tau saja!  Sebijik macam anggota politburo komunis. 

Tak payah marah kat depa sebab puak-puak ustad juga yang dok ajaq kat kita, jika hebat dan besar seseorang tu maka hebat dan besarlah setan yang dok mai hasut. Kesian kat depa, bukan setan-setan yang kita tak nampak saja tiap saat dok hasut rasuk depa, setan yang dikenali pun dok hasut depa jugak. 

Setan yang dikenali ni pandai main nama Allah, kepentingan Melayu dan tentunya dah tunjuk kat depa jawatan, kesenangan dan kemewahan yang akan depa dapat jika depa bawa PAS untuk berdakap dengan UMNO. Lagipun depapun sama beriktikad yang UMNO tu yang menjaga Melayu dan Islam.

Kalau tanya aku dan suruh aku sebagai ahli biasa PAS bagi rating kat ahli Majlis Syura Ulamak. Di mana 5 adalah yang paling diyakini dan dipercayai dan 0 adalah langsung tak boleh dipercayai. Aku kata 2. Dua saja bro kepercayaan aku pada depa!

Sabtu, 19 Januari 2013

Adakah Pendedahan Dalam Siasatan RCI Untungkan PR?

Adakah Pendedahan Dalam Siasatan RCI Untungkan PR? Itu persoalannya. Najib dan kuncu-kuncunya tentu tahu kesan negatif kalau siasatan RCI berkenaan pemberian warganegara di Sabah mendedahkan salah laku kerajaan Barisan Nasional. Tapi mengapa dia tubuhkan RCI khas ini?

Memang pendedahan dalam siasatan yang berjalan sekarang kelihatannya menyebelahi PR. Saksi-saksi yang dipanggil mengaku mengeluarkan kertas pengenalan sementara kepada pelarian Filipina untuk bolehkan mereka mengundi. Nama Mahadet dan baruanya Aziz Samsudin Pendek telah dikaitkan.

Mahadet pun yang terkejut (atau buat-buat terkejut!) dengan pendedahan itu telah tak sengaja dan megahnya telah mengaku beri kewarganegaraan. Tapi macam biasa Mamak Pedukang tua gayut ini jawab macam Pak Pandir. Maksudnya bukan aku saja bagi Tunku Andul Rahmanpun bagi juga.

Pemimpin-pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR kena ingat, kenyataan Mahadet itu bukan sebenarnya membantu Pakatan Rakyat tapi boleh mengurangkan sokongan pada PR. Kenyataan Mahadet akan menjadikan pengundi Melayu yang 50-50 akan berfikir panjang sebelum masuk tempat mengundi dan mungkin mereka akan beri untuk kepada BN. 

UMNO tentunya dengan mudah berkempen, lebih-lebih lagi kempen senyap atau di kawasan utara dipanggil "kempen kesot" di mana UMNO akan menyebarkan Tunku Abdul Rahman bagi kerakyatan kepada Cina dan Hindu yang kafir untuk merdeka. Tapi Mahadet bagi kerakyatan kepada orang-orang Islam dari Filipina, Indonesia, Kemboja, India dan Pakistan. UMNO telah menaikkan peratusan rakyat Malaysia yang Islam. Itu kerja yang baik. Jihad!  Wahai orang Melayu PR apa tuan-tuan semua nak jawab nak cuci kempen mereka?

Dalam kursus-kursus BTN atau ceramah tertutup khas untuk orang Melayu dalam tahun 1980an dan 1990an, perkara menambah rakyat Malaysia yang Islam itulah yang ditekan-tekan oleh mereka. Macamana nak tambah orang Islam? Mudah kata mereka, orang Melayu tak digalakkan merancang keluarga dan susahkan kehidupan orang bukan Melayu supaya mereka migrate ke luar negara. Manakala kaedah yang paling cepat ialah biar pendatang dari negara jiran masuk tak kira secara haram atau tidak, lebih-lebih lagi yang bermuka seperti Melayu.

Lagi satu, pendedahan dalam RCI merujuk masa Anwar Ibrahim jadi TPM dan Menteri Kewangan dalam tahun 1990an. Takkan Brother Anwar tak tau? Orang nombor 2 dan jaga hal kewangan tak taukah? Sedangkan Anwarlah  yang menjadi kepala dalam menjatuhkan kerajaan kristian PBS pimpinan Pairin Kitingan. 

Hal ni boleh menyebabkan pengundi bukan Islam Sabah sakit hati kepada Anwar Ibrahim. Mereka mungkin memberi undi kepada parti-parti tempatan yang akan memecahkan sokongan kepada PR.

Berhati-hatilah! PRU13 memang semakin hampir. Pejam celik pejam celik akan tiba masanya. Tapi bukan semua isu semasa akan menyebelahi PR. Garu-garu kepala fikir-fikir macamana nak mengahadapinya. Hal ini bukan hanya menggoyangkan sokongan orang Melayu pada PR, malah Ulamak-ulamak UG dalam Majlis Syura Ulama PAS pun akan diserang darah tinggi dan sakit jantung apabila fikirkan hal ini.

Selasa, 15 Januari 2013

Nama Allah - Bila Nak Buat Bantahan Kepada Kerajaan India?



Wisma Putra atau Kementerian Luar wajib panggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaaysia untuk mengadap. Ini bertujuan untuk membuat bantahan. Baantahan ini adalah oleh Kerajaan Malaysia kerana Kerajaan Indian dan Kerajaan negeri Uttar Pradesh khususnya telah membiarkan nama Allah dihina berabad-abad lamanya.

Di samping Menteri Luar dan pegawai kementerian, Wisma Putra mesti menjemput wakil-wakil dari  Majlis fatwa, Ulamak UMNO, Ulamak Pas  dan tidak lupa wakil raja-raja Melayu terutamanya wakil Sultan Selangor untuk hadir dalam perjumpaan dengan Pesuruhjaya Tinggi India itu.

Dalam perjumpaan itu mereka semua terutamanya Dr Haruan Din dan Noh Gendut mesti bagi kuliah dan taruk kaw-kaw Pesuruhjaya Tinggi India itu. Haruan Din dan Noh Gendut boleh ajar bab tauhid dan bab nama Allah. Terutamanya larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam dan yang lebih teruk lagi membiarkan sebuah bandaraya yang menggunakan nama Allah yang dipenuhi oleh orang-orang Hindu yang kafir dan diadakan upacara hindu yang terang-terang perbuatan syirik dan mungkar serta maksiat pada Allah.


Bolehkah nama tuhan Allah dijuzukkan pada sebuah bandaraya yang kotor, penuh dengan tokong-tokong Hindu dan menjadi tempat perhimpunan terbesar agama Hindu di dunia yang  kerap diadakan iaitu Kumbh Mela di mana penganut Hindu datang sembahyang, mandi-mandi dan minum air dari tempat pertemuan Sungai Ganges dan Yamuna? Bandaraya ini juga tempat lahirnya kitab Hindu iaitu Veda. Epik Ramayana dan Mahabrata juga datang dari sini.

Kerajaan Malaysia yang terajui oleh Barisan Nasional yang tunggaknya UMNO yang begitu kuat menjaga dan memelihara nama Allah memang berkewajipan untuk membuat bantahan dan menentang penyalahgunaan nama Allah. Begitu juga ulamak-ulamak muda dalam UMNO serta ulamak Parti Islam se Tanah Melayu (PAS) yang telah terperangkap dalam isu ini serta raja-raja Melayu dan pembodek-pembodek semuanya wajib bersatu mempertahankan nama Allah. Kerajaan India mesti diberi amaran.

Kesucian nama Allah bukan hanya boleh dipertahankan di Malaysia atau Selangor sahaja tapi disemua penjuru dunia samada di negara Islam atau negara orang-orang kafir seperti Ini. Jika mereka degil dengan tidak menjaga dan mempermainkan nama Allah, mereka mesti diperangi. 

Inilah masa terbaik untuk berjihad. Khairy Jamaluddin boleh mengetuai anak muda berjihad. Azeez Raheem Mamak Pedukang boleh bawa mat rempit yang berpontensi mati di atas jalanraya atau mengalami cacat seumur hidup untuk berjihad supaya hidup dan mati mat rempit tidak sia-sia.

Wisma Putra mesti bagi amaran keras dan memberi kata dua kepada Pesuruhjaya Tinggi India supaya nama bandaraya ALLAHABAD, yang terletak dalam negeri Uttar Pradesh, India ditukarkan kepada nama lain. 

Ataupun Wisma Putra dan para mufti, UMNO, ulamak-ulamak UMNO dan PAS, raja-raja dan pembodek-pembodek raja mesti menyokong tuntutan kumpulan nasionalis Hindu yang menuntut supaya nama Allahabad ditukar kepada Prayag atau Prayagraj.

Kalau bantahan dan tuntutan seperti yang dicadangkan ini, jika mereka-mereka ini tak berani atau takut nak usik Keraajaan India mereka tak payah sibuk-sibuk nak jaga nama Allah. Semua orang tahu nama Allah ada 99 nama dan Allah SWT yang merupakan tuhan sekelian alam tahu menjaga namanya sendiri.

Ini cabaran aku kepada semua tak dikiralah sesiapapun berkenaan nama Allah samada di pihak kerajaan atau pembangkang yang jadikan Allah itu tuhan orang Islam sahaja.

Tengok video ni dulu, pendapatnya aku setuju!



Isnin, 19 November 2012

Bilakah Ulamak dan Ustaz PAS Nak Sedari Diri?

Kebanyakan yang jadi ustaz sekarang ini, lebih-lebih lagi yang berumur 40 tahun ke atas adalah yang kurang cerdik. Mereka ini adalah generasi belajar di sekolah agama kerana tiada pilihan. Mereka menjurus kepada pengajian Islam dari peringkat menengah dan yang bernasib baik boleh berkeliaran di Canselori atau di Student Centre dalam universiti, bukan kerana mereka briliant. Tapi kerana terpaksa dan sedikit usaha.

Pada tahun-tahun 70an dan 80an dahulu, ada peperiksan darjah 5 untuk menentukan pencapaian pelajar sekolah rendah. Pada masa itu pelajar yang mendapat keputusan yang baik 5A, 4A dan 3A akan diambil untuk memasuki sekolah asrama penuh. Bakinya akan meneruskan persekolahan di sekolah harian biasa.

Manakala yang agak nakal dan jahat, ibu bapa yang melihat potensi anak mereka akan menjadi penyangak dan samseng akan mencari sekolah-sekolah agama untuk dimasukkan anak mereka dengan harapan anak mereka menjadi manusia yang berguna. Kononnya kalau tak dapat jadi doktor dan engineer, boleh menjadi ustaz pun tak apalah. Itulah harapan ibu bapa!

Budak-budak yang kurang cerdik ini akan berlajar di sekolah agama bukan kerana kemahuan mereka, tapi kerana terpaksa. Mereka berhempas-pulas struggling untuk belajar ilmu-ilmu agama dan bahasa Arab. Bayangkan pelajar yang biasa-biasa atau so-so saja perlu belajar pelajaran yang susah yang tak sepatutnya dilalui oleh mereka, di mana sepatutnya dipelajari oleh yang cerdik dan pintar

Mereka tidak menjiwai ilmu Islam itu. Oleh itu mereka hanya jadi penghafal sahaja.Mereka belajar sekadar lulus peperiksaan hingga mereka boleh layak ke universiti seperti Al Azhar atau di dalam negeri dan melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang mereka mampu. 

Di universiti, mereka ini menjadi mahasiswa yang bukan menggunakan otak dan akal fikiran dengan sepenuhnya, tetapi mengulangi perangai dan sikap semasa peringkat menengah iaitu mengingat dan menghafal pelajaran saja. Setelah tamat dan membawa balik sekeping atau segulung ijazah mereka ini akan diberi gelaran oleh masyarakat sebagai "ustaz".

Ustaz-ustaz inilah yang ramainya berkerja dengan kerajaan sebagai guru agama di sekolah-sekolah, menjadi pegawai-pegawai celup jika masuk tentera dalam Kor Agama (Kagat), menjadi pegawai agama di Jabatan-jabatan Agama Islam dan menjadi hakim di Mahkamah Syariah.

Ada pula yang meneruskan kerjaya sebagai guru sekolah agama rakyat dan ramai juga yang menjadi penggiat politik. Kebanyakan mereka bergiat dalam politik pembangkang iaitu PAS. 

Kekurangan pada lulusan-lulusan agama yang kurang memakai otak ini dapat dilihat dan terserlah jika kita lihat kepada:-
  1. Jabatan Agama di semua negeri termasuk Jakim. Mereka ada Bahagian Dakwah. Tetapi bagaimana kegiatan dakwah jabatan tersebut? Apa idea-idea baru yang dilontarkan untuk mengenalkan Islam kepada Bukan Islam? Itu belum ditanya berkenaan stastistik mengenai bilangan penganut baru dan bagaimana mereka menjaga dan mendidik mualaf-mualaf ini. Ini belum termasuk pengurusan wang zakat yang dikutip tiap-tiap tahun dan bagaimana mereka membahagikannya.
  2. Bagi yang mengajar di sekolah-sekolah pula, mereka mengajar murid-murid mengikut silibus dan mengikat diri mereka dengan silibus tersebut tanpa mencari idea-idea baru supaya murid-murid dapat menerima Islam dan dibukakan mindanya ke arah Islam. Masalah disiplin pelajar hingga kini tidak selesai. Ada sekolah di mana guru biasa lebih menonjol keislaman dari guru agama.
  3. Manakala penggiat politik kebanyakkannya bersama Parti Islam Se Malaysia - PAS. Mereka bergiat dalam PAS di semua peringkat. Oleh sebab mereka ada gelaran ustaz, maka kebanyakan mereka diberi jawatan dan dengan gelaran ustaz juga mereka bergiat dalam Dewan Ulamak.
PAS menerima Kepimpinan Ulamak adalah suatu yang baik. PAS telah meningkatkan status ulamak. Tetapi yang tidak baiknya golongan-golongan yang dikategorikan sebagai ulamak itu yang kurang baik. PAS dibanjiri oleh ramai ustaz-ustaz atau "the so called ulamak" yang  kelayakannya hanya di atas kertas dan cakap-cakap politik kosong yang tidak berpijak di alam nyata. Ulamak gagal menonjolkan diri mereka yang sepatutnya.

Mereka ini semua tidak ada idea, malas berfikir, suka mengikut acuan perjuangan orang dari negara lain, suka menjatuh hukum sebelum berfikir dan akan terkapa-kapa apabila disoal "hukum" yang dijatuhnya itu. Apabila mereka tidak dapat berhujah politik yang bernas, mereka akan mencari dalil-dalil Al Quran dan Hadith bagi menakutkan penentang dan membelenggu pengikut mereka, serta menganggap pengikut mereka adalah sekawan kambing yang akan mengikut gembala.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang celik tentunya dapat melihat situasi ini. Mereka boleh membandingkan kerja-kerja pemimpin PAS yang bukan dari golongan agama dengan para ulamak dan ustaz ini. Pemikiran, kerja buat dan gerak kerja mereka berbeza. Mereka tahu menggunakan otak. Mereka tahu membawa diri dan mereka tahu bila masanya untuk bertindak.

Sekiranya PAS masih berharap pada majoritu ulamak dan ustaz ini, PAS tidak akan ke mana dan tidak akan sampai ke tahap ini seperti sekarang. Lihatlah yang banyak mengungkit dan membangkitkan hal-hal yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat di dalam Muktamar yang baru berlalu adalah dari golongan ulamak.

Mengapa jadi sedemikian. Apakah mereka ini nak menonjolkan diri yang tak seberapa? Atau adakah mereka ini bebal dalam berpolitik hingga tidak tahu yang mana boleh dilaung dan yang mana mesti dibisikkan. 

Lihat kepada Dewan Pemuda, diketuai oleh seorang ulamak muda yang rupanya macam orang mewah makan berlebihan. Penampilan dan gayanya tidak boleh menarik anak-anak muda untuk bersama PAS. Anak muda sertai PAS sebab mereka condong kepada Islam, bukan kerana ketokohan ketuanya. 

Pemuda PAS sekarang ini adalah yang paling mandom, lemah dan lembik. Nasib mereka baik kerana kelemahan dan kelembikan itu tidak terserlah, kerana kini parti itu kuat. Bagaimana jika keadaan ini 30 tahun dahulu? Tentunya Ketua Pemuda PAS hanya akan jadi bahan lawak dan gurauan saja. Timbalan ketua yang juga dari susur galur yang sama telah menambahkan lagi kemandoman Pemuda PAS. Jika keadaan ini berterusan Pemuda PAS akan lebih jauh ketinggalan dari anak-anak muda dari parti rakan dalam PR.

Dewan Ulamak dan ketuanya tidak payah diceritakan lagi. Semua tahu. Beliau bersama Presiden (yang juga ulama) adalah ahli politik yang gagal. Failed. Diulang lagi, Ketua Dewan Ulamak PAS dan Presiden PAS adalah ahli-ahli politik yang telah gagal. Mereka telah diberi peluang berkuasa di Terengganu dan hanya bertahan sepenggal sahaja. 

Mengapa terjadi begitu? Seribu satu alasan boleh diberi. Boleh salahkan musuh politik. Tapi adakah dicermin diri punca-punca musuh politik boleh merampas kuasa dari tangan. Sepatutnya apabila telah kalah di Terengganu, Tuan Presiden dan Tuan Ketua Ulamak cepat-cepat letak jawatan. Ambil tanggung jawab. Anda telah gagal tapi masih ingin berkuasa dalam parti, nasib baik di Malaysia dan ahli PAS masih boleh dicucuk hidung!

Biar parti berketuakan orang lain dan biarkann ulamak juga berketuakan orang lain. Tuan-tuan berdua patut kembali mengajar di madrasah dan turun ke laut sebagai nelayan dan menjaga kambing yang berkandang-kandang itu.

Kutukan ini bukanlah berniat jahat tetapi menegur dan memperingatkan pemimpin PAS, terutamanya yang merasa mereka lebih warak dan alim dari orang lain. Mungkin teguran ini agak kasar tetapi kadang-kadang kekasaran adalah perlu untuk mengejutkan orang yang "perasan" dan masih diselimuti mimpi.

Selasa, 6 November 2012

Dakwaan Hina Sultan Johor: Kenyataan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Angkatan Muda Keadilan


 

Ahmad Abd Jalil, yang ditahan lewat malam Jumaat lalu kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, telah dibebaskan semalam (Isnin) tetapi kemudian ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza.

Peguamnya Fadiah Nadwa Fitri berkata penangkapan kedua Ahmad itu adalah satu bentuk "ugutan dan penyalahgunaan proses mahkamah".

Beliau berkata Ahmad pada mulanya dihadapkan ke mahkamah majistret Johor Baru selepas ditahan reman selama tiga hari di bawah Akta Hasutan ekoran pos di laman rangkaian sosial itu yang didakwa telah menyinggung baginda sultan.

Berikut pula kenyataan bersama Ketua Pemuda PAS Pusat Al Fadihil Ustaz Tuan Sheikh Nasruddin Hassan Tantawi Al Haj Serban Besaq Bakui dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Saudari Shamsul Iskandar Tak Yakin berkenaan yang dikatakan salah guna kuasa oleh polis dalam kes ini:-




















Eh! Eh! Senyap... Sengap saja....!!! Depa dok garu kurap di pungkok. Teloq depa pulak dah tersentap masuk dalam perut! Mulut ternganga tapi suara tak keluaq... 

Lagu ni kalu, Sheikh Tantawi kena pakai "ABAYA" dan "PURDAH"... Saudari Shamsul Iskandar pulak pakai "MINI SKIRT" dengan "BLAUS" lah pulak!

Kalau tanya aku pulak "Apa komen Encik Lee Copper?" Aku jawab ringkas dan padat "No komen". Aku pun takut jugak nak cakap lebih-lebih. Kesian kat aku!

Rabu, 10 Oktober 2012

PAS pun ada ULARMAK jugak ka?

Aku ingat UMNO Jahanam saja ada "Ularmak". Memang patut pun UMNO ada golongan tu sebagai ahli dan penyokongnya. Sebab parti itu parti setan yang aku dan semua orang kenai.

PAS pulak parti Islam. Ada ramai ulamak dalamnya dan ramai yang di luar yang sokongnya. Malah PAS sendiri ada Dewan Ulamak dan sekumpulan ulamak yang terer dan direspek yang dikenali sebagai Majlis Syura. 

Tapi sehari dua ni telah timbul Ularmak dari PAS. Bukan ahli biasa, malah bukan juga Ketua Cawangan atau Kawasan. Ularmak ini Ahli Majlis Syura. Maksudnya ada Ularmak atau ulamak tak guna atau ulamak sial atau ulamak jual tubuh atau ulamak penipu atau ulamak cari makan atau ulamak ejen parti lawan atau ulamak dajjal atau ulamak haram jadah atau ULAMAK PELAQ dok ada dalam Majlis Syura.


Dulu timbul cerita ularmak ni. Dia suka buat kelaku yang pelik yang aku rasa dia nak atau suka diterajang  keluaq PAS macam Ah Sang Jati. Dia jenis ketegaq nak buat bodo dok dalam PAS malah dalam Majlis Syura pasai dia rasa ulamak lain takut kat dia. 

Kelmarin dia buat kelaku lagi cerita hal Sarawak nih....... Bagi bukti la bro jangan cakap saja macam kawan hang si Ah Sang Jati tu. Cakap dan tuduh mesti mai sekali dengan bukti. Tak dak bukti kalu tu cakap kosong, cakap cari makan, cakap nak bagi sakit hati orang. Khinzirlah lu bro. Tengok orang yang hang tuduh dah jawab macam ni.

Aku rasa sebelum lain-lain ulamak dalam Majlis Syura kena penyakit ulaq dan digelar "ULARMAK" juga maka depa kena jaga-jaga dengan makhluk ni dan tak payah simpan di dalam kumpulan depa pun. Jauhkan diri dari dia macam depa ni buat.

Wahai Tuan-tuan Syeikh ulamak-ulamak besar PAS yang dok dalam Majlis Syura, silalah ambik tindakan sepatutnya dan jangan dok cakap konar-konar. Takkan hampa semua nak tunggu ahli-ahli dan penyokong PAS yang bengang dan tak berapa boleh tahan sabaq ini pi buat DEMO depan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut kot... 

INGAT: ahli dan penyokong PAS bukan macam UMNO, kalau benda tak kena kami sondoi tak kira hampa sapa!


Selasa, 9 Oktober 2012

Prof Shit nyanyuk makan tahi sendiri!

Shahnon Ahmad, seorang Professor Emiritus, bekas Ahli Parlimen dan Sasterawan Negara. Pada tahun 1999 dia telah tulis sebuah buku bertajuk "SHIT". Cerita taik tak keluardari usus. Ada watak PM iaitu Puki Mak. Kalau rujuk masa tu yang Puki Maknya adalah yang di gelar Mahafiraun @ Mamak Madey Kutty.

Masa jadi Ali Parlimen Sik, Kedah dia nak letak jawatan sebab tak tahan terlalu ramai rakyat cari dia sehingga ke Penang. Tapi tak jadi selepas dinasihatkan. Ada cerita dia siap suruh isterinya beritahu tetamu dia tiada di rumah sedangkan dia bersembunyi di dalam bilik. Tionyaseng punya wakil rakyat.

Tapi dia sekarang telah tua. Dah lanjut umur. Mungkin telah nyanyuk atau senile. Boleh jadi dengan kenyanyukannya, dia telah bermain najis dan makan tahi beliau sendiri macam kuih bengkang!.

Adalah memalukan bagi kaum keluarga dan sahabat handai terdekat yang ada orang tua nyanyuk sebegini. Mereka seboleh-bolehnya ingin menutup cerita tapi kadang-kadang orang tua nyanyuk ini bermain tahi di luar rumah.

Eeii.... jijiklah 


Tersasar perjuangan asal kerana ikut kehendak DAP
Georgetown: Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata ahli seumur hidup parti itu, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, (gambar).
Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, apa yang dilakukan PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.

Bercanggah cara Rasulullah

Shahnon berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam, kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sik, berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.
DAP menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam seperti yang dimahukan PAS.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukan seperti kerjasama PAS dan DAP kerana ketika itu Islam memerintah dan memimpin mereka.

E-novel Mahabbah

Terdahulu itu, beliau menghadiri perasmian pameran ‘Shahnon Ahmad dalam Media, Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad dalam Sastera, Budaya, Media’ dan pelancaran buku serta prototaip e-novel Mahabbah di USM, semalam.

Menyentuh e-novel Mahabbah, Shahnon berkata ia mengenai perjuangan seorang tua yang tiada kuasa tetapi ada hati menyatupadukan orang Melayu menerusi doanya kepada Allah. E-novel itu turut melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tetapi bersatu untuk hidup damai dan harmoni. - BERNAMA