Jumaat, 8 Januari 2010

Khutbah Jumaat Yang Menghasut

Aku telah ke Masjid Sultan Yusof Rapat Setia, Ipoh untuk tunaikan Solat Jumaat. Biasalah Solat Jumaat mesti ada khutbah.

Hari ni khatib yang naik ke mimbar adalah seorang tua dan membaca teks khutbah. Tak taulah dia tulis sendiri atau dia baca teks yang disediakan oleh MAIP atau JAIP. Tapi bunyinya menghasut dan membodohkan orang Islam.

Nasib baik bacaan khutbah khatib ni meleret2 macam orang tua sakit nak mati. Kebanyakan jemaah lena. Tak dak lah orang yang naik semangat tiba2. Kalau dia berkhutbah berapi-api apa akan jadi? Mungkinkah orang keluar dari masjid tu akan berdemo dan berarak dan mencari gereja, tokong cina dan tokong hindu untuk diruntuh dan dibakar.

Orang yang menyediakan teks khutbah ini samada khatib itu sendiri atau pegawai MAIP/JAIP adalah seorang yang tidak bertanggung jawab dan jahat. Jika MAIP atau JAIP yang menyediakan teks khutbah hari ni, terbukti MAIP atau JAIP telah ditunggangi oleh unsur UMNO Jahanam yang jahat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.