Khamis, 25 Februari 2010

Drebar Yang dibunuh di Australia....

Apabila timbul cerita drebar di Konsul Malaysia di Sydney iaitu Mohd Shah Saemin dibunuh di perkarangan rumahnya di Leichhardt, Sydney, aka rasa nak ambik tau. Aku teringat masa aku di Sydney. Datanglah nostalgia aku di sana.

Apabila sebut Sydney, aku terbayang kawasan Randwick. Lebih-lebih lagi Malaysia Hall (MH) di Alison Road. Kedudukan tak jauh dari UNSW. Ramai student undergrad dan postgrad dari Malaysia menyewa di Malaysia Hall. Sepatutnya sementara saja hingga dapat rumah sewa. Tapi ramai jugak yang dudok sampai grad. Sewa kat MH ikut darjat. Postgrad kena bayar lebih.

Selain dari student UNSW ada jugak student University of Sydney dan University of Technology Sydney. Kebanyakan mereka berulang-alik dari uni (sebutan ringkas universiti kat Australia) naik bas. Uni ni betoi-betoi dalam pekan Sydney. UTS tu berhampiran Paddy's Market yang buka 3 hari seminggu.

Paddy's ni tempat aku dok mengorat awek Korea yang kerja di situ. Awek ni jual t-shirt dan topi. Aku ingat dia amoi Hong Kong atau Taiwan, sebab amoi cina Indon boleh cakap melayu. Awek ni cun wow. Dia punya english hancur. Itu masa aku mula pijak Sydney. Tapi hari-hari terakhir aku nak balik Malaysia dia punya english dah macam Australian. Sebut day pun dah jadi die. Bukan banyak tahunpun.

Aku teringat berjalan kaki dari MH ke UNSW. Penat bang. Atau pergi makan seafood kat Coogee. Ada satu kedai tu, Mat Salih boleh cakap Melayu tapi loghat Indo lah. Siap bagi salam lagi apabila aku masuk kedainya. Aku jawab aje salamnya.

Aku teringat semasa aku baru beberapa hari tiba di Sydney. Masih peghak lagi. Aku ke uni berjalan kaki, kemudian terdengar 3 orang amoi sedang berborak tepi pagar, aku terkejut kerana mereka bercakap bahasa Melayu. La... mereka Cina Indonesia student kat UNSW sesama mereka cakap bahasa indon.

Aku teringat sewa kereta Ford Falcon bersama-sama kawan-kawan pergi ke Melbourne jumpa kawan-kawan di sana. Kereta ni syok dipandu 4000cc. Ke Melbourne melalui Princess Highway. Cantik pemandangan sepanjang jalan. Banyak kali juga ke Melbourne. Tapi tiap-tiap kali ke sana mesti pergi Victoria Market. Cis lain tempat tak tau pi ka?

Semasa aku di Sydney, tak dak pulak Mat Salih yang jenis perkauman gila babi macam UMNO Jahanam nak katok aku seperti yang disangka oleh Editorial NST ni. Mereka ni kalau memandu hon tak tau tekan. Hon kat jalan-jalan di Mekahpun bunyi macam mercun raya cina. Tapi kat Sydney kereta tak dak hon!

Aku teringat memandu dalam Sydney. Sekali tu aku berhenti kat simpang stop look go. Aku dok tengok pompuan mat salih lintas jalan. Dia pakai t-shirt putih tak pakai bra. Masyaallah. Aku lupa kat lampu isyarat. Merah dah hijau, hijau pun dah merah balik aku tak jalan. Mat salih kat belakang kereta aku tak honpun. Kalau kat Malaysia aku dah kena maki.

Itu sebab apabila berita keluar kata 'road rage' aku tak percaya. Aku agak mesti ada hal lain mengapa dia dibunuh. Bila baca sini..... sini.... dan sini....... baru aku tau sapa buat dan apa motifnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.