Ahad, 21 Februari 2010

Kata Dulang Paku Serpih.....

Pemimpin UMNO Jahanam sentiasa mengatakan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri. Samada sesama parti dalam PR ataupun di kalangan pemimpin dalam parti tak kira mana peringkat, hingga berlaku keluar parti.

Tapi hari ni Muhyidin Yasin pulak mengaku yang partinya lagi hebat.

Hapuskan sengketa dalaman parti - Muhyiddin
21/02/2010 7:21pm

MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti.

Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana berdasarkan kajian yang dibuat, ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Tekknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di sini hari ini. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.