Khamis, 25 Mac 2010

Kalau Sultan Kelantan Dah Sihat Kenapa Perlu Pemangku Raja Lagi?

Diberitakan bahawa Sultan Kelantan telah memperkenan melantik Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai Pemangku Raja yang baru. Yang mengisytihar adalah Wan Hashim Wan Daud yang mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan. Cerita dah makin pelik ni.

Yang peliknya Sultan dikatakan boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus. Jadi apa perlu Pemangku Raja lagi. Baginda boleh teruskan tugas sebagai Sultan. Boleh panggil semua mengadap..... boleh sergah MB, boleh marahkan SUK, boleh juga berucap pada rakyat jelata, boleh main golf dengan orang kenamaan dll yang boleh membuktikan Sultan sihat walafiat. Tapi kalau orang lain yang dok bagi kenyataan.... susah nak yakinlah!!!

Atau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan....!!!! Jangan buat orang ramai musykil.

Lihat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.