Memaparkan catatan dengan label Raja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raja. Papar semua catatan

Khamis, 8 November 2012

Apa Pasai Kuboq Raja Jauh Terasing dari Kuboq Rakyat?



Dalam tahun 70an dulu ramai jugak raja-raja dan sultan mati. Satu hari tu ada berita seorang sultan mati. Akupun tak ingat sultan negeri mana yang mati. Malam tu dalam tv hitam putih adalah berita pasai kematian sultan tu.

Dok esoknya keluaq berita siap gambaq pengkebumian dalam surat habaq. Orang tua aku langgan surat habaq orang putih Straits Times dengan Utusan Melayu (paper jawi) dan dalam pukui 10 - 11 pagi baru keling surat habaq hantaq pi rumah aku. Zaman tu tengahari cerah lit-lit baru boleh baca surat habaq!

Kebetulan masa tu pak penakan aku pun ada sama. Dia ni jenih rambut ada "remoih" macam awning tingkap rumah, kira sinaq matahari tak kena biji mata dia. Otak dia dia pulak macam Tukaq Tiub, jenih yang tak suka puak-puak 'bayangan tuhan'.

Aku pulak masa tu budak betoi bendoi lagi. Dalam dok baca surat habaq tu aku jumpa benda-benda yang aku tak faham, aku tanyalah pada pak penakan aku.

"Pak Su! Maqam di raja tu apa dia?" tanya aku dengan sebut "Maqam" ikut ejaan jawi dalam surat habaq tu.

"Maqam... maqam di raja.... ooo.... tu kuboq tempat depa pi kambuih raja-raja dengan anak bini cucu cicit depa lah" jawab pak penakan bersahaja sambil baca surat habaq orang putih.

"Pasai apa depa tak pi tanam raja di kuboq biasa? soal aku lagi.

"Nak bagi lain pada orang biasa, tak mau campoq... kalau campoq kuboq dengan orang biasa nampak komanlah.... depa hidup la ni dalam istana... hang ingat raja dok dalam dangau ka?.. Hidup tempat spesial depa mati mesti tanam tempat spesial la. Hang paham dak?" pak penakan aku jawab panjang lebaq.

"Paham paham" jawab aku ringkas.

"Nih! Aku nak tanya hang pulak.... betoi betoi pasai apa raja mati tanam jauh pada orang? makam di raja jauh pada orang....lepaih tu korek kuboq dalam-dalam!" sambil letak surat habaq orang putih, pak penakan aku tanya aku pulak. 

"Pasai..........." aku tengah pikiak jawapan.

"Pasai apa? Hang tak taulah! Raja buat kuboq asing jauh pada orang pasai depa malu, kalau kena katok dengan malaikat depa dok keriau dalam kuboq orang keliling tak dengaq. Depa tanam dalam pasai kalau malaikat pukui, lepaih tu malaikat cungke balik mayat tu tak terkeluaq dari kuboqlah!!! Hah hah hah!!" pak penakan aku bagi jawapan sambil gelak dan dia sendiri rasa cakap dia lawak kaw-kaw.

Ini K. Rajagopal
 

Jumaat, 23 April 2010

Apa Maksud Hormati Kuasa Mutlak Raja Melayu Dalam Agama?

Ada empat perkara yang ditekankan oleh Raja Nazrin Shah anak Sultan Perak semasa merasmikan persidangan ke 171 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak iaitu:-

  1. Bahawa raja-raja ada kuasa mutlak dalam hal agama Islam dan adat Melayu dalam negeri mereka.
  2. Oleh itu semua hal berkenaan Agama Islam seperti fatwa, arahan atau apa saja perlu dapat dirujuk kepada dan mendapat persetujuan Sultan terlebih dahulu. 
  3. Kuasa raja pemerintah dalam hal Agama Islam dan adat Melayu tak pernah diserah pada pihak lain walaupun semasa di bawah lindungan British ataupun penjajahan Jepun. 
  4. Kuasa mutlak ini mesti dipertahankan
Raja Nazrin Shah
( Foto: Malaysiakini)

Aku sebagai rakyat mesti kena setuju. Tapi sekiranya difikir, apabila seorang raja ada kuasa mutlak dalam hal agama dan adat bangsa, aku menjadi celaru.

Kecelaruan timbul apabila aku tengok orang Islam dan Melayu. Mereka macam bukan orang Islam yang tulen. Mereka tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar malah kehidupan mereka bercanggah dengan Islam.

Majoriti mereka penipu, pembohong, perasuah, peminum arak, penjudi, pengamal sihir, pemecah amanah dan bermacam-macam lagi perlakuan dan perangai buruk yang dilarang dan diharamkan oleh Islam. Sekarang ini perbuatan zaman jahiliah iaitu berzina dan membunuh anak semakin berleluasa di kalangan orang Islam. Itu semua amalan orang jahil, fasiq dan munafiq.

Apabila Raja Nazrin berkata bahawa raja mempunyai kuasa mutlak dalam hal ehwal Agama Islam, maka apakah perlakuan buruk orang Islam itu boleh diletakkan kesalahannya ke atas raja-raja? 

Begitu juga dengan hukum syarak. Di semua negeri, Undang-undang Islam hanya mencakupi kekeluargaan Islam sahaja seperti nikah, cerai dan rujuk serta pembahagian pusaka. Dalam hal jenayah seperti membunuh, mencuri, menipu dll hukum syarak sudah tidak terpakai kecuali zina, minum arak, khalwat dan tidak berpuasa dalam bulan ramadhan (itupun hukumnya tidak mencerminkan hukum Islam). Benarkah kekuasaan raja-raja terpelihara dan tidak diganggu gugat terutamanya oleh British? Macamana hukum British terpakai menggantikan hukum Islam?

Apakah perlu kuasa mutlak raja-raja dalam hal Agama Islam dipertahankan? Sedangkan raja-raja tidak mempertahankan kesucian Islam dan membiarkan orang Islam hanyut. Raja-raja dan ahli keluarga mereka kelihatan hanyut sama. Persoalannya adakah Islam itu keutamaan raja-raja dalam pemerintahan mereka?

Raja-raja dalam mempertahankan kuasa mutlak mereka dalam hal Agama Islam, mereka mestilah melantik ahli majlis yang berpegang kukuh dengan agama. Bukannya melantik orang jahil dan fasiq menjadi ahli majlis. Kalau disenaraikan orang jahil, fasiq dan munafiq sebagai ahli majlis agama di negeri-negeri memang ramai dan boleh memalukan raja-raja yang melantik mereka. 

Melantik mufti juga begitu. Raja mesti mendengar nasihat mufti dan bukan sebaliknya.

Persoalan utama sekarang mengapakah Raja Nazrin membangkitkan perkara ini? Adakah raja-raja telah tidak dipedulikan oleh kerajaan yang berkuasa? Atau adakah Raja Nazrin cuba menunjukkan bahawa itu yang dia mahu apabila dia naik takhta kelak?  

Kita rakyat hanya tunggu dan lihat. 

Rabu, 21 April 2010

ADAKAH ADUN PR PERAK HINA DI MATA.....

Cuti birthday Sultan Perak aku balik kampung. Aku tak ambik hal sebab aku tak dapat bintang kebesaran atau pingat. Kalau offer kat akupun aku tak mau. Aku akan tolak kerana aku tak tau apa Nilai Datuk.....? 

Semalam aku baca di blog Pak Karamu bertajuk SULTAN TIDAK JEMPUT ADUN PR kemudian hari ni timbul lagi cerita kat MENGAPA ADUN PAKATAN RAKYAT TIDAK DIJEMPUT MENGHADIRI MAJLIS KEPUTERAAN TUANKU SULTAN PERAK

ZAMRY MAMAK PARIA  ATAU SS CELAKA ATAU PEGAWAI PEJABAT SULTAN WAJIB BAGI JAWAPAN YANG KONKRIT.  

Selasa, 6 April 2010

KESIAN.........


Aku hanya boleh kata "Kesian" saja. Tiada apa-apa komen dari aku.

Foto dikutip dari Sheikh Buta Perut

Rabu, 31 Mac 2010

Cerita Istana Kelantan...

Aku ambik dari http://kerabubersuara.blogspot.com/

Kisah Krisis Istana Kelantan

saya copy dan paste komen dar pengunjung blog pinkturtle. ia nya sebagai perkongsian dan terserah untk anda samada mempercayai atau tidak perkara ini. insya Allah mari kita sama-sama semoga tuhan sembuhkan tuanku sultan yang kita sayangi dan memberi kesenangan kepada pemangku dalam menjalankan tugas.
daulat tuanku

http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/03/26/28689/#comment-53949

By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:11 pm

1.

Slm…..mmg di sebalik semua yg berlaku dlm Istana Kelantan skang ni ada org yg menjadi ‘PENGARAH’ nya…….

KIta semua tau siapa ‘pengarah’ drama ni…..si w.hashim ni cuma ‘pelakon’nya saja…..berlakon dgn setia drama yg diarahkan……

Kita jgk sedia maklum hubungan antara Pemangku Raja Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘Pengarah’ drama ni mmg tidak sendik sudah byk tahun………

Pemangku Raja Tg Faris bukanlah insan yg mengikut telunjuk dan setia membuta tuli…..itu lah yg menyakitkan hati si ‘Pengarah Drama’ ni….

Kata si Pengarah Drama, baru jd Tengku Mahkota sudah ketara tak mau ikut perintah….belum lagi ada kuasa penuh di tangan……

By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:11 pm
2.
Krn nk pastikan kuasa kekal di tangannya lah ‘pengarah’ ni dgn kuasa veto nya 5 tahun lalu telah ‘mewajib’kan Tg Faris Petra menerima si gadis dr kerabat Patani,Thailand……

Harapan si ‘pengarah’ ni kelak bila Tg Faris Petra sudah menjadi sultan maka bolehlah pompuan yg jd bini Tg Faris tu memainkan peranannya dgn memujuk Tg Faris dlm apa2 hal supaya pemerintahan Tg Faris kelak tidak akan mengenepikan segala kepentingan si ‘pengarah’ drama ni…..

By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:18 pm
3.
Tapi Tengku Faris ni rupanya sgt lah tak makan pujuk….bukan mcm adindanya si Tg Temenggong yg boleh dipujuk…….

Tengku Faris Petra benar2 mengotakan janjinya bahawa baginda TIDAK AKAN menyentuh perempuan pilihan si ‘pengarah’ itu…….

Panas dan tegang hubungan antara Tg Faris & ‘pengarah’ ni Tuhan sj yg tau…..akhirnya krn tak tahan masih berterusan menjadi ‘anak dara’ walaupun sudah berkahwin, si kerabat Patani yg nama Melayunya ialah Tg Zubaidah itu merajuk, pulang ke tempat asalnya tanpa mahu kembali lagi……..

Si ‘pengarah’ drama hantar org supaya pujuk Tg Zubaidah tp dia enggan datang……’pengarah’ kemudian arah Tengku Faris supaya pergi ke Thailand dan pujuk si pompuan itu tp Tengku Faris berkeras hati benar……enggan pergi……..

By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:24 pm
4.
Akhirnya berlaku jg apa yg ditakuti oleh si ‘pengarah’ ni iaitu PERCERAIAN……bg ‘pengarah’, perceraian adalah sesuatu yg memalukan tp Tengku Faris tak kisah akan itu…..

Bila si ‘pengarah’ ni ke New York….maka di waktu itu lah Tengku Faris Petra mengambil keputusan utk menceraikan secara sah pompuan itu!!!!

Bila ‘pengarah’ sudah pulang ke tanah air, tak ada gunanya…….LAFAZ CERAI dah pun sah……

Sejak hari itu lah hubungan Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘pengarah’ ni menjadi koho panas…..bagaikan tak akan sendik sampai bila2………

By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:28 pm
5.
Sekarang Pemangku Raja Tg Faris Petra byk juga menyerahkan tugas tertentu kpd adindanya,Tengku Bendahara Tengku Faiz Petra…..

Alhamdulillah……sesejuk mata memandang….Tg Bendahara Faiz Petra begitu setia menjalankan amanah yg diberi oleh kekandanya……maklumlah pula org nya mmg berpendidikan tinggi…bahkan lbh tinggi dr Pemangku Raja sendiri……

Marilah kita sama-sama mendoakan agar kedua beradik ni iaitu Tengku Faris Petra & Tengku Faiz Petra sentiasa kuat semangat,tabah,sentiasa beroleh taufiq hidayah dr Allah utk terus mentadbir negeri Kelantan ini dgn penuh kemakmuran………..

Juga sentiasa lah kita doakan semoga Tuanku Al-Sultan Ismail Petra segera sembuh dr kegeringan kembali bahagia di sisi anakanda2 baginda dan juga rakyat jelata……..

Juga moga Che Puan Elia Suhana terus tabah hati dan setia di saat Tuanku Ismail Petra berada dlm kegeringan ini……..ini lah tika dan saatnya utk Che Puan tunjukkan bahawa KASIH dan CINTA Che Puan kpd Tuanku Ismail Petra adalah suci dan hakiki dan bukannya krn darjat baginda……..

By: nor zaida on Mac 29, 2010
at 3:35 pm
6.
Dan kpd pengendali blog ni tolong la jgn edit komen saya…….

Kalau tulisan saya ni diberi tempat, byk lagi hal2 yg saya sanggup berkongsi di sini……

Khamis, 25 Mac 2010

Kalau Sultan Kelantan Dah Sihat Kenapa Perlu Pemangku Raja Lagi?

Diberitakan bahawa Sultan Kelantan telah memperkenan melantik Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai Pemangku Raja yang baru. Yang mengisytihar adalah Wan Hashim Wan Daud yang mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan. Cerita dah makin pelik ni.

Yang peliknya Sultan dikatakan boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus. Jadi apa perlu Pemangku Raja lagi. Baginda boleh teruskan tugas sebagai Sultan. Boleh panggil semua mengadap..... boleh sergah MB, boleh marahkan SUK, boleh juga berucap pada rakyat jelata, boleh main golf dengan orang kenamaan dll yang boleh membuktikan Sultan sihat walafiat. Tapi kalau orang lain yang dok bagi kenyataan.... susah nak yakinlah!!!

Atau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan....!!!! Jangan buat orang ramai musykil.

Lihat....

Isnin, 8 Mac 2010

AWAT JADI MACAM NI?

Aku dok tengok berita dalam paper online. Berita ni dalam utusan tak dak pun. Jumpa di Berita Harian dan NST Online.

Tengku Anis tiada hak elak hadir prosiding

KOTA BHARU: Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, tidak mempunyai sebarang keistimewaan di sisi undang-undang untuk mengelak daripada menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Syariah.

Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, yang mewakili isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, berhujah bahawa Tengku Anis selaku defendan dalam perbicaraan saman giliran bersama suami serta notis tunjuk sebab hak lawatan itu, adalah hamba Allah yang turut tertakluk kepada undang-undang.

Lantas, beliau mempersoalkan, apakah disebabkan status defendan sekarang (Tengku Anis dan pembantunya) maka tidak perlu hadir walaupun sudah diarahkan mahkamah berbuat demikian.

"Defendan tidak hadir tanpa sebarang sebab (pada prosiding hari ini) sedangkan mahkamah sudah mengeluarkan perintah hadir kepada mereka sebelum ini.

"Apa bezanya defendan dengan anak guam saya (Elia Suhana), semuanya hamba Allah. Semuanya sama di sisi undang-undang," hujahnya ketika prosiding saman mendapatkan giliran sama rata terhadap suaminya dan notis tunjuk sebab hak lawatan Elia Suhana terhadap Tengku Anis serta dua lagi defendan iaitu pengawal peribadi baginda, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussien Merican, semalam.

Prosiding semalam berlangsung di hadapan Hakim Tinggi Syarie, Mohamed Yusoff Awang, menyaksikan tiga defendan yang diwakili Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari, tidak hadir.

Elia Suhana yang hadir mengikuti perbicaraan semalam seawal jam 8 pagi dan kelihatan tenang dan duduk bersebelahan dengan peguamnya, Fakhrul Azman.

Pada 21 Februari lalu, Mohamed Yusoff memerintahkan Tengku Anis dan dua defendan hadir di hadapannya bagi memberi tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah itu yang membenarkan Elia Suhana melaksanakan perintah ex-parte yang dikeluarkan pada 4 Februari lalu.