Rabu, 10 Mac 2010

ZULKIFLI NORDIN SEPUPU AKU....!!

Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baru tu sepupu aku! Betoi ka atau aku mimpi ka? Kalau dia sepupu aku, mesti dia anak mak penakan atau pak penakan aku. Mak penakan atau pak penakan aku tentunya adik, abang atau kakak mak atau pak aku. Kalau dia sepupu aku tentu dia satu tok dan tok wan dengan aku.

Kalau dia sepupu aku dia tentu segagan dengan aku, dia mungkin muda sikit atau tua sikit dari aku. Kalau segagan tentu masa kecik-kecik kami pernah main polis sentri, kayuh gerek keliling kampung dan mandi sungai bersama sepupu lain. Tentu aku dengan sepupu lain tau baik buruk perangai dia.

Adakah semasa bermain, orang lain kena ikut cakap dia saja dan dia pulak tak mau dengaq cakap orang lain. Adakah dia sentiasa nak jadi ketua walaupun ada ramai lagi sepupunya yang lebih bijak dan pandai macam aku. Adakah dia suka buat hal dengan pupu-pupu dia, kendian kalau kena marah merajuk tak mau main.

Tapi kalau tengok perangai Zul KBB ni aku rasa kalau musim cuti sekolah, mak bapak dia hantaq dia balik kampung rumah tok wan tentu dia kena pulau dengan sepupu-sepupu yang lain. Dia tentu nak perhatian lebih dari tok wan dengan tok. Dia juga tentu kaki mengacum perangai sepupu lain. Perangai buruk tu tentu dah ada masa kecik lagi.

Kalau Zul KBB ni sepupu aku, masa kecik-kecik dulu dengan perangai buruk dia tentu aku dah luku-luku kepala dia biaq benjoi dan bengkak. Kalau tidakpun tentu aku dah jentik hidung dan pulaih telinga dia. Dia tentu tak boleh tunjuk ketegaq dengan aku.

Kalau tengok la nipun boleh tau. Dia loyar cabok tak laku. Nak cari populariti, dia timbui dalam tim pembela Anwar Brahim dalam kes liwat zaman Mamak Peraun. Dok tebai muka tempek kulit babi mengaku konon salah sorang loyar yang Anwar Brahim lantik.



Kalau dia sepupu aku, masa dia dok buat perangai dalam PKR aku dah pi rumah dia. Aku sebagai sepupu dia yang bijak, hebat dan kaya, akan bagi nasihat kat dia. Tapi kalau dia ketegaq juga tak mau dengaq nasihat aku sampai 2 kali, kali ke-3 pi rumah dia tentu aku maki dia kaw-kaw punya. Lepaih tu rumah akupun aku tak bagi dia pijak. Jijik. Kotoq. Pasai dia perut busuk tak dak akai.

Kalau Zul KBB ni sepupu aku, aku jugak tentu pi jumpa mak penakan dan pak penakan aku (mak pak dia lah), aku nak tanya depa satu soalan.

Soalannya "Zul ni anak makcik pakcik betoi ka? atau makcik pakcik kutip anak sapa-sapa bela bagi besaq? Pasai adik-beradik kami dan anak cucu tok wan dan tok tak dak perangai macam ni"

Tu kalau Zul KBB sepupu aku. Ni bukan. Kalau sepupu sungguhpun aku tak mengaku dia sepupu aku. ZUL BUKAN SEPUPU AKU.


3 ulasan:

  1. ha! ha! tak dak siapa nak ngaku sodara dengan badut seekoq ni! Kesian dia!

    BalasPadam
  2. Hang memang ganaih..... sepupu pun hang tak mau mengaku... ha..ha..ha...

    BalasPadam
  3. sepupu sepopot...

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.