Isnin, 4 Oktober 2010

Kereta Mayat Dah Tersedia Di Australia

Seorang kawan aku yang tinggal dalam negeri Victoria, Australia telah memaklumkan kepada aku bahawa pengurus sebuah rumah mayat telah bersedia dengan kereta mayat dan band pengiring untuk seorang  pemimpin agong satu bangsa terhebat di dunia yang dimasukkan ke hospital kerana sakit dada. 

Pengurus rumah mayat ini cuba melobi pejabat Konsul negara pemimpin agong itu supaya khidmatnya digunakan sekiranya pemimpin agong itu mati di hopital dalam sebuah bandaraya dalam negeri Victoria itu. 

Dia mohon supaya khidmatnya diambil secara runding terus tanpa tender terbuka, seperti amalan yang dimulakan semasa pemerintahan Pemimpin Agong itu dinegaranya. Dalam kertas cadangannya gambar berikut disertakan:-



Tapi mungkin Pengurus Rumah Mayat ini akan keciwa kerana khidmatnya tidak digunakan, bukan kerana saingannya dipilih tetapi Pemimpin Agong itu masih panjang umur.

2 ulasan:

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.