Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013

Punyalah lama tunggu sampai cemuih.... baru hari ni Najib umum. Aku ucapkan Selamat Jalan BN dan UMNO. Pergi mampuihlah lu orang. Jadi pembangkang. 

Lain kali kalau puak-puak Pakatan Rakyat jadi liaq macam hampa kami tendang depa pulak!


Rabu, 25 April 2012

Bolehkah Istana Paksa MB Bubar DUN?

Jawapan pada persoalan di atas adalah.... Secara rasmi Sultan tak boleh tapi secara bisik-bisik ke telinga Menteri Besar boleh kot? Kot saja la. 





Isnin, 19 September 2011

Tuan Ibrahim Ni Ketua Penerangan PAS atau Ketua Penerangan UMNO...?

Baru2 ni ADUN DAP Kota Kemuning M. Manoharan menyatakan melalui Twitter bahawa corak bendera Malaysia akan ditukar sekiranya Pakatan Rakyat menang. Maka ramailah pemimpin UMNO Jahanam mengutuk  M. Manoharan dan juga Pakatan Rakyat dalam isu ni.

Bagi aku yang bising-bising dan dok pertahan bendera Malaysia ni hanyalah UMNO dan kuncu-kuncunya. Orang lain tak dak hal pun.

Oleh itu PAS yang dok sibuk buat apa? Sepatutnya PAS mesti mempertahankan M. Manohan dalam hal ni. Bendera Malaysia yang ada sekarang nipun macam bendera Amerika Syarikat saja.

Jadi sapa yang suruh Tuan Ibrahim sebagai Ketua Penerangan keluar kenyataan bahawa Pakatan Rakyat tak akan tukar  bendera Malaysia jika PR menang. Sapa? Haji Hadi kah? Mat Sabu ka? Mustafa Ali ka? Atau Tuan Ibrahim sendiri pandai2 gatai mulut cakap macam tu.

Kalau dia sendiri maka si Tuan Ibrahim ni memang bangang. Dahlah cakap atas kapasiti KP PAS. Katakan PR menang PRU dan bukan saja bendera ditukar malah lagu kebangsaan pun ditukar, apa jadi cakap si Tuan Ibrahim ni.

Hello Ustaz....!!! Orang undi dan pilih PAS ka, DAP ka, PKR ka, bukan pasai parti hampa semua serupa dengan BN dan UMNO tapi pasai hampa lawan depa dan hampa tak boleh sama dengan depa. Kalau PR sama dengan BN baik undi BN saja.

Bodo talak otak punya Tuan Blahim.... Cittt.... Itu pasai orang cakap ustaz2 kalau pegang jawatan dia rasa dia pandai pada orang lain.....

PAS: Pakatan tak akan tukar bendera Malaysia


Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya.

azlanMenurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...

“Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media.

police tortured victim 110107 lawyer M ManoharanTuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen berkenaan dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya.

Menurut Tuan Ibrahim, isu utama kini bukanlah mengenai bendera tetapi BN yang memerintah negara.

“Slogan BN, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.

"Pada zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan BN hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia,” kata beliau.

NONEJusteru, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” akhiri beliau.

Kita Bos - Undilah

Aku suka pasai ada Khalid Samad & Daphne Iking..... Tapi tunggu apa lagi... Yang dok sembang bergegaq kedai kopi tu dah daftar mengundika?

Tapi kebanyakan orang Tabligh tak mengundi pasai depa kata bukan sunnah Nabi. Nabi SAW tak buat. Kepala hotak depa... depa dok biaq negara ni penyamun, pembunuh & perogal perintah tak pa. Paria punya geng Tabligh!!!

Isnin, 12 September 2011

Rabu, 20 Oktober 2010

Chief Prime Minister Punya Pasai Kah Ni?

Malaysia ni ada sorang Perdana Menteri @ Prime Minister. Tapi ramai orang kata Perdana Menteri tu iaitu Najib Razak ada ketua pulak. Ketuanya Rosmah. Jadi kalau lagu tu Rosmah tu Ketua Perdana Menteri @ Chief Prime Minister @ CPM lah kot? 


Tengok Malaysiakini...... 


Tian: Kos Perjalanan Rasmi PM Naik Kerana Rosmah


Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

azlanDalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.

“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.



Baca seterusnya di sini

Rabu, 14 April 2010

Musa Hassan Hanya Ketua Mata-Mata....

Musa Hassan telah mencabar Anwar Ibrahim supaya kemukakan bukti apabila Anwar berucap dalam Dewan Rakyat berkenaan ajen-ajen Israel telah masuk dalam ibupejabat PDRM, akupun rasa pelik. Macamana si Ketua Mata-Mata boleh bersuara pulak. Itu kerja Menteri yang terlibat untuk menjawab samada menafi atau membenarkan kenyataan Anwar. 

Foto: Pinkturtle

Tapi Ketua Mata-Mata menyibuk pasai apa? Ketua Mata-Mata hanya ketua jabatan dalam satu kementerian saja. Patutnya Ketua Mata-Mata supply dokumen dan jawapan pada pegawai-pegawai KDN yang bawa beg kementerian untuk dibagi pada Menteri untuk jawab dalam Dewan Rakyat. 

Yang syoknya, lepaih cabar Anwar untuk kemuka bukti. Dok esoknya keluaq berita wakil syarikat Israel dilarang pulak masuk Bukit Aman. Apa cerita ni?

Musa Hassan kena ingat, dia hanyalah Ketua Mata-Mata sahaja. Beliau tak dak kerusi dalam Dewan Rakyat.     Jauh sekali dia berjawatan menteri.

Sila baca:-

Selasa, 13 April 2010

Kalau Sebaliknya

Katakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang berlagak samseng dan mengugut Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajudin "Mabuk" Rahman. Cerita akan jadi sebaliknya. Tentu Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia akan rujuk Kulaasegaran pada Jawatakuasa Hak dan Kebebsan. JK Hak dan Kebebasan ni pulak barua BN.

Kita tengok apa keputusan Speaker dalam kes Ibrahim 'Zionis Melayu' Ali dengan Saifuddin Nasution. Adakah Speaker akan nasihat dan paksa si Zionis Melayu macam yang dia buat pada Kulasegaran?

Tengok sini... Ganggu Ipoh Barat: Pasir Salak diberi amaran keras

Khamis, 8 April 2010

Senarai Anak Murid Zionis APCO Yang Menjalani Latihan Praktikal Di Dewan Rakyat

Sejak Kerajaan Malaysia terlibat mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari Zionis APCO. Beberapa orang Ahli Parlimen sedang menjalani latihan praktikal di Dewan Rakyat. Mereka ialah:-
  1. Speaker - Pandikar Amin Mulia
  2. Timbalan Speaker - Wan Junaidi
  3. Timbalan Speaker - Ronald Kiandee
  4. Padang Rengas - Nazri Aziz
  5. Pasir Salak - Tajudin Rahman
  6. Kota Belud - Rahman Dahlan
  7. Pasir Mas - Zionis Melayu Ibrahim Ali
        

Khamis, 1 April 2010

Membela Melayu mana?


Terima kasih Tuan Yg Di Pertua memberi peluang untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Baginda Yang Di Pertuan Agung

Pada 16hb Mac, dalam ucapan YB Kuala Krau usaha liberalasasikan ekonomi dibangkit.  YB Kuala Krau telah memohon pada kerajaan agar kepentingan Orang Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalasikan ekonomi.

Saya ingin sokong permohonan YB Kuala Krau.  Kepentingan Orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan kerana kaum 62% Melayu memperolehi pendapatan di bawah RM 3000 sebulan.  62% daripada keluarga Melayu miskin dan adalah begitu penting - kepentingan golongan ini diberi keutamaan.  Mana-mana polisi yang membawa kesan negatif pada masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah harus ditolak.  Apa gunanya pembangunaan ekonomi Negara jika ia membawa tekanan pada majoriti dalam Negara itu?  Lebih baik buang polisi macam itu terus ke tong sampah.

Perkara 153

Tuan Yg Di Pertua, Isu Kepentingan Melayu telah mengambil Centre Stage (pentas utama) dalam politik Malaysia sejak sebelum Merdeka.  Dalam Perlembagaan kita Perkara 153 telah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Yg Di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa Orang Melayu.

Pada saya, hasrat di belakang Perkara 153 - adalah munasabah, walaupun kita boleh berbeza pemikiran terhadap pembentukan polisi-polisi untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Munasabah kerana apabila kita lihat Sejarah Moden Dunia, dalam 500 tahun yang lalu suatu ekonomi baru telah muncul di benua Eropah dan merebak ke seluruh dunia dan menembusi semua benua, semua rantau.  Perkembangan aktiviti ekonomi baru telah membawa penghijrahan berjuta-juta manusia daripada Negara-negara asal mereka ke Negara baru.
  • Orang Putih telah pergi ke Amerika, Afrika, Asia dan Australia
  • Orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika dan Eropah
  • Orang India dan Cina datang ke Asia Tengara sebagai kuli.

*Teks perbahasan Jeyakumar selaku ahli parlimen Sungai Siput, dari Parti Sosialis Malaysia.

Baca seterusnya di MerdekaReview - Membela Melayu mana?