Ahad, 5 Jun 2011

Tahniah PAS & Mat Sabu & Tuan Ibrahim

Aku ucapkan tahniah kepada Mat Sabu dan Husam Musa pasai depa jadi Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS. Ucapan ini setinggi-tinggi tahniah pada para perwakilan yang pandai memilih. Macam nilah baru boleh kata orang PAS cerdik.

Aku suka pasai Mat Sabu lepaih dilantik terus pukui dendang perang. Macam tu la. Bakal Presiden PAS. Tak macam ustaz-ustaz. Ustaz-ustaz ni semua jenis lambat. Depa kena bersuluk dan bertapa dulu baru boleh buat keputusan. Kalau masa bersuluk dan bertapa tak nampak apa-apa, maka tak dak la keputusan apa-apa.

Itu pasai Tuan Ibrahim mula-mula tak mau bertanding, mungkin lepas dia beriktikaf balek dinding maka dia nampak Nombor 2, jadi diapun terus umum nak bertanding pulak. Memang dia dapat No. 2 pun.

2 ulasan:

  1. he he! slow2 tuan haji! biar ustaz2 muhasabah diri depa! Selalunya depa yang nasihat suruh orang muhasabah diri.

    BalasPadam
  2. Tu untungnya kita ada pemimpin, orang atas yg mahu fikir kehendak kita orang bawahan, penyokong. Jiwa mesti besar la untuk jadi pemimpin. Kalau ada banyak salah,kekurangan elok la redha kena tukar, ganti. Pastu bantu kemas balik jemaah. Kita tak mahu UMNO, penyakit UMNO dlm PAS.

    Ok Nasha, it's time to make the coffee. ha ha ha pelaksana amanat Majlis Syura, hotak dia! Kencing la.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.