Rabu, 25 Januari 2012

Ustaz Azizan Tok Sah Dok 'Cenge' Sangat...!!!

Ustaz Azizan tunggu apa lagi? Tok sah dok cenge sangat la. Budak-budak U memang macam tu. Darah muda. Cuba hang talipon kat Rektor KUIN suruh dia perbetoi apa lebih kurang bagi settel hai ni.

Lagi satu ustad, tunjukkan PAS ni tak sama dengan UMNO. Kalau sama baik depa pangkah 'kati' saja. Hangpun tak boleh jadi MB pulak sat gi.....

Jadi aku rasa tawaran 5 orang mahasiswa ini cukup baguih dan boleh diterima...... ambik yang jernih buang yang keroh.....

KUIN diseru sambut tawaran 5 mahasiswa AUKU

GAMIS | Jan 25, 2012 01:40:28 pm


Berhubung dengan isu lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN), GAMIS masih tetap berpendirian bahawa akan bersama-sama dalam mana-mana pihak sahaja untuk memansuhkan AUKU dan GAMIS dengan jelas membantah mana-mana tindakan yang menzalimi mahasiswa tanpa mengira parti politik.

Lima mahasiswa KUIN tersebut Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof telah mencabar keputusan hukuman yang dikenakan oleh KUIN di mahkamah.

Terbaru, lima mahasiswa KUIN yang dikenakan hukuman AUKU kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar diberitakan telah menghantar "surat perdamaian" kepada Rektor KUIN sendiri untuk menjernihkan keadaan.

1. Tindakan lima mahasiswa KUIN untuk menarik diri kes semakan undang-undang di mahkamah merupakan satu tindakan profesional mahasiswa.

2. GAMIS sangat berharap pihak Prof Dr. Hj Jamil Osman, Rektor KUIN dapat menyambut baik usaha murni ini dengan menunaikan syarat "perdamaian" ini iaitu;

i) Menarik balik hukuman penggantungan mahasiswa yang masih digantung;
ii) Membuat kenyataan permohonan maaf terhadap lima mahasiswa KUIN yang dijatuhkan hukuman AUKU yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan;
iii) Mengisytiharkan KUIN sebagai universiti bebas AUKU.

3. GAMIS menyeru Kerajaan Negeri Kedah untuk campur tangan dalam pentadbiran KUIN kerana ia terletak di bawah kerajaan negeri, membuktikan kebersamaan kerajaan Pakatan Rakyat dalam memberi kebebasan kepada mahasiswa.

4. Tawaran lima mahasiswa KUIN tersebut adalah satu peluang baik untuk diambil oleh pihak pentadbiran KUIN dan juga Kerajaan Negeri Kedah untuk membersihkan kembali nama baik Pakatan Rakyat.

Justeru, saya menyeru agar semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan konflik ini tanpa menyalahkan mana-mana pihak demi menegakkan keadilan sejagat selari dengan konsep Islam.

"GAMIS Inspirasi Anak Muda"

*Kenyataan media oleh Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor selaku Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).


1 ulasan:

  1. Ust..tunduk bukan mengalah..buktikan pakatan benci auku.....

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.