Memaparkan catatan dengan label Ulamak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulamak. Papar semua catatan

Khamis, 21 Februari 2013

Kes Pencerobohan Di Lahat Datu berpunca dari Dr Haron Din...

Memang patutpun orang kata Najib bersuamikan Rosmah dan Najib tak dak teloq. Kes yang terjadi di Lahat Datu adalah buktinya.

Tapi sindrom tak berteloq ni bukan saja ada kat Najib, tapi dah berjangkit ke Hishamudin Menteri Dalam Negeri, Zahid Midi Menteri Pertahanan, KM Sabah, Panglima ATM, IGP, Panglima TD, Panglima TLDM, dan Pesuruhjaya Polis Sabah. Teloq depa semua bukan kata dah sentap masuk perut tapi dah hilang ghaib dan ghuyub kena makan hantu raya yang Haron Din tak dan tangkap masuk botoi. Lembab betoi Haron Din buat kerja tangkap hantu!

Dei ane-ane semua, ini kes ceroboh masuk ke dalam negera, siap berunifom dan bersenjata. Kalau tak dan nak intercept masa depa bersampan dan berkelok di laut, bila depa dah mendarat depa mesti ditangkap dan kalau lawan serang tembak dan tangkap. Ni the so called criminals, polis selalu hambat tembak mati. Pasai apa penceroboh kedaulatan negara hangpa buat badak pulak?

Hishamudin pi makan angin di Lahad Datu
Kalau aku menteri yang jaga keselamatan dan pertahanan negara, aku arahkan pasukan keselamatan bagi tempoh satu minit kat penceroboh ni nak serah diri atau tidak. Kalau ya terus letak senjata dan  tangan letak ataih kepala jalan sorang-sorang masuk trak. Kalau jawapan tidak, ada lagi seminit untuk pikiaq balik kalau habih tempoh, terus FIRE. Tak dak kesian belaih. Kemudian boleh cerita!

Orang UMNO yang sembang dengan aku kata , "mana boleh buat macam tu depa orang Islam, kalau kapiaq tak pa la".

"Ooo.... lagu tu ka? Kapiaq tak pa? Najib ingat lagu hang jugak kot? Itu pasai Geng ulamak UG dalam PAS suka kat dia" aku  perli mamat UMNO ni.

"Eloklah lain kali Siam nanti taja orang Petani pakai unifom bawa M16 enam tujuh ratuih orang pakat masuk negeri Perlis, Kedah, Kelantan depa kata dulu negeri ni bawah Siam kami nak balik, hangpa nak pi berunding jugak ka?" aku merepek kat mamat UMNO tuh. 

Tulisan Polis Pencen Mat Zain Ibrahim ni memang betoi boleh pakai. Dia tulih macam ni pun pasai dia dah pencen, kalau dia dalam servis aku agak teloq diapun kena sambaq dengan hantu raya jugak.

Atau kejadian ni telah dirancang dan diplot oleh pemimpin UMNO. Memang UMNO dan Barisan Nasional tak boleh harap! Wajib diterajang dan dijatuhkan.

Jumaat, 8 Februari 2013

HARUSSANI MOHON TANAH DARI ZAMBRY


Depa kata tarikh 8 Februari adalah hari jadi Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri yang pertama. Kalau dia ada lagi dia berumoq 110 tahun dan hambus 110 batang lilin menyemboq ayaq lioq. Fahaman politik letak tepi, dia dah tak dak, jadi hadiahlah Al-Fatihah kat dia.  

Cerita bawah ni telah aku siar dalam blog ni pada 8 Februari 2010 yang lalu. Hari ni genap 3 tahun. Hari ni aku ulang siar. 

HARUSSANI MOHON TANAH DARI ZAMRY
Pintu bilik pejabat aku dibuka, terjengoi Setiausaha aku, Noni dan terus bagitau "Encik, ada sorang haji nak jumpa".

"Haji!! dari mana?" balas aku. "Mintak derma kot... Awak bagilah sepuluh ringgit duit petty cash tu" aku terus arah Noni kerana aku malas nak layan Haji tu.

"Saya dah tanya.... dia kata bukan minta derma tapi ada hal lain... Hal blog... dia nak jumpa Encik jugak" Noni ni cekap juga, tahu saja perangai aku, dia mesti soal macam-macam sesiapa yang nak jumpa aku.

Cerita blog-blog ni bahaya. Noni dan semua staff kat pejabat aku pun tak tau aku Lee Copper. "Tak palah pangge dia masuk".

"Ok!" Noni terima arahan sambil keluar ke tempatnya.

Seketika kemudian Noni buka pintu dan mempersilakan Haji itu masuk.
"Assalamualaikumwarahmatullah..." Haji itu bagi salam sambil hulur tangan untuk berjabat tangan dengan aku. Aku yang berdiri untuk sambut Haji tu terus menghulur tangan sambil jawap salamnya. Aku persilakan Haji itu dudok .

"Ada apa yang boleh saya bantu" aku buka bicara.

"Saya Haji Sapaq.... kalau ikut maqraj Arab sebut Haji Safar" beliau menyebut perkataan SAFAR macam Arab. "Saya mai daghi Paghit Buntaq.... saya imam Masjid Paghit Tok Chah".

Haji Safaq terus bercakap "Sebenaqnya saya ni sepupu dengan Tan Sri Harussani... mak saya mak penakan dia.... Kami ni kira orang KULAAN la..... saya mai ni pasai dia lah".

"Pasai apa?" tanya aku. "Pasai Harusani pi semahyang hajat dengan Zamri...... Saya pun depa suruh pi tapi saya jenih ketegaq.... tak dak pasai saya nak pi semahyang hajat dengan Zamry kurang ajaq nih" Haji Safaq mula tinggi suara.

"Saya minta kalau boleh la..... Encik Lee tolonglah buboh dalam blog Lee Cooper perkara yang saya nak bagi tau ni" Haji Safaq terangkan kehendaknya.

"Bukan Lee Cooper.... Lee Copper......Blog saya ni koman saja.... Tuan Haji carilah Al-Banjari ka.... kan ke dekat dengan rumah Tuan Haji..... Kalau tidak Mat Saman Kati ka.... Manjung Mari ka..... " balas aku.

"Ha.... Lagi satu saya nak tanya tuan Haji sikit boleh ka?" soal aku. "Apadia?" balas Haji Sapaq.

"Macamana haji tau blog saya Lee Copper? Saya tak pernah bagitau orang pun. Secretary sayapun tak tau" aku menyoal.

"Tu senang saja.... saya tengok IP address" jawab Haji Sapaq dengan yakin. Aku mula konfius. Kalau Haji ni boleh dapat IP address akupun bukan dia tau aku sapa dan di mana pejabat aku. Kacau.... kacau. Tapi lantaklah..... Layanlah....

"Encik Lee tau ka? Harussani tu memang berlagak nak mampuih dari dulu lagi" Haji Safaq dah mula buka cerita.

"Masa dia jadi Kadhi Besaq di Penang dulu dia dah belagak habih.... Kereta kerajaan Volvo 240.... dia pulak beli Nissan Cefiro. Kalau mai kot kampung kami dia dudok dalam Cefiro tu jelin tak jelin saja kat kami kat tepi jalan..... bawak kereta laju macam setan. Lani pun kalau tengok dia pi market ka... pasar tani ka... dia bawak orang gaji... tapi orang gaji tu haram tak pakai tudungpun... Mufti apa macam tu" laju Haji Safaq bercerita.

"Maaf Haji, cerita jenih ni saya tak boleh buboh dalam blog saya.... kalau betoi pun depa kata saya fitnah..... Saya mengaku memang saya dok kutuk Harusani.... tapi saya kutuk saja... reka cerita saya tak buat" aku cuba mengelak jadi penyebar cerita Haji Sapaq yang entah betul entah tidak dalam blog aku.

"Encik Lee tok sah takut..... saya boleh tulih ataih kertas cerita saya..... Encik Lee cuma kopi masuk blog saja....kendian saya boleh buat surat sumpah kata memang saya yang tulis cerita dalam blog tu". Haji Sapaq cuba yakinkan aku.

"Ya ka?" tanya aku ringkas. "Ya la" jawab Haji Sapaq.

"Tak pa... tak pa... haji cerita dulu kat saya... nanti saya pikiaq lagu mana" kata aku yang memang seronok dengar cerita pelik-pelik ni.

"Encik Lee tau ka pasai apa Harusani tu pi semahyang hajat dengan Zambri..... lepaih tu arah imam-imam dengan bilal masjid wajib pi". Aku bagi tumpuan pada cerita haji tu.

"Harusani yang bagi akai kat mamak sekoq tu.... pangge semua imam-imam, bilal, budak-budak sekolah agama satu Peghak..... buat semahyang hajat..... di ghumah dia......... orang lain yang muka macam kawaq semua tu buat wayang saja..... bagi nampak ramai". Haji Sapaq bercerita sambil tangannya diutau ke sana-sini.

"Dia dah lagho..... buat kerja ikut nafsu..... dia ni bukan buat kerja kerana Allah.... tak dak aih... lagi tua ni lagi dia merapu.... bagi saya tuhan diapun bukan Allah lagi.... tapi UMNO.... Lebih Melayu dari Islam.... Macam Encik dok tulih Harussani ni Mufti Melayu Purba tu memang tepat" Haji Sapaq mengutuk Harussani.

Haji Sapaq menambah lagi "Encik Lee, ni saya nak habaq.... Zamry cukup suka kat Harusani.... dia bagi balak 2 kompatmen..... boleh jadi mufti selagi dia mau".

Dapatlah..... Tanah kat Aku....... Amin!!!!

"Baghu ni masa Harusani sembang dengan mamak tu pasai nak buat semahyang hajat..... mamak offer dia tanah lot di Meru Height untuk buat banglo.... tapi Harusani tak mau.."

"Pasai apa dia tak mau" tanya aku.

"Pasai Harusani nak tanah dekat Padang Polo"

"Dia nak buat apa tanah dekat Padang Polo? Itu sudah lebih!!!" sampuk aku.

"Harusani dah tua... dia nak buat MAKAM DI PADANG POLO" jelas Haji Sapaq

"Ada ka.." belum sempat aku habih bercakap, tiba-tiba....

Tok... tok... tok.... "Abah bangun bah Zohor dah nak habis ni!!" aku dengar suara anak aku ketuk pintu bilik kejutkan aku dari tidur.

Ciss mimpi lagi.... mimpi di siang hari pulak tu. Tapi mimpi Harusani minta tanah nak buat KUBUR di PADANG POLO, IPOH dekat jirat Cina.... Kah... kah... kah....

Rabu, 24 Ogos 2011

Betoika Hang Cakap Ni Harussani?

Walaupun depa kata dia adalah sorang Mufti, tapi aku tak berapa nak percaya cakap orang tua yang bernama Harussani Zakaria ni.....

Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani
Harakahdaily   
KUALA LUMUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar)mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam  wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.
“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.
Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin.

Dalam majlis itu, Mufti Perak itu mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".
Anwar didakwa lagi
Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan meliwat oleh kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau kini sedang dalam peringkat membela diri atas tuduhan itu.
Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot dalam tulisannya mendakwa, pentadbiran Umno dan BN akan mempastikan Anwar akan hidup terus dalam penjara.
Rakan Najib, Datuk Abdul Razak Baginda pernah memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, “Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik,” kata Mallot dalam tulisannya.

"Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang," tulisnya lagi.

Isnin, 29 Mac 2010

Pemerintah & Ulamak, Kerjasama Pintar & Putar

Kuasa politik dan kuasa agama
Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini...

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa


Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah


Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.

Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya)"Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w:"Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...

Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!

Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya..

Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...

Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis.

Dikutip dari Malaysiakini