Berapa banyak video seks depa nak keluaq da? Memang bodo piang gila babi orang yang percaya video seks. 
Dulu Anwar lepaih tu si Azmin. Ni keluaq pulak video Mustafa Ali. Jawablah Mustafa Ali oi. Tapi tak payah risau, orang tak layan lah video ni. Tengok saja, percaya tidak. Hero tua beruban. Konon orang tua jenih telan viaga dan minum kopi jantan 3-4 kole sehari. 
Tak tak orang nak percaya kecuali orang UMNO lembu bangang termasuk Hassan 3 line pelaq dengan katak-katak yang riuh rendah nak jadi calon kerusi hat depa kencing pengundi dulu. 
Orang UMNO jahanam ni semua depa selain dari duit dengan harta kekayaan haram, depa dok teringat kote dengan buret. Kempen PRUpun guna kote dengan buret. Bukan tau nak pikiaq macamana nak berhujah dan membentang manisfesto pilihraya yang ori. 
Jika tak benamkan BN dan UMNO, jika biaq depa berkuasa lagi lepaih PRU13 akupun tak taulah apa nak jadi. Jadi lagi karut. Depa hilang kuasa baru cerita-cerita kote dan buret boleh tutup.
Nasihat aku kat Mustafa Ali, kalau hang buat betoipun tak payah mengaku. Pasai orang dah jemu dan muak dengan video seks. Orang tak percaya. Kalau mengaku jadi macam Chua Soi Lek, kena cop pornstar sampai mati. 
Lagi satu aku ingat si Mustafa Ali masa keluaq video Anwar dan Azmin dia berat ke percaya orang yang dalam video tu Anwar dan Azmin. La ni kena kifarah kat dia. Baru dia tau langit tinggi ke rendah. Hati mau tetap sama kawanlah. 
UMNO akan buat apa saja. Orang yang dok pulun nak berUG dengan depa pun depa boleh konar ngap balik. Kesian Mustafa Ali....

 
 
 
ULASAN Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks.
 Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk 
aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu,
 seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.
 Tidak 
lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi 
perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan 
daripada kabinet.
 Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.
 Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang 
berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.
 Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.
 Sementara Malaysiakini
 difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil 
keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan.
 Sementara dunia blog, khususnya yang pro-Umno, dengan tangkas 
menyebarkan imej-imej video tersebut bersama sejumlah maklumat yang 
mengejutkan.
Wanita dibayar oleh PKR?
 Kononnya, menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan 
tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin 
berkenaan.
 Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya 
ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, 
Terengganu semalam.
 Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya 
menurut blog lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, 
pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap 
sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu 
kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.
 Sama ada sahih atau 
tidak, blog menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar 
salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.
 Video itu
 memaparkan seorang perempuan, kata blog lagi, disyaki bukan warganegara
 melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.
 Jadi, berbeza 
kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai 
dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.
 Alasannya, 
menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan 
pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah 
dipecat.
 Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!
Yakinkan penyokong totok Umno
 Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno?
 (Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?)
 Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna?
 Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu?
 Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan 
akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri 
Sembilan, Kedah, Johor atau Perak.
 Kenapa tidak diedarkan di 
Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang 
bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja?
 
Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu 
sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, 
media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu?
 
Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh 
dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah 
jutaan, penyokong PAS?
 Jika pengundi meragui kesucian 
pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin 
merampas Putrajaya? Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis 
peluang pembangkang menambah undi?
 Walaupun ia tidak mustahil, 
dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda 
tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya?
 Jika
 ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR 
sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, 
kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang 
kamera di bilik tidur.
 Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula
 unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan
 mudah diketahui umum dan ditangkap polis?
 Jika benarlah laporan
 polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog 
pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya?
 Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya?
 Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita 
upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh 
politiknya seperti BN atau Umno?
 Pendek kata, skrip video lucah 
pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan
 boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN 
habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti.
 
FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini.