Ahad, 12 Julai 2009

SYEIKH TANTAWI LAGI.....

Aku pernah tulis surat terbuka kat Syeikh Nasrudin Tantawi (KP PAS) iaitu Kepada............Jangan Hampiri Zina dan aku selalu kutuk dia. Blog dia, aku dan rakan-rakan lain kacau, bagi komen sampai dia tukar setting kepada "Comments on this blog are restricted to team members". Sebelum tu aku kutuk dia di sini.  Aku cuma nak tegur dia tapi kasar sikit. Supaya dia tak teruskan niat dia dan rakan-rakannya untuk mengadakan hubungan dengan Umno, biar dalam apa bentuk dan kaedahpun. Wacana Ilmu ke apa ke...... Itu bulls**t. Bodoh dan bangang.

Tugas dia ialah menguatkan Pemuda PAS dan mantapkan Pemuda PR. Adakan pertemuan berkala dengan pemimpin Pemuda PKR dan DAP serta parti sahabat seperti PSM, MDP dan PRM. Tubuhkan jawatankuasa kerja dll. Buatlah wacana ilmu ka apa ka dengan depa. Itu tugas hakiki Sheikh Tantawi. 

Anggap Umno dan BN adalah musuh yang wajib diperangi. Wajib dikalah dan dihapuskan. Tiada belas kasihan pada mereka... No Mercy.... Inilah berpolitik. Politik adalah ibu segala peperangan. Peperangan timbul apabila persetujuan politik tidak tercapai. Jadi apabila musuh lemah dan tak mahu serah diri mesti dihapus semuanya tanpa tinggalkan saki baki. Ini tidak, nak selamatkan musuh pulak dengan mengenepikan rakan-rakan yang membantu dalam pertempuran.

Logiknya, PAS dan PR tidak perlu risau. Penyokong Umno dan BN akan berduyun-duyun menyertai dan menyokong parti-parti dalam PR selepas Umno dan BN hancur. Ini adat berperang. Masa tu tarbiyahkan merekalah. Apalah Syeikh ni...... Tu pun tak boleh pikiak!!!

Kata orang Sheikh Tantawi ulamak hebat. Seperti kata ManjungMari, ada title kat hujung nama, seperti Daud Iraqi, tak macam Presiden dan Mursyidul Am. Tentulah Syeikh Tantawi banyak ilmu sehingga memenuhi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Aku hanya berhujah menggunakan logik sendiri seperti yang dikomen penyokong Syeikh Tantawi.  Begini komen penyokongnya:-

Tanpa Nama berkata...

aduh..semua komen guna logik sendiri...bukakla minda sikit..tunjuk laa diri ni berilmu..jangan hanya pandai menulis..tp tak dak menampakkan spt org yg berilmu..islam tu luas..cabang ilmu nya banyak..saudara p la mendalami betul2..pikirla betul2 kenapa kadang2 ulamak ni cuba utk berbuat camtu..jgn asik nk kondem saja..jgn asik nk pikir yg kita ni betul...beza antara kita ngan dia pun dah jauh..ulamak ni buat keputusan berdasarkan banyak cabang ilmu..yg kita ni wat keputusan ikut apa yg kita rasa saja..jd sblm tulis tu..pikiaq betul2..jgn sampai jd fitnah..ni ramai org baca yg hg tulis nih..kalau apa yg hg tulis ni jd fitnah..dah mati nanti hg nak jawab camna??? fikirla kawan..jgn ikut perasaan sangat..
2009 Julai 10 00:05

 

Ya sheikh..... logik itu bukankah salah satu cabang ilmu. Kalau tak silap Ilmu Mantik. Politik mesti logik. Berhujah mesti logik. Berceramah lagi kena logik. Pengundi bukan nak dengar berjela-jela alasan dan hujah walaupun dipetik dan ditelaah beribu-ribu kitab dari Mesir. Bukan mereka hadiri kelas ilmu usul dan tauhid. Pengundi nak tau mengapa PAS lawan Umno? Bolehkah PAS ganti Umno? Apa corak pemerintahan bila berkuasa? Macam-macam lagi. Tingkatkan keyakinan pengundi pada PAS dan PR. Tapi yang Syeikh buat sebaliknya.

Pengundi yang benci dan meluat kepada Umno bukan nak dengar cerita Pas akan selamatkan Umno kalau Umno nazak. Atau PAS masih sayangkan Umno kerana mereka parti orang Melayu dan Islam.  Kalau begitu lebih baik mereka undi BN. Tak payah berembun beratap langit dengar Syeikh-syeikh PAS kelentong dalam ceramah. Tak payah lagi pengundi hulur derma kapada PAS semasa tabung bergerak dalam ceramah. Itu semua buang masa, tenaga dan duit pengundi. 

Sejak golongan syeikh-syeikh menguasai PAS, aku akan kecilkan skop aku dalam memerhati tingkah laku dan tindakan mereka. Apa yang tak kena aku akan bantai..... Aku bukan tak hormat mereka, tapi demi meningkatkan penghormatan orang ramai dan penyokonglah aku buat begini. 

3 ulasan:

  1. politik dalam pas ialah siasah syar'iyyah, iaitu siasah berdasarkan syarak dan siasah untuk menegakkan syarak. kepatuhan secara total kepada syarak bererti ubudiyyah kepada Allah.

    BalasPadam
  2. Salam Lee
    Teman ilmu agama tak tinggi mana. Teman paham mudah jer. Kita bukan nabi yang tahu akan kehebatan kesan Perjanjian Hudaibiyah. Kita juga bukan berstatus sahabat nabi yang boleh kalah dengan helah dalam Perang Siffin. Tentera Ali gagal membaca helah Muawiyah. Tapikat Malaysia, Tantawi dah boleh baca helah UMNO. Takker gitu?

    BalasPadam
  3. Salam Mamamat,
    Aku rasa pu betoi jugak. Sheikh Tantawi kasyaf.......

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.