Selasa, 4 Ogos 2009

LHDN: SILA AMBIL TINDAKAN


Dengan berakhirnya demo Anti Isa, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mendapat peluang yang teramat baik. LHDN tidak perlu lagi menghantar pasukan membuat risikan selama berbulan-bulan untuk mendapatkan maklumat peniaga-peniaga yang menipu LHDN. Mereka menipu dengan memberikan penyata pendapatan yang jauh kurang dari pendapatan sebenar supaya cukai pendapatan yang dikenakan setiap tahun adalah sedikit sahaja.

Peniaga-peniaga yang dimaksudkan adalah ahli Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman. Mereka seramai lebih kurang 200 orang telah rugi sebanyak RM500,000 pada hari Sabtu lalu akibat demo jalanan anjuran GMI. Jika dihitung, pukul rata pendapatan kasar mereka adalah RM2,500 sehari. Lihat kenyataan Pengerusinya, Kamarudin Ibrahim (tentu penyokong tegar UMNO Jahanam) dalam Berita Harian. Sekarang mereka secara terang-terang telah membuat pengakuan terbuka.

Banyak pendapatan mereka!!! Walaupun hanya berniaga kecil dan menjaja sahaja. Siapa kata peniaga  Melayu susah. Mereka tak susah. Tapi akibat dah dilatih oleh UMNO Jahanam supaya mengamal 'Budaya Susah", maka mereka sentiasa mengaku susah, susah dan susah. Tak pernah senang hanya susah setiap masa dan ketika.

Oleh itu supaya mereka lebih susah lagi, silalah Lembaga Hasil Dalam Negari membuat pemantauan dan siasatan terperinci ke atas tiap-tiap ahli Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman bermula dari hari pertama mereka memulakan perniagaan sehingga ke hari ini. Pastikan tiada tipu helah. Jika ada keraguan kira semula dan kenakan cukai yang tertunggak dan denda mereka berganda-ganda. 

Aku sebagai orang Melayu (anti UMNO Jahanam) yang terpaksa bayar cukai pendapatan beribu-ribu setahun kepada LHDN amat dengki dengan golongan seperti ini. LHDN jangan duduk diam!!! Ambil tindakan!!! Mungkin berjuta-juta lagi cukai pendapatan tertunggak boleh dikutip dari mereka ini. Sekiranya mereka tidak mampu bayar tunggakan cukai, sita perniagaan mereka. Barulah peratusan pembayar cukai keturunan Melayu meningkat. Wang juta-juta itu boleh kerajaan peruntukkan untuk membersih dan mengindahkan Lorong Tuanku Abdul Rahman yang kotor dan jijik itu.


 

2 ulasan:

  1. Salam tuan,
    Saya mohon copy paste n3 tuan utk masukkan kedalam blog saya. TQ

    BalasPadam
  2. A-I-B

    Ok aje. Buatlah apa yang patut.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.