Rabu, 5 Ogos 2009

MUSA HASSAN A/L SYEIKH MUQADDAM

Musa Hassan adalah KPN @ Ketua Polis Negara @ Ketua Pengawal Najib adalah anak lelaki kepada Hassan Azahari. Hassan Azahari ini mengendalikan sebuah program tv mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran yang diberi nama Muqaddam di RTM dalam tahun 70an dan 80an. Bersesuai dengan nama program tv itu, maka Hasan Azahari sesuai dipanggil Syeikh Muqaddam. Syeikh Muqaddam ini kiranya selebriti tv zaman dulu kala, tv Zamry-Nizar (hitam-putih).
Dibangkitkan hal Syeikh Muqaddam ini bukan apa...... puncanya KPN yang memulakan. Sila baca Utusan Bodohkan Melayu!!! KPN kata:-
SEPANG 4 Ogos - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang mengeksploitasi anak-anak mereka untuk menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya akan menyiasat sejauh mana kebenaran itu dan jika didapati pihak penganjur dan ibu bapa menyalahi peruntukan undang-undang, mereka akan didakwa di mahkamah.

"Kita sudah beberapa kali memberi amaran, mana-mana pihak yang meletakkan kanak-kanak dalam keadaan bahaya menyertai perhimpunan sedemikian adalah menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001.

"Ini masalah orang dewasa, kenapa nak heret anak-anak sekali, kanak-kanak adalah bersih tidak mengenal betul atau salah dan kalau mereka diajar cara tak betul, maka sampai dewasa pun mereka akan tak betul," tegasnya.

 
Aku amat benci pada Musa Hassan sebagai KPN kerana dia tidak menjalankan tugasnya secara professional. Dia telah:-
1.  Menjadikan PDRM bekerja dan bertindak mengikut suruhan dan kemahuan ahli politik jahat dari UMNO. 
2.  Dia naik pangkat sehingga menjadi KPN kerana kuat bodek pegawai atasan dan pemimpin politik berkuasa, terutamanya Mahathir. Dalam kes Anwar Ibrahim dia jadi Pegawai Penyiasat usung tilam
3.   Dia dikatakan terlibat dengan kongsi gelap di Johor. Rujuk Malaysia-Today banyak cerita dalamnya.
4.   Jenayah menjadi-jadi semasa dia KPN kerana balasan Allah Taala kepada rakyat Malaysia kerana melantik seorang yang tidak layak.
5.   Tamak jawatan kerana masih berharap kontrak jawatannya sebagai KPN dengan menekan kerajaan dengan tindakan pelik, lihat Blog Lim Kit Siang. Sekaligus melambatkan kenaikan pangkat pegawai bawahannya. 
Musa Hassan ini memang dibenci oleh ramai orang, terutamanya penyokong Pakatan Rakyat. Bermakna hampir 50% dari rakyat Malaysia. Orang yang dibenci orang ramai tentunya berwatak jahat? Tidak amanah? Salah guna kuasa? Bodek? Tamak? Munafiq? Adakah sikap dan perangainya itu boleh dikaitkan dengan bapanya? Bapanya tak ajar dia kah? Sedangkan bapanya Syeikh Muqaddam yang terkenal 1-Dunia. Bapanya tanggung dosa perbuatannya kah?
Bagi aku tidak! Perbuatan salah anak tidak boleh disalahkan bapanya. Jika perangai dan sikap Musa Hassan dan lain-lain anak Syeikh Muqaddam seperti Fuad dan Jalaluddin tidak boleh dikaitkan dengan Syeikh Muqaddam, maka begitu jugalah dengan budak-budak yang hadir demo tu. Tak boleh salahkan bapa mereka.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.