Jumaat, 23 April 2010

Apa Maksud Hormati Kuasa Mutlak Raja Melayu Dalam Agama?

Ada empat perkara yang ditekankan oleh Raja Nazrin Shah anak Sultan Perak semasa merasmikan persidangan ke 171 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak iaitu:-

  1. Bahawa raja-raja ada kuasa mutlak dalam hal agama Islam dan adat Melayu dalam negeri mereka.
  2. Oleh itu semua hal berkenaan Agama Islam seperti fatwa, arahan atau apa saja perlu dapat dirujuk kepada dan mendapat persetujuan Sultan terlebih dahulu. 
  3. Kuasa raja pemerintah dalam hal Agama Islam dan adat Melayu tak pernah diserah pada pihak lain walaupun semasa di bawah lindungan British ataupun penjajahan Jepun. 
  4. Kuasa mutlak ini mesti dipertahankan
Raja Nazrin Shah
( Foto: Malaysiakini)

Aku sebagai rakyat mesti kena setuju. Tapi sekiranya difikir, apabila seorang raja ada kuasa mutlak dalam hal agama dan adat bangsa, aku menjadi celaru.

Kecelaruan timbul apabila aku tengok orang Islam dan Melayu. Mereka macam bukan orang Islam yang tulen. Mereka tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar malah kehidupan mereka bercanggah dengan Islam.

Majoriti mereka penipu, pembohong, perasuah, peminum arak, penjudi, pengamal sihir, pemecah amanah dan bermacam-macam lagi perlakuan dan perangai buruk yang dilarang dan diharamkan oleh Islam. Sekarang ini perbuatan zaman jahiliah iaitu berzina dan membunuh anak semakin berleluasa di kalangan orang Islam. Itu semua amalan orang jahil, fasiq dan munafiq.

Apabila Raja Nazrin berkata bahawa raja mempunyai kuasa mutlak dalam hal ehwal Agama Islam, maka apakah perlakuan buruk orang Islam itu boleh diletakkan kesalahannya ke atas raja-raja? 

Begitu juga dengan hukum syarak. Di semua negeri, Undang-undang Islam hanya mencakupi kekeluargaan Islam sahaja seperti nikah, cerai dan rujuk serta pembahagian pusaka. Dalam hal jenayah seperti membunuh, mencuri, menipu dll hukum syarak sudah tidak terpakai kecuali zina, minum arak, khalwat dan tidak berpuasa dalam bulan ramadhan (itupun hukumnya tidak mencerminkan hukum Islam). Benarkah kekuasaan raja-raja terpelihara dan tidak diganggu gugat terutamanya oleh British? Macamana hukum British terpakai menggantikan hukum Islam?

Apakah perlu kuasa mutlak raja-raja dalam hal Agama Islam dipertahankan? Sedangkan raja-raja tidak mempertahankan kesucian Islam dan membiarkan orang Islam hanyut. Raja-raja dan ahli keluarga mereka kelihatan hanyut sama. Persoalannya adakah Islam itu keutamaan raja-raja dalam pemerintahan mereka?

Raja-raja dalam mempertahankan kuasa mutlak mereka dalam hal Agama Islam, mereka mestilah melantik ahli majlis yang berpegang kukuh dengan agama. Bukannya melantik orang jahil dan fasiq menjadi ahli majlis. Kalau disenaraikan orang jahil, fasiq dan munafiq sebagai ahli majlis agama di negeri-negeri memang ramai dan boleh memalukan raja-raja yang melantik mereka. 

Melantik mufti juga begitu. Raja mesti mendengar nasihat mufti dan bukan sebaliknya.

Persoalan utama sekarang mengapakah Raja Nazrin membangkitkan perkara ini? Adakah raja-raja telah tidak dipedulikan oleh kerajaan yang berkuasa? Atau adakah Raja Nazrin cuba menunjukkan bahawa itu yang dia mahu apabila dia naik takhta kelak?  

Kita rakyat hanya tunggu dan lihat. 

2 ulasan:

  1. kuasa mutlak??? kepala hotak ko!!! kuasa mutlak tu boleh digunakan hanya keatas katak dan binatang yang tak sekolah je. dalam islam semua manusia sama disisi Allah kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. siapa kamu tanpa rakyat??? rakyat tetap boleh hidup dan aman tanpa rajagopal, tapi bolehkah rajagopal hidup tanpa rakyat yang yang memberi makan???? jangan la perasan dan gila kuasa..... besar sangatkah kuasa korang sehingga boleh menafikan hukum Allah? (sehingga boleh ampun pesalah minum arak???).tunggulah kehancuran nya apabila tiba masanya...

    BalasPadam
  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Haram jika kita bersahabat dengan Azazil,Syaitan dan Hantu kerana mereka akan sesat akidah Islam kita tapi Halal disisi Islam (pendapat pemimpin UMNOBN APCO) kalau kita bersahabat dengan Israel APCO kerana orang orang Yahudi Israel APCO akan membantu menjana ekonomi Malaysia .Kerana itu Kerajaan pimpinan 1 Malaysia mengajikan Yahudi Israel APCO kalau tidak rakyat Malaysia akan mati kelaparan kalau tidak dapat bantuan kebijaksana Yahudi Israel untuk menjana ekonomi Malaysia.hj jamaludin

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.