Pada awal 80an.... aku telah dipaksa hadir dalam satu ceramah kerjaya. Ceramah kerjaya ini dijalankan oleh dua orang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri yang PM sideburn panjang baru beberapa bulan jadi PM. Ceramah kerjaya apa bendanya. Ceramah itu jadi tempat maki Cina dan Hindu (India bukan Islam). India Muslim tak termasuk sebab PM masa itu adalah India Muslim mengaku melayu.
Kata mereka, Melayu tuan di negara ni, Cina dan Hindu pendatang. Maka ditakut-takutkan peserta yang 100% Melayu, bahawa kedua-dua bangsa ni akan ambik alih negara ini dan Melayu akan ditindas. Jadi nasihat mereka jagalah UMNO yang memerdekakan Malaysia, yang membela bangsa Melayu dan jaga-jaga dengan pembangkang terutamanya PAS dan jauhi PSRM yang komunis.
Yang hebatnya mereka menyatakan bahawa orang Melayu di Malaysia adalah special. Bangsa Melayu di Malaysia adalah terpilih. Melayu sama seperti bangsa Yahudi. Kalau Yahudi mengagungkan bangsa mereka kerana bangsa pilihan tuhan, Melayu jugak begitu.
Alasan mereka ialah..... apabila sebut bangsa Yahudi, maka dikaitkan dengan agama mereka iaitu agama Yahudi. Melayu sama seperti Yahudi, apabila disebut Melayu, maka dengan sendirinya mereka Islam. Melayu itu Islam bukan Kristian, Buddha atau Hindu. Ada dalam perlembagaan pulak. Itu hujah mamat-mamat dari JPM yang belum tentu betul bacaan Fatihahnya atau selepas ceramah pergi nite club togok arak.
Hampir 30 tahun kemudian, bukan sahaja menyamakan Melayu dengan Yahudi, tapi pemimpin Melayu telah mengambil Zionis Yahudi menjadi penasihat mereka. Itu sebab UMNO Jahanam mengupah APCO.
Maka betullah Melayu itu sama seperti Yahudi. Telah ujud Zionis Melayu yang meniru Zionis Yahudi. Salah satu kumpulan Zionis Melayu adalah PERKASA. Ibrahim Ali adalah Zionis Melayu. Tapi bapak segala Zionis Melayu adalah bekas PM sideburn besar yang mendaftar masuk kolej perubatan di Singapura sebagai India Muslim.
Tengok sini..............
Tengok sini..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.