Nasib baik BN menang di Sarawak. Jika tidak, terlepaslah peluang aku. Maksud aku, bukanlah peluang aku nak tibai balak di Sarawak. Ataupun tertutup peluang aku sapu projek atau jadi broker buat duit mudah dengan bersetongkol bersama kuncu-kuncu dan barua pedukang Taib Mahmud. Ataupun hilang peluang untuk "supply" ubat kuat kepada Taib Mahmud supaya dia masih boleh kerap tutoh perempuan Lebanon yang lebih muda dari anak dia.
Sebenarnya kalau Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan BN dan bungkuskan Taib Mahmud dari kekuasaan, maka aku akan hilang satu peluang. Tapi dengan BN dan Taib Mahmud kekal berkuasa untuk buat apa saja mereka suka di Sarawak kerana pengundi di sana redho. Tak kisahlah samada pengundi-pengundi yang redho dengan BN dan Taib Mahmud itu adalah pengundi sebenar atau pengundi hantu ataupun pengundi pos.
Peluang yang mungkin hilang jika Pakatan Rakyat memerintah Sarawak ialah kahwin lagi satu. Akupun memang mengidam nak kahwin dengan perempuan ni. Kalau aku kahwin dengan perempuan ni memang aku akan jadi popular 1-Malaysia. Berita dan foto aku bersama dia akan terpampang di semua saluran tv dan keluar dalam akhbar-akhbar penjilat BN dan pro PR. Serta tentunya akan diperkatakan berminggu-minggu dalam blog-blog pro PR dan blog-blog barua Ketuanan Melayu.
Akupun teringin jugak kahwin dengan Elizabeth Wong.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.