Jumaat, 25 November 2011

Kalaulah Sultan Ni Ambil Berat...

Kalaulah Sultan ambil berat...... tentu  ditanya si Doktor Gigi mantan  MB soalan ini (sambil tunjuk sekeping foto)... "Mengapa rumah kau besar macam istana?" atau soalan ini "Berapa harga istana kau"... "Kau kaya sebelum jadi MB lagi ke?" atau "Bapa kau jutawan ke?" atau "Berapa ribu kau caj untuk cabut sepuntong gigi?".

Kalaulah Sultan ni ambil berat..... gelaran-gelaran atau apa-apa darjah kebesaran yang dibagi pada Doktor Gigi tentu dah digantung atau ditarik balik sebab seingat aku Sultan jugak yang bertitah akan buat begitu pada sesiapa saja yang dapat anugerah tapi buat jenayah.... Rasuah dan salah guna kuasa tu bukan jenayahkah?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan pensyarah Prof Abdul Aziz Bari kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.
    
Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.
    
"Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.
    
"Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul," titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor hari ini.
    
Abdul Aziz, dalam penjelasannya kepada media menerusi e-mel, berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan itu.
    
"Saya tidak berniat melawan baginda. Saya rasa DYMM Tuanku tahu saya telah banyak menulis mengenai peranan dan kuasa raja-raja selaku ketua negeri dan ketua agama.
    
"Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan Sultan," kata Abdul Aziz.
    
Dalam titah baginda lagi, Sultan Selangor menyarankan agar setiap jabatan dan agensi di Selangor mengambil iktibar daripada kelemahan yang dinyatakan oleh pihak audit agar masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan dapat dielakkan.
    
"Beta berharap ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini sentiasa memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kewangan dan memastikan segala peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi agar tidak ditegur audit," titahnya.
    
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata pembinaan Wisma Audit seumpama ini adalah yang ketiga selepas Perak dan Negeri Sembilan.



1 ulasan:

  1. Gua suspek ada dana khas untuk Sultan ...Biasa la, kan? kan JAIP ker MAIS ker majlis agama bawah Sultan.. Kot ada deme guna duit zakat ker untuk kepentingan sendiri & keluarga ker?? Kot ada, tak heran la dia takutkan bayang sendiri tu...Mungkin salah guna kuasa? Entah la. Audit & sijil bersih ..WTF all that? lantak la ada chop halal & sijil halal Jakim sekalipun... yg penting akauntibiliti ketelusan duit rakyat digunakan untuk tujuan keagamaan & kemasyarakat.... bukan untuk projek mengkayakan orang yg sedia berada.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.