Rabu, 23 November 2011

Noh Omar Hilang Akal....

Sibuk saja si Noh Omar ni dalam hal Selangor, utamanya hal pilihanraya negeri. Dia menyibuk bila MB Khalid Ibrahim kata tak mau ikut Kerajaan Persekutuan buat pilihanraya. Mungkin dia dok kalut nak pilihanraya sekali sebab mudah BN boleh menang. Tapi kalau berasing memang payah BN nak rampas Selangor. Itu sebab dia kata tak masuk akal.

Kalau BN tak boleh rampas Selangor memang Noh Omar hilang akal.....

'Keputusan S'gor bubar DUN berasingan tak masuk akal'

Keputusan Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan pilihan raya umum, dengan membandingkan dengan amalan di Sarawak, disifatkan tidak masuk akal ekoran tarikh tamat DUN di kedua-dua negeri yang berbeza.

NONETimbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (kanan) berkata, 'tarikh luput’ DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai manakala tarikh akhir bagi pembubaran parlimen pada 24 April 2013; dan negeri itu baru sekali mengadakan sidang Dun.

"Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran parlimen.

"Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Katanya, kalau pilihan raya dibuat dua kali di Sarawak, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.